Waffle okonomiyaki
Nikmati waffle okonimyaki sebuah tradisi Jepun yang lazat ini pada hanya sekitar 2.5g karbohidrat sekeping.

Okonomiyaki  is a Japanese savory dish containing a variety of ingredients in a wheat-flour-based batter; it is an example of konamon (flour-based Japanese cuisine). The name is derived from the word okonomi, meaning “how you like” or “what you like”, and yaki meaning “cooked” (usually fried). Okonomiyaki is mainly associated with the Kansai or Hiroshima areas of Japan, but is widely available throughout the country. Toppings and batters tend to vary according to region. In Tokyo, there is a semi-liquid okonomiyaki called monjayaki.

Resepi terbaik untuk hidangan Waffle Okonomiyaki yang menyelerakan. Nikmati makanan tradisi Jepun yang lazat ini pada hanya sekitar 2.5g karbohidrat sekeping. Ikuti arahan langkah demi langkah yang mudah dan cepat.

  • Masa persediaan – 5 minit
  • Masa memasak – 15 minit
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 3 keping

Peralatan yang diperlukan:

  • Pembuat waffle
  • Pengisar

Bahan-bahan:

  • Waffle Okonomiyaki
  • 2 telur keseluruhan
  • 1/2 cawan keju mozzarella
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 cawan kubis yang dicincang

Bagi hiasan atas:

  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar bonito flakes
  • 1/2 batang daun bawang
  • 1 sudu serbuk rumpai laut
  • 1 sudu jeruk halia

Bagi penyediaan sos:

  • 2 sudu kecil sos tomato
  • 2 sudu teh kicap
  • 1 sudu besar pemanis Erythritol, Monkfruit atau Stevia (bagi menggantikan gula)
  • 2 sudu sos Worcestershire

Cara penyediaan:

  1. Kumpulkan semua bahan.
  1. Carikkan kubis menggunakan mesin pencincang dan ketepikannya.
  1. Dalam mangkuk campuran, pukul telur dan campurkan dengan keju mozzarella yang dicarik, serbuk penaik dan kubis yang dicincang.
  1. Hiris daun bawang dengan nipis dan ketepikan.
  1. Dalam mangkuk campuran yang baru, gabungkan dan campurkan semua bahan untuk sos seperti sos tomato, kicap, pemanis dan sos Worcestershire. Ketepikannya.
  1. Pasangkan pembuat waffle untuk dipanaskan terlebih dahulu.
  1. Ambil 1/3 campuran ke dalam pembuat wafel dan tutup rapat. Masak selama 4 hingga 5 minit.
  1. Ulangi langkah sama bagi seberapa banyak waffle yang anda mahukan.
  1. Pindahkan ke pinggan hidangan, hiaskan atasnya dengan bonito flakes, serbuk rumpai laut, jeruk halia, daun bawang cincang dan letakkan sedikit mayonis dan sos okonomiyaki.

Selamat mencuba!

Tefal Waffle Maker

RM486.70

Pembuat sandwic & wafel pelbagai fungsi yang disertakan dengan 3 set kotak (Waffle, Grill / Panini dan Pancake)Waffle stick merupakan waffle yang berbentuk panjang dan tirus. Diperbuat menggunakan adunan tepung yang sama cuma berbeza bentuknya. Waffle stick ini selalunya dimakan dengan mencelup waffle kedalam sos coklat. Untuk membuat waffle stick, mesinnya juga berlainan daripada yang biasa. Mesin waffle stick dari jenama ini mampu membuat 6 keping waffle stick dalam satu-satu masa. Ianya mempunyai sistem ‘cool touch housing’, dimana luaran mesin ini tidak panas apabila digunakan. Mempunyai lampu LED indikasi juga bagi mengelakkan waffle terlebih masak dan klip kunci yang selamat.

Kenwood Blender

RM149.00

Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.

Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Summary
recipe image
Recipe Name
Waffle Okonomiyaki
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: