Now Reading
Fungsi Umum Google Photos

Fungsi Umum Google Photos

Google Photos

Google Photos adalah perkhidmatan perkongsian dan penyimpanan gambar yang ditubuhkan oleh Google.  Perkhidmatan ini dibuka pada bulan Mei 2015 dari Google+, syarikat rangkaian sosial.  Aplikasi canggih ini berfungsi untuk memberikan pengguna storan percuma tanpa had untuk foto sehingga 16mp dan video sehingga resolusi 1080p.

Aplikasi ini mungkin kelihatan seperti aplikasi Galeri lain bukan, tetapi ia sebenarnya mempunyai banyak persamaan dengan Google Drive.  Aplikasi ini juga tersedia untuk peranti seperti Android, iOS, dan desktop.

Salah satu ciri yang menjadikan Google Photos menarik adalah fungsi cariannya.  Aplikasi ini akan mengetag gambar anda secara automatik berdasarkan lokasi, imbasan wajah, dan jenis gambar (selfie, Screenshot, dan video) dan juga membuatkan folder sendiri untuk setiap gambar.

Aplikasi ini bahkan mampu mengecam haiwan dan objek seperti Meja, Botol dan bermacam-macam lagi.  Anda juga boleh menggunakan istilah carian apa pun untuk mencari gambar tertentu, seperti lokasi atau subjek.  Fungsinya yang sentiasa tepat ini menjadikan aplikasi ini sebagai sebab utama mengapa anda harus menggunakan Google Photos.

Justeru, apalagi fungsi lain membuatkan  aplikasi ini menarik? Berikut 5 fungsi utama Google Photos:

5 Fungsi utama Google Photos

1. Mode Pencarian

Salah satu ciri yang menjadikan Google Photos tidak seperti aplikasi lain ialah kemampuannya untuk mengetag gambar atau video secara langsung berdasarkan lokasi setempat, pengecaman wajah, dan juga jenis medianya seperti gambar selfie, Screenshot, video, dan sebagainya.

Kemudian dikelompokkan ke dalam kategori tertentu sehingga pengguna dengan mudah dapat mencari media seperti yang diinginkan tanpa perlu scroll panjang-panjang sampai ke bawah. Semakin kerap anda menggunakannya semakin cerdas Google Photos menunjukkan hasil carian seperti yang diingini, di mana anda boleh memasukkan kata kunci media yang ingin anda cari seperti lokasi atau jenis media tertentu.

2. Berkongsi Media (gambar,video)

Anda boleh berkongsi media ke aplikasi lain seperti apps Galeri. Selain itu anda boleh berkongsi media dalam bentuk pautan untuk dimuat turun oleh pengguna lain.

Anda juga boleh membuat album bersama yang juga boleh diisi oleh pengguna lain, dan menetapkan apa yang dapat dilakukan oleh orang lain pada album yang dikongsi, seperti menambahkan gambar, Video saling memberi komen.

3. Live Albums

Fungsi Google Photos  ini membolehkan anda memilih salah satu kategori media yang ingin anda kongsi, contoh seperti haiwan peliharaan, bayi, ibu bapa, atau yang lain, hanya memilih siapa yang menerima perkongsian media anda.

Google Photos secara automatik akan menambahkan gambar yang relevan dengan kategori media yang ingin anda kongsi sehingga anda tidak perlu memilih satu persatu dari isi galeri.

4. Edit Photos

Selain mempunyai Fungsi pengeditan dasar seperti Crop, Rotate, dan memilih Warna, Google Photos juga menyediakan Filter seperti Instagram.

Anda juga dapat menambahkan atau menghapus tarikh dan waktu gambar diambil, atau menggunakan beberapa gambar untuk membuat animasi atau filem pendek. Menarik bukan!

5. Cloud Storage

Satu lagi Fungsi Google Photos yang menjadikannya aplikasi perkongsian media yang terbaik adalah kemampuannya untuk membuat back up media pada peranti anda ke perkhidmatan Cloud Storage.

Maksudnya anda boleh memuat turun media yang anda simpan di akaun Cloud Storage di mana-mana sahaja menggunakan peranti apa pun.

See Also
6G

Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti peranti anda hilang atau rosak, anda tidak perlu risau sekiranya data-data anda akan hilang kerana sudah tersimpan dan terjaga di Cloud Storage.  Back up boleh dilakukan menggunakan sambungan data atau WiFi.

Cara Memuat Turun Aplikasi Google Photos

Bagi anda yang menggunakan peranti Smartphone Android atau Tab umumnya sudah dilengkapi Google Photos sebagai Default App

Tetapi jika belum anda boleh Memuat turunnya secara percuma di Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iOS.

Berikut adalah Cara menggunakan aplikasi Google Photos:

  • Muat turun aplikasi Google Photos, setelah selesai anda boleh mula menggunakan Google Photos untuk mengatur dan menyusun media yang tersimpan pada peranti.
  • Untuk memadam hanya perlu klik pada media yang dipilih kemudian klik pada ikon tong sampah yang muncul di bahagian atas skrin.  Anda boleh menetapkan sandaran hanya jika internet disambung ke peranti atau ke sambungan WiFi sahaja dengan hanya memasuki menu tetapan.
  • Gambar dengan resolusi lebih daripada 16MP jika anda ingin menyimpannya di Cloud, foto tersebut akan dimampatkan secara automatik hingga maksimum 16MP, tetapi resolusi yang disimpan pada peranti anda tidak akan berubah.
  • Anda boleh menyimpan media dalam format RAW atau tanpa perubahan dengan membuat tetapan di menu, dan boleh disimpan di Google Drive dengan peruntukan 15GB secara percuma, jika anda mahukan storan yang lebih besar anda perlu membayarnya
  • Google Photos juga boleh diatur menggunakan Assistant dengan mengklik ikon bintang seperti yang terpapar.  Assistant boleh digunakan untuk memudahkan anda menyusun gambar dalam kategori atau tag yang sama, membuat animasi menggunakan gambar serupa dengan lebih mudah, dan sebagainya.
  • Untuk berkongsi media, pilih media yang ingin anda kongsi atau muat naik dengan menekannya sehingga pilihan ikon menu muncul, pilih ikon perkongsian(Share) dan kemudian muncul pelbagai platform atau aplikasi untuk berkongsi media.  Anda juga dapat membuat pautan untuk media anda dengan memilih “dapatkan pautan” yang URLnya dapat disalin untuk dibagikan ke e-mel atau platform lain.

Jadi sekiranya storage anda cepat sangat penuh dengan gambar-gambar, Google Photos adalah aplikasi yang terbaik untuk anda. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://www.dewaweb.com/blog/4-alasan-kamu-harus-menyimpan-foto-di-google-photos/ https://www.pricebook.co.id/article/tips_tricks/2019/07/18/9319/cara-menggunakan-google-photo

error: Content is protected !!