Dengan lebih 90 tahun pengalaman dalam penyelidikan saintifik, Yakult menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan masyarakat di seluruh dunia

Pengenalan

Pada tahun 1930, Dr Minoru Shirota berjaya menemui sejenis bakteria khas. Pada ketika itu beliau berpusat di Fakulti Perubatan Universiti Kyoto, Jepun.

Beliau menjadi orang pertama di dunia yang berjaya membiakkan strain bakteria asid laktik yang bermanfaat untuk kesihatan manusia. Bakteria ini diberi nama sempena Dr Minoru Shirota iaitu ” Lactobacillus casei  Shirota strain ” (atau Shirota strain).

Yakult pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 1935. Pada tahun 1995 pula, Yakult Honsha Co., Ltd. ditubuhkan dan Dr Shirota sebagai Presiden.

Pada tahun 1967 Institut Sentral Yakult telah ditubuhkan di Kunitachi, Tokyo. Pada hari ini, 404 orang saintis dan doktor perubatan di sini secara aktif menjalankan penyelidikan dengan tujuan menggunakan bakteria bermanfaat secara berkesan untuk menyumbang kepada kesihatan manusia.

Syarikat Yakult (M) Sdn. Bhd. telah mula beroperasi secara rasmi di Malaysia pada tahun 2003 dan kini produk Yakult boleh didapati di setiap negeri termasuk di Sabah & Sarawak.

Fakta Mengenai Produk

JENIS PRODUK

Yakult Ace dan Yakult Ace Light

Yakult Ace dan Yakult Ace Light adalah minuman susu kultur probiotik yang berkualiti tinggi mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria Shirota strain yang hidup di dalam setiap botol 80 ml. Di Malaysia, Shirota strain diakui sebagai bakteria probiotik oleh Kementerian Kesihatan di bawah Peraturan Makanan. Shirota strain ini adalah antara bakteria probiotik yang kuat. Ia mampu bertahan di dalam jus gastrik dan hempedu untuk sampai ke usus dalam keadaan hidup.

Perbezaan utama antara kedua produk ini adalah kandungan gula Yakult Ace Light mengandungi 39% kurang gula berbanding Yakult Ace yang menjadikannya sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat dan juga mereka yang mencari minuman probiotik dengan rasa yang kurang manis.

Kedua-dua Yakult Ace dan Yakult Ace Light sekarang dapat dinikmati dengan kalori yang lebih rendah iaitu 48 kcal setiap botol, yang merupakan hanya 2% daripada pengambilan kalori harian (berdasarkan jumlah kalori harian 2000kkal).

Minuman Susu Kultur Premium

Ia mengandungi lebih dari 30 bilion bakteria bermanfaat hidup strain Shirota dan diperkaya dengan vitamin D.

KEBAIKAN UTAMA

Lebih 90 tahun kajian saintifik oleh pelbagai institusi penyelidikan termasuk universiti dan hospital terkemuka di dunia serta Institut Sentral Yakult di Tokyo telah menunjukkan bahawa amalan minum Yakult setiap hari membantu menyokong fungsi sistem penghadaman dengan:

  1. Menjaga keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria berbahaya di dalam usus
  2. Mengurangkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria berbahaya di dalam usus
  3. Melancarkan pergerakan usus untuk mengelakkan sembelit dan cirit-birit.
  4. Membantu meningkatkan fungsi usus

Usus yang sihat akan menyumbang kepada sistem imun yang kuat. Ini kerana lebih daripada 70% sistem imun kita terletak di dalam usus. Oleh itu, penting untuk kita menjaga usus agar sistem imun dapat berfungsi pada tahap optima.

Faedah yang didapati dengan minum Yakult tidak bergantung kepada berapa banyak bilangan botol yang kita minum pada satu masa, tetapi sebaliknya bergantung kepada amalan pengambilan Yakult setiap hari secara konsisten agar bakteria baik Shirota strain sentiasa berada di dalam usus kita untuk menjalankan fungsinya menguatkan usus.

Mengenai Kesesuaian Produk

Yakult Ace dan Yakult Ace Light disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Yakult sesuai untuk diminum oleh semua orang dan terutamanya buat mereka yang inginkan produk probiotik yang menepati piawaian yang tinggi.

Masyarakat dari pelbagai jenis gaya hidup dan usia boleh meminum Yakult setiap hari untuk membantu menjaga kesihatan mereka.

Bagi wanita mengandung pengambilan minuman Yakult sebagai sebahagian pemakanan seimbang biasa adalah selamat dan disarankan. Wanita mengandung sering menghadapi masalah sembelit. Pengambilan Yakult dapat membantu sebab salah satu fungsi utama Yakult ialah untuk membantu masalah sembelit.

Selain orang dewasa dan kanak-kanak, bayi yang berumur lebih daripada 1 tahun juga boleh minum sebotol Yakult setiap sehari. 

Bagi pesakit diabetes yang ingin mengambil Yakult, disarankan agar mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing terlebih dahulu kerana keadaan kesihatan dan kaedah rawatan berbeza mengikut individu.

Yakult juga bermanfaat bagi mereka yang mengambil ubat seperti antibiotik. Pengambilan antibiotik yang berterusan akan menganggu keseimbangan bakteria berfaedah yang hidup dalam usus. Pengambilan Yakult, terbukti mampu membantu mereka mengekalkan kembali keseimbangan bakteria berfaedah dalam usus semasa dan selepas pengambilan ubat antibiotik.

Mengenai Nutrisi Produk

Yakult Ace
Yakult Ace Light

Setiap botol Yakult Ace mengandungi 11.2 gram gula manakala Yakult Ace Light mengandungi 6.8 gram gula. Gula bertindak sebagai bahan ‘makanan’ penting untuk bakteria bermanfaat terus kekal hidup dalam botol semasa penyimpanan.

Bakteria baik menghasilkan asid organik seperti asid laktik yang mempunyai rasa masam semasa proses fermentasi. Yakult mempunyai rasa yang agak masam kerana kepekatan bakteria baik yang tinggi.

Oleh itu, gula diperlukan untuk mengimbangi rasa masam kerana jika tidak kemungkinan rasanya akan terlalu masam untuk diminum.

Minuman Yakult adalah bebas lemak dan kolesterol.

Yakult juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau pewarna. Warna kekuningan Yakult terjadi secara semula jadi semasa proses pembuatan hasil daripada karamelisasi apabila susu dan gula dipanaskan.

Liputan Media Mengenai Yakult

Yakult Adalah Pemenang Platinum Anugerah Jenama Putra Untuk Dua Tahun Konsekutif!

Yakult Adalah Pemenang Platinum Anugerah Jenama Putra Untuk Dua Tahun Berturut-turut!

Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, pengeluar minuman probiotik terkemuka di dunia sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu jenama paling dipercayai di Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Platinum untuk Anugerah Jenama Putra 2020 di Kategori Minuman Tenusu.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut sebagai pemenang Anugerah Platinum.

Putra Brand Awards juga dikenali sebagai People’s Choice Awards, berada di tahun kesebelas mereka untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada syarikat tempatan dan seluruh dunia melalui tinjauan pilihan umum yang dilakukan di seluruh negara setiap tahun.

Anugerah jenama utama tahunan ini dilancarkan pada tahun 2010 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) bekerjasama dengan Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).

Sumber:

www.yakult.com.my 

https://yakult.com.my/history/

https://yakult.com.my/yakult-ace/

https://yakult.com.my/faq/

Summary
YAKULT PAKAR PROBIOTIK
Article Name
YAKULT PAKAR PROBIOTIK
Description
Dengan pengalaman lebih dari 80 tahun dalam penyelidikan saintifik, Yakult komited untuk memberikan produk berkualiti tinggi kepada masyarakat di seluruh dunia.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: