yes quota check

Apabila pelanggan ingin membuat YES quota check, mereka boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti melalui SMS, online, dan aplikasi YES.

Yes sebagai pembekal perkhidmatan komunikasi, matlamat mereka adalah untuk menyediakan semua rakyat Malaysia dengan internet berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan.

Mereka menganggap internet tidak seharusnya hak bagi beberapa orang istimewa, tetapi ia sepatutnya diberi sama rata kepada semua orang tanpa mengira status atau lokasi.

Yes juga memberikan internet yang berharga mampu milik. Bagi Yes, mempunyai infrastruktur terbaik akan sia-sia sahaja jika akses berharga di luar jangkauan semua rakyat Malaysia.

Dengan itu, mereka menawarkan pelanggan mereka dengan akses kepada kedua-dua rangkaian mereka dengan pelan satu harga dan memberi yang terbaik dari dua dunia 4G-4G LTE untuk telefon pintar anda, dan 4G Broadband untuk tablet atau laptop anda.

YES Quota Check Melalui SMS

Bagi pengguna Yes 4G yang menggunakan pakej prepaid anda boleh ikuti cara di bawah :

  1. Buka SMS dalam smartphone anda.
  2. Taip : BAL <jarak> (nombor telefon anda)
  3. Hantarkan ke 0183301111
  4. Setelah selesai menghantar pesanan tersebut, anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit anda.

YES Quota Check Secara Online

  • Buka web brower pada telefon atau laptop anda
  • Layari laman web rasmi Yes
  • Masuk ke portal rasmi Yes
  • Log masuk akaun
  • Anda akan melihat maklumat tentang baki terkini anda pada laman tersebut

YES Quota Check Melalui Aplikasi MyYess4G

  • Muat turun aplikasi MyYess4G dari aplikasi Google Play
  • Buka aplikasi, kemudian daftar dahulu akaun anda serta nomobor telefon anda.
  • Ikuti segala arahan pada skrin yang tertera.
  • Setelah pendaftaran berjaya, log masuk ke akaun anda.
  • Setelah itu, anda boleh menyemak baki kredit anda untuk postpaid atau prepaid pada menu yang disediakan.

Bagi pengguna Yes 4G yang menggunakan pakej postpaid pula, YES quota check mempunyai pelbagai saluran pembayaran untuk memudahkan anda menyelesaikan bil bulanan. Antara saluran pembayaran tersebut ialah:

  • Kedai/ Kiosk Yes

Bayar bil anda di mana-mana kedai atau kiosk Yes melalui wang tunai atau kad kredit.

  • Bil automatik

Anda boleh mengaktifkan bil automatik dan secara automatik mereka akan mengenakan cas bil terbaharu ke kad kredit pilihan anda. Sebagai bonus, anda juga akan mendapat rebat 2% dari pelan komitmen bulanan anda.

  • MyAccount

Anda perlu melog masuk ke Akaun Saya dan laksanakan bayaran melalui Maybank2u atau kad kredit.

  • Automated Teller Machine (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM) / Cash Deposit Terminal (CDT)

Pembayaran boleh dibuat di setiap ATM Maybank atau CDM (mesin deposit tunai) atau CDT (Terminal Deposit Tunai) Public Bank.

  • Di kaunter (e-pay and AGROAgent)

Bayar bil dari mana-mana melalui e-pay atau AGROAgent.

  • Perbankan Internet

Bayaran boleh dibuat melalui portal perbankan internet berikut:

  • AGRONet
    • CIMB Clicks
    • Citibank Online
    • HSBC
    • KFHonline
    • Maybank2u
    • Public Bank (Pbe)

Sumber:

https://www.yes.my/ms/support/payment

https://www.yes.my/who-we-are?skip

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftechnave.com%2Fgadget%2FYES-4G-LTE-mobile-plans-by-YTL-coming-to-Malaysia-in-full-unequivocal-force-on-30-June-2016-7529.html&psig=AOvVaw3ivFwc-Cqa7ZDiUieM9wyh&ust=1621484927259000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIiK6qf01PACFQAAAAAdAAAAABAP

Tagged: