xeroxis cutis
Xerosis cutis adalah istilah perubatan untuk masalah kulit kering yang tidak normal. Nama ini berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘xero’, yang bermaksud kering.

Pengenalan

Xerosis cutis adalah istilah perubatan untuk masalah kulit kering yang tidak normal. Nama ini berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘xero’, yang bermaksud kering. Ia seperti masalah kulit kering tetapi adalah lebih teruk dan boleh menjadikan kulit anda kasar dan retak.

Sebenarnya, masalah xerosis yang tidak dirawat boleh membuatkan anda berisiko terkena jangkitan bakteria. Salah satu tanda xerosis pertama adalah corak kulit kering yang bersisik pada lengan atau kaki anda. Dengan mengetahui punca yang menyebabkan masalah kulit kering tidak normal ini serta menambahkan pelembap yang baikpada rutin penjagaan kulit anda, anda boleh menyembuhkan xerosis dan mengembalikan keanjalan kulit anda semula.

Penerangan

Walaupun masalah xerosis sering menjadi keadaan sementara yang membuatkan kulit kelihatan bersisik, ia juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa, gatal dan meradang. Sekiranya tidak dirawat, keadaan ini boleh menyebabkan pecah atau keretakan pada kulit dan menyebabkan jangkitan bakteria.

Kulit kering adalah perkara biasa, terutama pada orang dewasa yang lebih tua. Biasanya ia adalah masalah kecil dan sementara, tetapi masih boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kulit anda memerlukan kelembapan agar ia tetap licin. Seiring dengan pertambahan usia, mengekalkan kelembapan kulit boleh menjadi lebih sukar. Kulit anda mungkin menjadi kering dan kasar kerana kehilangan air dan minyak.

Selain itu, masalah kulit kering lebih kerap berlaku pada musim sejuk. Mengubah rutin harian anda dengan mandian lebih pendek dengan air suam dan menggunakan pelembap dapat membantu mencegah keadaan xerosis cutis.

Penyebab yang berkemungkinan

Kulit kering biasanya terjadi disebabkan pengurangan kadar minyak di permukaan kulit. Seiring pertambahan usia, kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang kurang. Proses ini mempengaruhi golongan wanita lebih cepat berbanding lelaki di mana aktiviti sebum pada lelaki tetap tinggi hingga tahun 80-an, dan mula menurun lebih cepat pada wanita. Pada usia 60-an, golongan wanita pua telah kehilangan sekitar 40% bagi aktiviti ‘sebaceous’ mereka.

Kulit kering boleh dicetuskan oleh faktor persekitaran. Di samping itu, aktiviti atau keadaan berikut juga boleh menyumbang atau memburukkan lagi keadaan kulit kering:

  • Mandi menggunakan air yang sangat panas
  • Mandi dengan terlalu kerap atau membersihkan kulit secara berlebihan
  • Menggosok kulit secara berlebihan
  • Mengeringkan kulit dengan tuala secara kasar
  • Tinggal di kawasan dengan kelembapan rendah atau tempat yang terdapat musim sejuk dan kering
  • Menggunakan pemanasan pusat (central heating)
  • Tidak minum air dengan secukupnya (dehidrasi)
  • Terdedah kepada sinar matahari yang kerap atau berlebihan

Bila perlu menghubungi doktor

Anda mesti berjumpa dengan pakar dermatologi sekiranya:

  • kulit anda meleleh (oozing)
  • berlaku pengelupasan pada kawasan kulit yang besar
  • mempunyai ruam berbentuk cincin
  • kulit tidak bertambah baik dalam beberapa minggu
  • kulit menjadi lebih teruk, walaupun ada menerima rawatan

Anda mungkin mengalami jangkitan kulat atau bakteria, alergi, atau keadaan kulit yang lain. Menggaru kulit kering secara berlebihan juga boleh menyebabkan jangkitan.

Di samping itu, kulit kering pada orang muda mungkin terjadi disebabkan keadaan yang disebut sebagai dermatitis atopik, atau biasanya dikenal sebagai ekzema. Ekzema dicirikan oleh keadaan kulit yang sangat kering dan gatal. Lepuh dan kulit bersisik keras adalah perkara biasa pada orang dengan keadaan ini.

Pakar dermatologi dapat membantu menentukan sama ada anda atau anak anda menghidap ekzema atau tidak. Sekiranya anda didiagnosis dengannya, pelan  rawatan anda adakah berbeza dengan individu yang mengalami xerosis cutis.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Bagi mengetahui sama ada masalah kulit kering anda adalah tanda bagi penyakit kulit, pakar dermatologi akan memeriksa kulit anda dengan teliti. Doktor juga akan mengemukakan soalan, seperti bila masalah itu bermula. Maklumat ini akan membantu pakar dermatologi membuat diagnosis yang tepat dan menentukan rawatan terbaik buat anda. Ujian mungkin diperlukan jika pakar dermatologi menganggap kulit kering anda terjadi disebabkan masalah kesihatan.

Sekiranya doktor mengesyaki bahawa keadaan perubatan boleh menyebabkan kulit kering tersebut, maka dia mungkin akan melakukan ujian darah atau prosedur diagnostik lain. Rawatan terbaik untuk kulit kering yang terjadi kerana masalah perubatan adalah untuk merawat masalah yang mendasari itu.

Rawatan

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawat masalah kulit kering atau xerosis cutis ini dengan menggunakan pelembap. Pelembap berasaskan minyak pada umumnya lebih berkesan bagi menahan kelembapan berbanding jenis yang berasaskan air.

Cari pelembap yang mengandungi asid laktik atau asid laktik dan urea. Ubat steroid topikal, seperti krim hidrokortison, juga boleh digunakan jika kulit anda sangat gatal. Bertanyakan pada ahli farmasi untuk mengesyorkan produk yang boleh membantu dalam masalah kulit kering anda.

Ambil perhatian bahawa produk yang bertanda “losyen”
bukannya “krim” mengandungi kurang minyak. Losyen berasaskan air boleh menjengkelkan xerosis cutis berbanding menyembuhkan kulit anda atau melegakan gejala. Kaedah rawatan lain termasuk:

  • mengelakkan haba secara paksa
  • mandi mandian suam
  • minum banyak air

Rawatan semula jadi seperti minyak pati dan lidah buaya adalah sangat popular untuk merawat masalah xerosis, tetapi kesannya tetap tidak terbukti. Satu kajian bahkan mengesyorkan individu untuk mengelakkan lidah buaya dalam rawatan xerosis, kerana ia dikatakan dapat menjadikan kulit lebih sensitif. Ejen penenang seperti minyak kelapa pula dapat menahan kelembapan dan melegakan kegatalan.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.hnkcnews.com/2018/12/02/xerosis-cutis/

SUMBER

https://www.healthline.com/health/xerosis

https://www.wederm.com/patient-library/xerosis-cutis

https://www.curel.com/en-us/dry-skin/xerosis

https://www.aad.org/public/diseases/a-z/dry-skin-treatment

https://www.skinsight.com/skin-conditions/adult/xerosis

Summary
Xerosis Cutis
Article Name
Xerosis Cutis
Description
Xerosis cutis adalah istilah perubatan untuk masalah kulit kering yang tidak normal. Ia seperti masalah kulit kering tetapi adalah lebih teruk.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: