Doa Naik Kenderaan

Doa naik kenderaan bermanfaat untuk dihafal dan dijadikan amalan harian agar diri dijauhi kecelakaan yang dahsyat.

Indahnya Islam apabila terdapat pelbagai doa harian yang boleh dihafal dan diamalkan untuk seribu satu manfaat buat diri. Ini termasuklah doa naik kereta yang sebenarnya pendek dan mudah diingati bagi melindung diri daripada musibah.

Sebagai hamba, kita dianjurkan untuk sentiasa memohon perlindungan yang maha Esa. Jika sesuatu kejadian ingin berlaku, kita selaku hamba tidak sekali pun dapat meramal apa yang bakal terjadi.

Untuk itu, kita hendaklah selalu bersedia dalam menghadapi ujian yang diturunkan oleh Allah swt. Dengan cara paling mudah, doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.

Rasullah sendiri mengajarkan kita untuk mengamalkan doa menaiki kenderaan.

Meskipun dahulunya, Rasullah hanya menunggang unta, umat Islam hari ini juga diingatkan untuk mengikut jejak Rasullah supaya boleh mendapatkan pahala dan syafaat Baginda.

DOA NAIK KENDERAAN

“Subhaanalladzii sakkhara lanaa hadza wama kunna lahu muqriniin wa-inna ilaa rabbina lamunqalibuun”

Maksudnya: “Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”

Percayalah bahawa doa naik kenderaan ini mampu menjadi perisai untuk melindungi diri daripada kecelakaan jalan raya dan percayalah juga bahawa Allah S.W.T suka akan hamba-hambanya yang tidak jemu meminta kepadanya.

Nescaya, Allah swt akan memperkenan permintaan hambanya yang ikhlas berdoa.

Perbezaan Doa Naik Kenderaan Darat Dan Doa Naik Kenderaan Udara

Sedari kecil, kita sudah terbiasa dengan amalan doa harian seperti doa makan, doa masuk ke tandas dan lain-lain. Namun, berapa ramai yang tahu sebenarnya ada banyak lagi doa perjalanan lain yang boleh diamalkan saat berpergian?

Pernah dihebahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, menerusi sebuah terbitan BH Online yang bertarikh 30 Jun 2017, beliau menjelaskan bahawa Islam mengajar umatnya untuk berdoa musafir supaya dipermudahkan perjalann serta dilindungi daripada bahaya dengan izin Allah swt.

Berikut adalah himpunan doa lain yang boleh dijadikan rujukan saat melancong jauh agar kekal selamat dibawah perlindunganNYA -baik menggunakan kenderaan darat mahupun kenderaan udara.

DOA KELUAR RUMAH

“Bismillaahi, tawakkaltu ‘alallaahi laa haula wa laa quwwata illaa billaah.”

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, aku menyerahkan diriku kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain Allah”.

DOA KETIKA BERJALAN JAUH

“Allaahumma hawwin ‘alainaa safaranaa hadzaa wathwi ‘annaa bu’dahu allaahumma anta ashshoohibu fissafari walkholiifatu fil-ahl.”

Maksudnya: “Ya Allah, mudahkanlah kami berpergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluarga.”

DOA KETIKA NAIK PESAWAT

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Subhanalladzi sakkhoro lana hadza wa maa kunnaa lahu muqrinin, wa innaa ilaa robbinaa lamunqolibun, allahumma inna nas’aluka fii safarinaa hadzal birro wat taqwa wa minal ‘amal maa tardho, allahumma hawwin ‘alaina safarona hadza wa athwi ‘annaa bu’dahu, allahumma antas shohibu fis safari wal kholifatu fil ahli, allahumma inni a’udzubika min wa’tsaais safari wa kaabatil mandzhori wa suuil munqolibi fil maali wal ahli.”

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha suci Allah yang telah menundukkan (pesawat) ini bagi kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada Allah-lah kami kembali. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini, kami mohon perbuatan yang Engkau ridai. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkanlah jaraknya bagi kami. Ya Allah, Engkaulah pendampingku dalam bepergian dan mengurusi keluarga. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelelahan dalam bepergian, pemandangan yang menyedihkan dan kepulangan yang buruk dalam harta dan keluarga.”

DOA MENGHILANGKAN KECEMASAN DAN RASA TAKUT

“Allahumma Inni a’udzubika minal hammi wal huzni, wal ajzi, wal kasali, wal bukhli, wal jubni, wal dhola’id daini, wa gholabatir rijali.”

Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang (jahat).”

DOA SAAT SELAMAT SAMPAI DI DESTINASI

“Alhamdulillaahil-ladzii sallamanii wal-ladzii aawaanii wal-ladzii jama’asy-syamla bii.”

Maksudnya: “Segala puji milik Allah yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkan aku dengan keluargaku.”

Semoga dengan himpunan doa ini, kita semua dapat mengamalkannya sebaik mungkin seterusnya, dijadikan tabiat dalam kehidupan agar perjalanan harian kita diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

Selamat beramal.

SUMBER

https://www.suara.com/news/2021/03/08/153653/doa-naik-kendaraan-dan-manfaat-membacanya-sebelum-bepergian?page=all

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/06/297563/baca-doa-musafir-sebelum-terbang-mufti

https://www.popmama.com/life/health/fx-dimas-prasetyo/kumpulan-doa-ketika-naik-pesawat-agar-terhindar-dari-ancaman-bahaya/5

Summary
Wajib Hafal! Doa Naik Kenderaan Agar Dijauhi Kecelakaan
Article Name
Wajib Hafal! Doa Naik Kenderaan Agar Dijauhi Kecelakaan
Description
Doa naik kenderaan bermanfaat untuk dihafal dan dijadikan amalan harian agar diri dijauhi kecelakaan yang dahsyat.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: