youtube malaysia

Youtube Malaysia ini sememangnya satu website perkongsian dan penstriman video yang sememangnya sudah sangat terkenal di negara kita. Tipulah kalau kita dalam seminggu tak pernah pun buka Youtube, malah ada sesetengah daripada kita memang sangat gemar meluangkan masa menonton video di Youtube.

Pada kali ini kami akan kongsikan channel di Youtube Malaysia yang paling banyak mengumpul subscriber. Walaupun saiz negara Malaysia ini agak kecil apabila dibandingkan secara terus dengan negara-negara lain di luar sana, tetapi Malaysia tetap mempunyai populasi celik Internet yang agak besar. Hal ini menyebabkan channel Youtube Malaysia juga sangat meriah dan boleh mengumpul saiz pengikut atau subscriber yang sangat ramai.

Jom kita redah dan tengok channel mana yang menerima subscriber paling banyak di Youtube Malaysia.

Les Copaque Production Menggunguli Carta Subscriber Youtube Malaysia

Sejujurnya, penulis pun agak terkejut apabila mengetahui bahawa syarikat produksi animasi terkenal Malaysia yang memang sudah tak asing lagi dengan siri dan filem animasi Upin dan Ipin ini dinobatkan menjadi channel Youtube Malaysia yang paling banyak menerima subscriber di Malaysia.

Untuk pengetahuan umum, Upin Ipin ini bukan sahaja terkenal di negara kita sahaja, tetapi sudah melangkah ke pasaran antarabangsa terutamanya di rantau ASEAN seperti di Indonesia. Mungkin disebabkan ini, channel Youtube Malaysia yang dikendalikan oleh pihak produksi Les Copaque Production ini boleh mengumpul sehingga 14.7 juta subscriber!

Manakala rata-rata koleksi video yang dikeluarkan oleh syarikat produksi Les Copaque Production ini menerima tatapan sebanyak 200 juta dan ke atas. Video mereka yang bertajuk Upin dan Ipin – New Toys iaitu salah satu klip animasi mereka yang berbahasa Inggris menjadi video mereka yang paling banyak menerima tatapan umum iaitu sebanyak 317 juta yang dikeluarkan pada 6 tahun yang lalu. Video yang mengisahkan Upin & Ipin serta kawan-kawan mereka mendapat alat permainan baru ini juga telah mengumpul sebanyak 1.1 juta tanda suka.

Sekiranya anda seorang yang menyukai animasi atau anak-anak anda sangat sukakan cerita animasi Upin & Ipin, anda bolehlah menjadi salah seorang subscriber mereka kerana mereka sangat aktif dalam mengeluarkan klip-klip animasi terbaru di channel ini!

Channel Youtube Malaysia kedua yang paling banyak menerima subscriber – Monsta

Manakala channel Youtube Malaysia yang kedua paling banyak menerima subscriber ialah tak lain tak bukan Channel Monsta iaitu salah satu lagi syarikat produksi siri dan animasi terkemuka tanah air iaitu Animosta Studio. Syarikat produksi ini sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat kita kerana telah menjayakan siri dan filem animasi BoboiBoy Galaxy.

Selain itu, syarikat produksi animasi ini juga telah membawakan serta menghasilkan pelbagai lagi siri animasi lain dari dalam dan luar negara seperti Pokemon Sun and Moon, Beyblade Burst, Om Nom Series dan pelbagai lagi siri serta filem animasi terkenal yang lain.

Setakat tarikh penulis menulis artikel ini, channel kegemaran ramai yang mengugguli carta Channel Youtube Malaysia ini telah mengumpul sebanyak 8.68 juta jumlah subscriber dengan koleksi sebanyak lebih 1500 video dan klip animasi. Rata-rata video di Channel Youtube Malaysia ini menerima lebih kurang 50 juta ke 80 juta jumlah tontonan bagi setiap jenis video dan klip animasi yang dihasilkan.

Video channel Monsta yang paling popular pula ialah filem BoboiBoy The Movie Exclusive yang dikeluarkan dengan kualiti FULL HD. Setakat tarikh pada masa penulis menulis artikel ini, filem yang telah dimuat naik oleh syarikat produksi ini sendiri telah menerima sebanyak 135 juta jumlah tontonan terkumpul sejak tahun 2019 lagi.

Sememangnya rakyat Malaysia amat menggemari siri animasi buatan negara kita sendiri dan ini merupakan perkara yang sangat bagus dalam menjayakan jenama buatan Malaysia sendiri, lebih-lebih dalam industri media dan kreatif. Hal ini dapat dibuktikan di mana carta Youtube Malaysia yang paling tinggi diungguli oleh kedua-dua gergasi animasi anak tempatan yang patut kita banggakan.

PlataBush – Channel Top 3 Malaysia paling banyak subscriber

PlataBush ini pula lain sedikit daripada kedua-dua channel yang penulis dah terangkan di atas. PlataBush ini merupakan channel orang perseorangan dan bukan di bawah mana-mana syarikat atau entiti perniagaan. Channel PlataBush ini mengeluarkan siri animasi komedi dan santai di mana pemilik channel ini menghasilkan siri animasi belia tersendiri yang dikenali sebagai Monster School.

Siri animasi tersebut menonjolkan watak-watak monster di suatu sekolah. Yang menariknya, siri animasi ini dihasilkan hanya menggunakan permainan video Minecraft dan hampir keseluruhan latar tempat dan watak di dalam siri animasi Monster School ini dihasilkan melalui permainan video yang boleh diolah sendiri.

Channel ini akan mengemaskini dan memuat naik video terbarunya secara mingguan. PlataBush kini telah mengumpul sebanyak 5.81 juta subscriber.

Video Channel Youtube Malaysia PlataBush yang paling terkenal pula ialah video beliau yang diberi nama Monster School: BALDI’S BASIC CHALLENGE – Minecraft Animation. Setakat tarikh penulis menulis artikel ini, video yang telah berusia 3 tahun ini telah menerima jumlah tontonan sebanyak 71 juta.

Akhir sekali, boleh kita simpulkan di sini bahawa channel Youtube Malaysia banyak diungguli oleh channel yang menghasilkan konten kreatif seperti animasi. Hal ini sedikit sebanyak boleh menunjukkan bahawa negara kita sendiri juga mempunyai bakat hebat serta kreatif dan orang yang pakar dalam bidang animasi.

Sumber:

https://vidooly.com/top-youtube-channels/MY/mostsubscribed

https://monsta.com/

https://www.youtube.com/channel/UCwRohIVTsUkC23qRZVBbS0g

https://www.freepik.com/free-photo/pile-3d-play-button-logos_1191373.htm

Tagged: