Xerosis
Xerosis adalah keadaan kulit kering dimana lapisan kulit yang paling atas (epidermis) tidak terhidrasi dengan baik.

Xerosis adalah keadaan kulit kering dimana lapisan kulit yang paling atas (epidermis) tidak terhidrasi dengan baik.

Kesannya kulit terlihat seperti bersisik, menggelupas dan juga seakan-akan pecah. Dan keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan termasuk lengan dan tangan

Siapa sahaja boleh terkena penyakit ini. Tapi lazimnya ia terjadi kepada orang yang lebih dewasa kerana kekurangan minyak sebagai pelembab semulajadi kulit.

Punca Xerosis (kulit kering)

Ada beberapa sebab atau punca berlakunya kulit kering:

Iklim

Kulit kering bukan sahaja boleh berlaku sewaktu musim panas kerana kadar kelembapan udara yang rendah.

Keadaan ini turut boleh disebabkan oleh faktor cuaca sejuk bersama kadar suhu dan kelembapan yang turut rendah.

Pancaran sinaran matahari

wanita yang sedang melihat luar tingkap

Pancaran sinaran matahari yang kuat boleh tembus jauh ke permukaan kulit dan seterusnya menyebabkan kehilangan kelembapan kulit

Penggunaan sabun dan detergen yang kuat

bahan pencuci

Kebiasaannya sabun dan detergen yang kuat mengandungi pelbagai bahan yang dapat menghilangkan kelembapan kulit

Sebagai contoh, sabun mandi jenis bar biasanya mengandungi agen pembersih dikenali sebagai surfaktan

Surfaktan adalah agen pembersih yang mempunyai nilai PH asas. Produk yang mengandungi PH asas pula dapat merengsakan kulit sehingga kering.

Tidak minum cukup air

wanita sedang minum air

Saranan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bukanlah sekadar cakap kosong

Tubuh badan manusia memerlukan air dari mengelakkan berlakunya dehidrasi dan seterusnya menyebabkan kulit bertukar kering dan bersisik

Menggunakan ubat-ubat tertentu

Kadang-kadang penggunaan ubat-ubat tertentu turut menjadi punca berlakunya xerosis.

Antaranya adalah pemakaian ubat jerawat yang boleh membuat kulit muka menggelupas dan juga kering.

Antara kandungan yang boleh menyebabkan keadaan berkenaan adalah retinol, asid glikolik, asid salsilik dan juga benzoil peroksida.

Simptom Xerosis (Kulit Kering)

Antara beberapa gejala kulit kering adalah seperti berikut:

  • Kulit terasa ketat terutama selepas mandi atau berenang
  • Kulit terlihat dan juga terasa kasar
  • Gatal
wanita sedang menggaru leher
  • Kulit menggelupas
  • Kulit bersisik
  • Kulit seperti pecah dengan garisan yang nipis
  • Kulit berwarna seperti abu bagi yang berkulit gelap
  • Kemerahan
wanita sedang menggaru tangan
  • Pecah-pecah dalam dan boleh berdarah

Diagnosis Penyakit Xerosis

Untuk membuat diagnosis kulit kering atau xerosis, doctor kebiasaannya akan melakukan pemeriksaan fizikal dan meminta sejarah perubatan sebelum ini.

Secara amnya, doctor akan mengambil tahu tentang bila keadaan tersebut mula berlaku, sejak bila ia makin teruk, tabiat mandi serta pola makan.

Seterusnya, jika doctor beranggapan penyakit ini timbul kerana keadaan perubatan, dia akan melakukan ujian diagnostic untuk mengesan puncanya.

Rawatan Penyakit Xerosis (Kulit Kering)

Rawatan bagi penyakit ini boleh dilakukan di rumah sahaja. Namun jika keadaan kulitnya sangat teruk, doctor akan mengesyorkan anda dengan krim terkandung asid laktik dan urea.

Bahan-bahan ini akan membantu kulit untuk tidak cepat kehilangan kelembapan.

Rawatan di rumah

Untuk mengatasi masalah kulit kering daripada berulang dan berlaku lagi, ada beberapa saranan dikongsi iaitu:

Rutin menggunakan pelembap

Sapu kulit dengan pelembap sepanjang hari dapat menjadikan kulit kering tampak lebih lembut. Pelembap yang bagus dapat memerangkap kelembapan di dalam tubuh.

Menggunakan produk mandian berbahan lembut

Pilihlah produk mandian atau pembersih kulit yang lembut tanpa mengandungi kandungan alcohol

Menggunakan pelembap udara (humidifier)

Peralatan humidifier ini membantu menambah kelembapan dalam udara sekeliling. Walau bagaimanapun, ia juga perlu selalu dibersihkan bagi memastikannya bebas dari bakteria

Menyapu gel aloe vera

lidah buaya

Pokok lidah buaya atau turut dikenali sebagi aloe vera adalah bahan semulajadi yang mampu melindungi kulit daripada kekeringan.

Esktrak dari aloe vera ini sering digunakan pada waktu malam dan dibiarkan semalaman.

Summary
Xerosis ( Kulit Kering ) – Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Xerosis ( Kulit Kering ) – Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Description
Xerosis adalah keadaan kulit kering dimana lapisan kulit yang paling atas (epidermis) tidak terhidrasi dengan baik. Kesannya kulit terlihat seperti bersisik, menggelupas dan juga seakan-akan pecah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: