yayasan perak

Yayasan Perak dibangunkan pada 12 Julai 1979 mengikut Enakmen Yayasan Perak Bil. 2 tahun 1979. Enakmen asal ini telah dipinda dan berubah.

Dewan Undangan Negeri telah mempersetujui enakmen tersebut pada 29 Ogos 1994. Seorang pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang mengelolakan Yayasan Perak secara sambilan pada fasa awal penubuhannya.

SEJARAH BANGUNAN YAYASAN PERAK

Pada Januari 2004, Bangunan Yayasan Perak meymabut tahun kelahirannya yang ke-100. Bangunan ini mempunyai kisah sejarahnya tersendiri.

Dibina buat kali pertama pada Januari 1904, sejajar dengan penempatan induk pekan Ipoh. Pembinaan bangunan ini dijalanakan oleh P.C.J. W. Birch iaitu Residen ke empat Negeri Perak.

Dari tahun 1900 sehingga 1912, beliau merupakan residen pertama yang memerintah Negeri Perak. Pembinaan dimulai sekitar tahun 1902 dan selesai 2 tahun berikutnya. Pekerja-pekerjanya pula terdiri dari masyarakat Cina dan Jawa.

Mula beroperasi pada tahun 1986, bangunan tersebut masih lagi dimanfaatkan sehingga kini. Lambang FMS (Federal Malay States) masih dikekalkan walaupun telah diubahsuai. Ia telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan sekitar tahun 1991. Kini bangunan tersebut sudahpun mencecah usia lebih 100 tahun (1904).

VISI & MISI

Visi: Ke Arah Melahirkan Generasi Berilmu dan Modal Insan Yang Kompetitif

Misi: Melaksanakan program dan kemudahan pendidikan di peringkat persekolahan dan IPTA disamping menyediakan bantuan dalam bidang sukan & rekreasi, kebudayaan & kesenian serta kemajuan masyarakat kepada rakyat Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

Objektif yayasan perak

  • Membangun dan memperbaiki peluang-peluang pendidikan di kalangan anak negeri di dalam mana-mana institusi pengajian tinggi seluruh dunia.
  • Membangun, menggalakkan dan membantu bagi mengusahakan di dalam negeri kemudahan-kemudahan bagi pengajian tinggi oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan atau oleh mana-mana pengajian tinggi di Malaysia.
  • Menggalakkan pertumbuhan jati diri Malaysia, kesedaran nasional dan toleransi antara kaum, muhibah dan kesefahaman yang sihat dan harmoni di antara semua kaum di dalam negeri khasnya dan Malaysia amnya.

Logo Yayasan Perak

Projek & Pelaburan Yayasan Perak

Misi:

  • Berikhtiar mencari peluang pelaburan dan projek baru
  • Pelaburan melalui projek usahasama dan syarikat pelaburan
  • Mengatur sumber-sumber sediada seperti aset-aset dan hartanah lain

Objektif

  • Memantapkan prestasi kewangan
  • Menghasilkan pendapatan yang berpanjangan
  • Menyumbang kepada fungsi penubuhan YP iaitu membangunkan bidang pendidikan/pelajaran, sukan, kemajuan masyarakat dan kesenian/kebudayaan

Fokus & Hala Tuju

  • Melibarkan diri di dalam sektor perladangan kelapa sawit
  • Pembangunan hartanah
  • Skim perumahan
  • Kuari & Pelombongan bijih timah

Skop & Bidang Kerja

  • Menyelidik, menilai dan memberi perakuan yang sepadan terhadap sebarang cadangan pelaburan terkini dan projek-projek sedia ada YP di dalam syarikat milikan, bersekutu, pelaburan dan usahasama YP.
  • Menyelidik, menilai dan memberi perakuan yang sesuai terhadap sebarang cadangan kewangan dan projek sedia ada YP yang melibatkan hartanah dan aset YP.
  • Melaporkan secara rasmi kemajuan cadangan-cadangan projek pelaburan.
  • Melaporkan secara rasmi cadangan-cadangan yang melibatkan kewangan kepada Anggota Yayasan Perak

Aktiviti

Satu pertubuhan “self-financing” mewujudkan dan mencari mata pencariannya sendiri tanpa geran ataupun bantuan kewangan terus daripada kerajaan.

Justeru itu, sejak awal, YP telah menghasilkan pendapatannya untuk menampung operasi dan keperluan organisasi malah membiayai aktiviti utama penubuhannya iaitu memajukan bidang pendidikan, kemajuan masyarakat, sukan dan kesenian/kebudayaan.

YP juga memegang ekuiti di Paloh Medical Center, sebuah badan perniagaan yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan dan operasi Hopital Pantai Putri yang beroperasi di Jalan Tambun Ipoh.

Kini, fokus dan pengurusan YP berubah pelaburan ke sektor pertanian, khususnya ladang kelapa sawit. YP berhasrat untuk memiliki 25,000 ekar ladang kelapa sawit akan datang.

Sehingga kini YP memiliki 13,300 ekar ladang kelapa sawit di Bintulu Sarawak. Ia juga dikenali sebagai Ladang Sungai Pandan yang menunjukkan hasil memberansangkan.

YP terus fokus di dalam sektor kelapa sawit dan bekerja untuk mencari kawasan baru untuk dibangunkan dengan mengatur modal, pengalaman serta tenaga kerja yang ada.

Aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Yayasan Perak:

  • Membangunkan Ipoh Internation School di Jalan Watson Ipoh yang diuruskan sepenuhnya oleh YP.
  • Pernah memiliki Institut Teknologi Perak
  • Berperanan mencipta beberapa sekim perumahan di Perak antaranya pembangunan Bandar Baru Teluk Intan, Pusat Bandar Baru, Bagan Serai, Bandar Baru Pantai Remis dan banyak lagi.  

Anak Syarikat (letak gambar carta)

yayasan perak

PROGRAM PENDIDIKAN yayasan perak

Yayasan Perak adalah agensi kerajaan Negeri Perak yang dipertanggungjawabkan bagi mengusahakan program-program bantuan Pendidikan Dan Pembangunan Sosial bagi masayarakat Negeri Perak.

PRORGAM PEMBANGUNAN SOSIAL yayasan perak

PERMOHONAN DALAM TALIAN

Berikut adalah Program Bantuan Yayasan Perak yang boleh dipohon secara dalam talian. Sila klik pada nama program mengikut keperluan anda:

Pada tahun 2018, Perak telah mengambil alih dan menyerap beberapa fungsi dan kekuatan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dibina yang berusaha dan menghulurkan bantuan kepada masayarakat Perak.

Ahmad Faizal Azumu berkata pelbagai program pendidikan anak negeri tetap dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dibuat termasuklah pembabitan aspek penambahan kepada bajet sedia ada.

Terdapat banyak institusi pendidikan dibina yang bukan sahaja untuk para belia, juga untuk menyediakan komuniti yang lebih baik dan berpengetahuan. Yayasan Perak berjaya membuktikan perkara ini kepada kita.

Sumber:

http://yayasanperak.gov.my/v5

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/09/469104/yayasan-perak-ambil-alih-tugas-ybudr-mb

Tagged: