vitamin k
Vitamin K adalah vitamin yang terdapat dalam sayuran hijau, brokoli dan pucuk Brussels.

Pengenalan

Vitamin K adalah vitamin yang terdapat dalam sayuran hijau, brokoli dan pucuk Brussels. Nama vitamin K sebenarnya berasal dari perkataan Jerman iaitu “Koagulationsvitamin.”

Beberapa bentuk vitamin ini digunakan di seluruh dunia sebagai ubat. Vitamin K1 (phytonadione) dan vitamin K2 (menaquinone) boleh didapati di Amerika Utara. Selain itu, vitamin K1 umumnya lebih banyak digunakan kerana ia kurang bertoksik dan berfungsi lebih cepat untuk keadaan tertentu.

Vitamin ini paling biasa digunakan untuk masalah pembekuan darah atau bagi membalikkan kesan penipisan darah warfarin. Ia juga digunakan untuk banyak keadaan lain, tetapi namun tiada bukti saintifik yang baik untuk menyokong kebanyakan kegunaan lain.

Kegunaan Vitamin K

Phylloquinone yang, juga dikenali sebagai vitamin K1, boleh dijumpai dalam tumbuhan. Apabila seseorang memakannya, bakteria dalam usus besar akan mengubahnya menjadi bentuk penyimpanan, iaitu vitamin K2. Ia diserap dalam usus kecil dan disimpan dalam tisu lemak dan hati.

Tanpa vitamin K, tubuh tidak dapat menghasilkan prothrombin, iaitu faktor pembekuan yang diperlukan untuk proses pembekuan darah dan metabolisme tulang.

Kebanyakan orang Amerika tidak berisiko mengalami masalah kekurangan vitamin K. Ia berkemungkinan besar akan menjejaskan bayi baru lahir dan mereka yang mengalami masalah malnutrisi, disebabkan keadaan seperti sindrom  usus pendek, sista fibrosis, penyakit seliak, atau kolitis ulseratif.

Bayi yang baru lahir biasanya menerima suntikan untuk melindungi mereka daripada pendarahan di tengkorak yang boleh membawa maut.

Pengambilan vitamin K yang mencukupi bergantung kepada umur dan jantina. Wanita berumur 19 tahun ke atas harus mengambil 90 mikrogram (mcg) sehari, dan lelaki perlu mempunyai mendapatkan 120 mcg.

Kesan Sampingan Vitamin K

Bersama dengan kesan yang diperlukan, setiap ubat boleh menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini. Walaupun tidak semua kesan sampingan ini mungkin berlaku, namun jika ia berlaku, ia mungkin memerlukan perhatian perubatan.

Semak dengan doktor anda secepat mungkin jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

– Kurang biasa berlaku

  • Penurunan selera makan
  • Kurang pergerakan atau aktiviti
  • Sesukaran bernafas
  • Pembesaran hati
  • Pembengkakan badan secara umum
  • Kegatalan
  • Kekejangan otot
  • Pucat
  • Mata atau kulit berwarna kuning

– Jarang berlaku

– Sangat jarang berlaku

  • Kulit biru atau kemerahan
  • Pening
  • Degupan jantung yang lemah /laju
  • Peningkatan penghasilan peluh
  • Tekanan darah rendah (sementara)

Sesetengah kesan sampingan yang berlaku mungkin biasanya tidak memerlukan perhatian perubatan. Ia juga boleh hilang semasa anda melakukan rawatan kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan ubat. Selain itu, pakarl penjagaan kesihatan anda mungkin dapat memaklumkan tentang cara untuk mencegah atau mengurangkan sesetengah kesan sampingan ini. Semak dengan pihak perubatan jika mana-mana kesan sampingan berikut berterusan berlaku atau mengganggu, ataupun jika anda mempunyai sebarang soalan mengenainya:

  • Kurang biasa berlaku
  • Muka kemerahan
  • Kemerahan, sakit, atau bengkak di tapak suntikan
  • Luka pada kulit di tempat suntikan (jarang)
  • Deria rasa yang luar biasa

Kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan juga boleh berlaku pada sesetengah pesakit. Sekiranya anda melihat apa-apa kesan lain, periksa dengan pakar penjagaan kesihatan anda.

Interaksi Vitamin K

Interaksi Utama

  • Warfarin (Coumadin) berinteraksi dengan vitamin K

Vitamin K digunakan untuk membantu proses pembekuan darah dalam badan. Warfarin (Coumadin) digunakan untuk melambatkan pembekuan darah. Bagi membantu pembekuan darah, vitamin K dapat mengurangkan keberkesanan warfarin (Coumadin). Jadi, pastikan darah anda sentiasa diperiksa. Dos penggunaan warfarin (Coumadin) anda mungkin perlu diubah.

Dos Vitamin K

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik.

DEWASA: SECARA ORAL

  • Untuk tulang lemah dan rapuh (osteoporosis): MK-4 bentuk vitamin K2 telah diambil dalam dos 45 mg setiap hari. Juga, vitamin K1 telah diambil dalam dos 1 hingga 10 mg setiap hari.
  • Untuk gangguan pendarahan yang jarang dan diwarisi (kekurangan faktor pembekuan vitamin K bergantung atau VKCFD): 10 mg vitamin K telah diambil 2 hingga 3 kali seminggu.
  • Untuk membalikkan kesan penipisan darah warfarin: Satu dos 1 hingga 5 mg vitamin K1 biasanya digunakan untuk membalikkan kesan pengambilan warfarin yang terlalu banyak. Dos tepat yang diperlukan perlu ditentukan oleh ujian makmal yang dipanggil INR. Dos harian 100 hingga 200 mikrogram vitamin K telah digunakan pada individu yang mengambil warfarin buat jangka masa panjang dan mempunyai pembekuan darah yang tidak stabil.

DEWASA: DENGAN SUNTIKAN

  • Untuk gangguan pendarahan yang jarang dan diwarisi (kekurangan faktor pembekuan vitamin K atau VKCFD): 10 mg vitamin K telah disuntik ke dalam urat. Berapa kerap suntikan ini perlu diberikan akan ditentukan oleh ujian makmal yang dipanggil INR.
  • Untuk membalikkan kesan penipisan darah warfarin: Satu dos 0.5 hingga 3 mg vitamin K1 biasanya digunakan. Dos tepat yang diperlukan perlu ditentukan oleh ujian makmal dipanggil INR.

KANAK-KANAK: SECARA ORAL

  • Untuk masalah pendarahan pada bayi baru lahir dengan tahap vitamin K yang rendah (penyakit hemorrhagic): 1 hingga 2 mg vitamin K1 telah diberikan dalam 3 dos bagi tempoh lebih dari 8 minggu. Dos tunggal yang mengandungi 1 mg vitamin K1, 5 mg vitamin K2, atau 1-2 mg vitamin K3 juga telah digunakan.

KANAK-KANAK: DENGAN SUNTIKAN

  • Untuk masalah pendarahan pada bayi baru lahir dengan tahap vitamin K yang rendah (penyakit hemorrhagic): 1 mg vitamin K1 telah diberikan sebagai suntikan ke dalam otot.

Tiada maklumat saintifik yang mencukupi untuk menentukan elaun pemakanan yang disyorkan (RDA) bagi vitamin K, jadi cadangan pengambilan makanan yang mencukupi (AI) secara harian telah ditentukan:

  • bayi 0-6 bulan, 2 mcg
  • bayi 7-12 bulan, 2.5 mcg
  • kanak-kanak 1-3 tahun, 30 mcg
  • kanak-kanak 4-8 tahun, 55 mcg
  • kanak-kanak 9-13 tahun, 60 mcg
  • remaja 14-18 tahun (termasuk mereka yang hamil atau menyusu), 75 mcg
  • lelaki lebih 19 tahun, 120 mcg
  • wanita berusia lebih 19 tahun (termasuk mereka yang hamil dan menyusu), 90 mcg

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/supplement-guide-vitamin-k

https://www.medicalnewstoday.com/articles/219867

https://www.healthline.com/nutrition/foods-high-in-vitamin-k

https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-k/

Summary
Vitamin K
Article Name
Vitamin K
Description
Vitamin K adalah vitamin yang terdapat dalam sayuran hijau, brokoli dan pucuk Brussels. Namanya berasal dari perkataan Jerman iaitu "Koagulationsvitamin".
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: