20 Perbezaan Antara Susu Ibu dan Susu Formula
Sehingga kini, masih wujud perdebatan yang berterusan mengenai kelebihan susu formula sebagai alternatif kepada susu ibu.

Sehingga kini, masih wujud perdebatan yang berterusan mengenai kelebihan susu formula sebagai alternatif kepada susu ibu. Walaupun bayi yang diberi minum susu formula tidak kisah akan manfaatnya, ramai golongan ibu bapa yang mengelakkan dari memberi susu formula kepada bayi mereka. Perdebatan tersebut bermula dari  kebimbangan terhadap kandungan susu formula hingga ke label nutrisi susu ibu.

Sebenarnya, kedua-dua jenis makanan bayi ini ada baik dan buruknya yang perlu diteliti dengan lebih lanjut.

Persamaannya? Sudah tentulah mengenyangkan bayi anda yang lapar. Namun begitu, perbezaan yang tidak berkesudahan antara dua mod penyusuan bayi ini merupakan satu topik yang baik untuk dikupas dan dikaji. Benar, bayi anda mungkin tidak mengendahkan rasa atau kandungan nutrisi kedua-duanya, namun ibu bapa memiliki peranan yang penting dalam menentukan pilihan terbaik bagi anak mereka.   

Anda mungkin tidak menyedari berapa banyak ramuan yang ada dalam susu formula, atau berapa banyak nutrien secara semulajadi yang wujud dalam susu ibu. Tetapi sebarang jenis susu yang diminum oleh bayi anda, ia mengandungi bekalan khasiat  dengan campuran yang berbeza dari segi vitamin, mineral, lemak, karbohidrat, protein, dan banyak lagi.

Berikut adalah 20 perbezaan pemakanan antara susu formula dan susu ibu yang mungkin mengejutkan para ibu veteran.

1. Susu Ibu Membantu Sistem Imun Bayi

Kebanyakan ibu-ibu menyusu mungkin tidak tahu bahawa kandungan susu mereka boleh berubah untuk menampung penyakit bayi mereka, tetapi ia benar! Bagi sesetengah ibu, proses pengepaman susu boleh menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi warna dan komposisi susu yang berbeza-beza dari kuning ke putih bergantung pada keadaan bayi anda. Tetapi kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan, menunjukkan bahawa susu berubah untuk menampung perubahan sel darah putih dan immunoglobulin yang dialami bayi.

Maksudnya, tubuh anda secara automatik boleh tahu apabila bayi anda sakit dan mencipta susu khas bagi melawan sebarang penyakit yang bayi anda alami. Susu ibu menyediakan pemakanan serta perlindungan imun bergantung pada keperluan bayi anda, sesuatu yang susu formula tidak dapat lakukan kerana ia tidak “hidup”.

2. Susu Ibu Memberi Perlindungan Tambahan Terhadap Penyakit

Seperti yang dijelaskan, susu ibu berubah apabila bayi anda sakit, tetapi ia juga menghasilkan beberapa langkah pencegahan terhadap penyakit seperti cirit-birit, penyakit saluran pernafasan rendah, dan banyak lagi. Menurut satu kajian yang diringkaskan oleh Institut Perubatan, kesannya dilihat dalam kedua-dua jenis susu ibu, sama ada daripada payudara dan susu ibu yang dipam.

Ini bermakna walaupun ibu-ibu yang mengepam atau menerima sumbangan susu ibu, mereka boleh berasa yakin apabila mengetahui bahawa bayi mereka mempunyai perlindungan tambahan terhadap penyakit biasa dan ancaman kesihatan lain. Kajian tersebut juga dijalankan pada bayi pramatang, yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk jatuh sakit daripada bayi normal.

3. Susu Formula Kadangkala Mengabikatkan Kesukaran Pencernaan

Susu ibu terkenal dengan kesannya yang mendorong bayi untuk tidur ringan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang buruk. Sebahagian daripada sebab mengapa bayi yang meminum susu ibu lebih sering terjaga pada waktu malam (dan sepanjang masa) adalah kerana sistem penghadaman mereka mencerna susu ibu dengan lebih cepat.

Sebaliknya, susu formula lebih sukar untuk dicerna bagi bayi. Jadi ya, mereka akan tidur lebih lama di antara penyusuan, tetapi itu adalah kerana perut kecil mereka bekerja keras untuk memecah dan menyerap nutrien dalam susu formula. Namun begitu, bagi sesetengah bayi yang diberi minum susu formula, perkara ini tidak menimbulkan kesan sampingan yang ketara, tetapi untuk bayi lain, susu formula mungkin menyukarkan pencernaan perut mereka.

4. Susu Ibu Mengandungi Kandungan Lemak Yang Lebih Tinggi

Walaupun semua jenama susu formula mengandungi jumlah lemak tertentu untuk kesihatan optimum bayi, jenis lemaknya adalah terhad. Sebagai perbandingan, susu ibu mempunyai lebih banyak lemak dan lebih banyak jenis lemak berfaedah, termasuklah lipase dan DHA. Walaupun lemak adalah “ramuan” negatif bagi kanak-kanak yang lebih berumur dan orang dewasa, lemak sangat bermanfaat untuk bayi kerana ia amat penting untuk perkembangan otak mereka, dan DHA adalah salah satu daripada nutrien penting yang tidak dapat ditiru dalam makmal. Pada masa ini, kandungan lemak dalam susu ibu mengatasi semua jenama dan jenis susu formula.

5. Bayi Boleh Memproses Lemak Dalam Susu Ibu Dengan Lebih Mudah

Satu lagi pertimbangan penting untuk menyusukan bayi adalah apabila menyentuh mengenai kandungan lemak, ia adalah hakikat yang tidak boleh ditolak bahawa bayi mencerna lemak yang dihasilkan oleh seorang manusia dengan lebih baik berbanding lemak daripada haiwan atau sayuran. Susu manusia mempunyai lebih banyak lemak “bioavailable” daripada susu formula. Institut Perubatan telah melaporkan bahawa, susu ibu lebih mudah untuk diproses oleh bayi berbanding minyak sayuran yang terdapat dalam susu formula bayi. Jumlah lemak dalam susu ibu juga bergantung kepada usia bayi dan keperluan pemakanan tertentu. Badan ibu berkebolehan untuk mengesan dan mengimbanginya secara automatik. Keadaan ini dapat menjelaskan mengapa bayi yang menyusu ibu lebih tembam kerana susu ibu berkhasiat dan bukannya makanan ringan.

6. Protein Dalam Susu Ibu Membantu Bayi Tidur

Ramai ibu bapa beralih kepada susu fomula pada hari-hari awal kelahiran untuk membantu bayi mereka tidur dengan lebih lama. Lagipun, susu formula yang diberi, membuatkan bayi tidur lebih lama dan tidur lebih nyenyak berbanding bayi yang menyusu ibu. Tetapi, susu ibu mengandungi “protein yang mendorong tidur” dek kerana unsur biologi yang terdapat dalam proses pengeluaran susu. Pada asasnya, badan ibu yang menyusu menghasilkan susu dengan agen lebih mengantuk pada waktu malam. Berikutlah salah satu sebab mengapa pakar laktasi mengesyorkan agar ibu memberi bayi susu mereka pada masa yang sama susu dipam. Dengan cara ini, bayi mendapat keseimbangan semula jadi nutrien daripada badan ibu untuk waktu itu.

7. Susu Ibu Memenuhi Jumlah Keperluan Karbohidrat Bayi

Sebagai seorang dewasa, kita boleh mengira karbohidrat untuk mencapai berat badan yang ideal. Tetapi karbohidrat adalah sumber nutrien yang paling penting bagi. Bayi memerlukan jumlah karbohidrat yang konsisten sebagai bekalan tenaga untuk makan dan membesar. Dalam susu ibu, terdapat banyak karbohidrat pada setiap hidangan, malah, melebih daripada jumlah yang ada dalam susu formula. Ini adalah keistimewaan susu ibu kerana bayi mendapat jumlah karbohidrat yang mereka perlukan berdasarkan tahap perkembangan mereka. Jumlah karbohidrat dalam susu ibu boleh berubah-ubah, manakala jumlah karbohidrat dalam susu formula tetap sama.

8. Susu Ibu Mengandungi Lebih Antioksidan

Apabila anda berfikir mengenai antioksidan, anda mungkin terbayang buah beri atau buah-buahan lain yang mempunyai nutrien tertentu yang memberi manfaat kepada kesihatan anda. Untuk bayi, antioksidan adalah sangan penting bagi kehidupan mereka, kerana ia membantu menjaga sistem bayi supaya kekal sihat. Menurut Institut Perubatan, susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan selenium iaitu sejenis antioksidan, berbanding susu formula. Seperti nutrisi lain dalam susu ibu, kandungan selenium “disesuaikan” oleh badan ibu untuk memenuhi keperluan pemakanan tertentu bayi. Ia adalah fungsi biologi yang teratur yang seterusnya dapat membantu bayi kekal sihat.

9. Rasa Susu Ibu Berubah Mengikut Apa Yang Ibu Makan – Rasa Susu Formula Sentiasa Sama

Kami telah menegaskan bahawa perubahan dalam profil pemakanan susu ibu bergantung kepada umur bayi, status kesihatan, dan faktor lain. Tetapi adakah anda tahu bahawa rasa susu ibu juga berubah mengikut makanan yang dimakan oleh ibu? Kadangkala, kanak-kanak yang lebih berusia mengatakan bahawa susu ibu berasa manis seperti ais krim atau susu berperisa, Bayi baru lahir pula mempunyai selera yang berbeza.

Jika anda cukup berani untuk mencuba susu ibu anda sendiri, anda mungkin akan menyedari beberapa variasi rasa seperti jika anda telah memakan sesuatu yang pedas atau hanya rasa yang kuat (seperti memakan kambing). Sebaliknya, rasa susu formula selalu sama kepada bayi kerana setiap hidangan mempunyai jumlah dan pemilihan bahan yang sama.

10. Faktor Hormon Dalam Susu Ibu Membantu Bayi

Satu lagi “ramuan” dalam susu ibu adalah faktor hormon. Secara keseluruhannya, hormon yang didapati oleh bayi melalui susu ibu mereka adalah perkara yang baik. Hormon membantu ibu dan bayi berhubung, membantu bayi berkembang, dan mewujudkan bekalan dan permintaan yang positif untuk pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, hormon dalam susu ibu yang menyusu dapat memberi kesan lain pada bayi.

Contohnya, keadaan hormon “berlebihan” pada hari-hari awal kehidupan bayi menyebabkan tubuh mereka menunjukkan simptom yang ganjil. Sesetengah bayi mempunyai payudara yang besar dan jelas dan beberapa bayi perempuan mengalami keadaan yang kelihatan seperti haid dalam beberapa hari pertama kehidupan. Itu semua berpunca dari hormon, yang tidak boleh didapati dalam susu formula.

11. Susu Formula Tahan Lebih Lama

Sebahagian daripada masalah yang dialami oleh ibu menyusu adalah ketersediaan susu ibu yang mencukupi untuk bayi minum. Bagi ibu-ibu yang tinggal di rumah dan menyusu secara eksklusif, isu bekalan susu ibu mungkin berkisarkan antara pemakanan dan minuman yang cukup untuk ibu dan meletakkan bayi ke payudara dengan kerap. Bagi ibu-ibu yang perlu meninggalkan bayi mereka dengan pengasuh lain, mengepam merupakan satu keperluan. Namun, kemudiannya anda akan menghadapi masalah penyimpanan susu tersebut, ia harus didinginkan (atau dihidangkan) sebaik sahaja mengepam, dan ia hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari atau minggu.

Sekiranya anda ingin menyimpan susu ibu dalam jangka masa yang pangjang, anda mungkin perlu membekukannya. Masalah ini tidak relevan bagi susu formula kerana ia mungkin boleh bertahan bertahun-tahun lamanya.

12. Beberapa Kandungan Tambahan Dalam Susu Ibu Sukar Diproses Oleh Sesetengah Bayi

Walaupun sebahagian besar “ramuan” dalam susu ibu mempunyai kaitan yang positif bagi kesihatan dan perkembangan bayi, ada faktor yang tidak dapat dikawal oleh ibu. Sebagai contoh, Institut Perubatan menjelaskan bahawa satu kajian mendapati bahawa ‘susu ibu’ mengandungi kandungan yang tidak dapat disintesis oleh bayi pramatang. Bukti ini sudah memadai untuk menjelaskan bahawa sesetengah bayi pramatang tidak boleh bertolak ansur dengan susu ibu oleh kerana sebab yang dinyatakan. Dalam kes ini, susu formula adalah satu-satunya pilihan yang sihat dan mudah dihadam bagi bayi-bayi yang mengalami keadaan seperti ini. Banyak susu formula bayi yang khusus boleh menampung alahan protein dan isu-isu lain yang dialami oleh bayi-bayi pramatang. Contohnya, bayi yang menghidap PKU, tidak boleh mengambil protein, yang dipenuhi dalam susu ibu.

13. Kandungan Pemakanan Dalam Susu Formula Adalah Konsisten

Satu perkara yang positif mengenai susu formula, tidak kira apa yang dikatakan oleh pengkritik, adalah kandungan pemakanan yang konsisten. Walaupun susu ibu mungkin berbeza-beza dalam jumlah lemak atau protein, kandungan yang ada dalam susu formula tetap sama pada setiap hidangan. Itulah sebabnya ia tidak menghairankan apabila Institut Perubatan mendapati bahawa “bioavailabiliti nutrien” dalam susu ibu adalah berbeza-beza. Walaupun mereka mengakui bahawa “perkadaran relatif tersebut mungkin mempunyai kepentingan biologi,” Institut itu juga telah menunjukkan fakta bahawa susu formula menggunakan nisbah ramuan yang seimbang. Sudah tentu, tidak ada penjelasan khusus untuk nisbah ramuan dalam susu formula kerana semuanya berasaskan kepada kajian mengenai susu yang dihasilkan manusia dan pertumbuhan bayi. Namun begitu, bagi bayi yang mengalami keadaan kesihatan yang tertentu, konsistensi adalah kunci.

14. Bayi Yang Diberi Susu Formula Mengambil Terlalu Banyak Zat Besi

Susu ibu berubah untuk memenuhi keperluan bayi, manakala susu formula mempunyai satu saiz yang sesuai dengan semua pendekatan. Atas sebab itu, terdapat tahap zat besi yang tinggi dalam susu formula, yang tidak selalunya positif dari segi keseimbangan nutrien. Dalam susu ibu, terdapat jumlah zat besi yang kurang, tetapi kandungan zat besi dalam susu formula adalah tinggi yang merangkumi nisbah zat besi melebihi nutrien lain. Seperti yang dijelaskan oleh Institut Perubatan, terlalu banyak zat besi mengakibatkan nutrien ini “bersaing” dengan bahan-bahan lain pada tahap molekul. Cukuplah untuk mengatakan, zat besi tambahan bukan selalunya perkara yang baik.

15. Zat Besi Dalam Susu Ibu Diserap Dengan Lebih Baik Berbanding Susu Formula

Satu kebimbangan umum yang dihadapi oleh pakar pediatrik adalah jumlah pengambilan zat besi bagi bayi yang menyusu ibu. Secara keseluruhannya, susu ibu mempunyai jumlah zat besi yang sedikit berbanding susu formula. Secara objektifnya, ia merupakan satu perkara yang baik, kerana ia bermakna tidak ada peluang untuk bayi mengalami ketidakseimbangan zat besi atau zat besi bersaing dengan nutrien lain. Tetapi terdapat juga kemungkinan susu ibu memiliki kandungan zat besi yang “terlalu rendah”, jadi kadangkala ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu menambahnya sama ada oleh diri mereka atau bayi mereka.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, zat besi dalam susu ibu diserap lebih baik oleh sistem bayi daripada zat besi dalam susu formula. Ini bermakna secara amnya, tahap zat besi yang lebih rendah dalam susu ibu sangat sesuai untuk keperluan bayi.

16. Bayi Yang Menyusu Dengan Susu Ibu Mendapat Kalori Tidak Penting Yang Kurang

Fakta seterusnya mengenai nutrien dalam susu formula berbanding nutrien dalam susu ibu adalah sangat menarik. Secara keseluruhannya, bayi yang menyusu makan lebih sedikit kalori daripada bayi yang diberi susu formula. Pada mulanya, anda mungkin berfikir bahawa itu adalah perkara yang buruk, tetapi apabila anda membaca mengenai kajian yang menunjukkan bayi yang menyusu ibu tidak terlalu obes pada masa dewasa, perkara itu adalah sangat bagus.

Pada masa yang sama, bayi yang menyusu ibu mempunyai jumlah tenaga yang lebih rendah daripada bayi yang diberi susu formula. Fakta itu bermakna bahawa bayi yang menyusu ibu tidak memerlukan tenaga sebanyak yang diberikan oleh susu formula. Sudah tentu, jika bayi tidak minum susu ibu, mereka perlu diberi susu formula tidak mengira sama ada mereka mengambil kalori yang “berlebihan” atau tidak.

17. Bahan Toksin Yang Diambil Oleh Ibu Menyusu Boleh Disalurkan Kepada Bayi Melalui Susu Ibu

Pernahkah anda melihat iklan-iklan yang memberi amaran kepada ibu-ibu menyusu untuk makan makanan yang sihat kerana apa yang mereka makan akan disalurkan ke dalam susu? Ia agak sia-sai untuk memberitahu ibu menyusu agar tidak makan burger kerana ia seperti menyusukan “makanan ringan” kepada bayi, tetapi perkara ini adalah benar. Diet seorang ibu boleh memeberi kesan kepada bayi yang disusuinya.

Institut Perubatan telah membincangkan bahawa bayi yang menyusu ibu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk “terdedah kepada toksin persekitaran” berbanding bayi yang diberi susu formula. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mempertimbangkan fakta ini terhadap aspek ‘’bahaya’’ susu formula untuk menentukan bagaimana untuk memberi makan kepada bayi mereka dengan cara yang paling selamat.

18. Susu Formula Sesuai Untuk Bayi Yang Kurang Vitamin D

Satu lagi nutrien biasa yang kurang pada bayi yang menyusu ibu adalah vitamin D. Malah, kekurangan vitamin D adalah lebih biasa pada bayi yang menyusu ibu berbanding bayi yang diberi susu formula. Ini kerana setiap hidangan susu formula mengandungi vitamin D tertentu, bermakna bayi-bayi itu tidak akan mengalami kekurangan vitamin D dengan susu formula. Bayi yang menyusu ibu, sebaliknya, mendapatkan nutrien mereka daripada ibu, jadi jika ibunya kurang vitamin D, begitu juga dengan bayi. Dalam kebanyakan kes, ahli pediatrik akan menetapkan titisan vitamin D untuk bayi bagi mengelakkan sebarang kekurangan. Walau bagaimanapun, meningkatkan pengambilan vitamin D ibu sama ada melalui suplemen atau pelarasan diet juga boleh membantu.

19. Menu Harian Susu Ibu Sentiasa Berubah

Jika anda pernah menghidu (atau merasai) susu formula dan berfikir ‘yuck’, anda tidak bersendirian! Walau bagaimanapun, susu formula menyampaikan gabungan nutrien yang tidak dihiraukan oleh bayi terutamanya ketika mereka sedang lapar. Bagi bayi yang menyusu ibu, rasa susu ibu akan berubah sepanjang masa berserta profil komposisi dan nutrient dalamnya. Susu dari masa yang berlainan hari boleh mempunyai nisbah nutrien yang berlainan. Atas sebab itu, pemakanan dalam susu ibu tidak dapat diramalkan, tetapi pada masa yang sama, ia juga disesuaikan mengikut perkembangan dan keadaan bayi.

20. Kandungan Kolesterol Dalam Susu Ibu Adalah Lebih Baik

Sekiranya anda terpaksa menghindari telur dan makanan berkolesterol tinggi yang lain daripada diet anda kerana arahan doktor, anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa kolesterol sebenarnya adalah perkara yang baik untuk bayi. Sudah tentu, kolesterol jenis sihat, dan susu ibu sebenarnya mengandungi satu tan bahan tersebut. Susu ibu sangat baik untuk perkembangan bayi. Malangnya, ada kekurangan kolesterol dalam susu formula.

Susu formula tidak mengandungi sebarang kolesterol, malah menjadikannya tarafnya lebih rendah daripada susu ibu dalam hal itu.

Sumber

https://www.webmd.com/baby/breastfeeding-vs-formula-feeding#1

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/breast-feeding/art-20047898

https://www.happiestbaby.com/blogs/parents/formula-vs-breast-milk

Summary
20 Perbezaan Antara Susu Ibu dan Susu Formula
Article Name
20 Perbezaan Antara Susu Ibu dan Susu Formula
Description
Berikut adalah 20 perbezaan pemakanan antara susu formula dan susu ibu yang mungkin mengejutkan para ibu veteran.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: