Vitamin D
Vitamin D diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Ini kerana komponen utama tulang hanya boleh diserap oleh badan apabila ada vitamin D.

Pengenalan

Vitamin D diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Ini adalah kerana kalsium, iaitu komponen utama tulang hanya boleh diserap oleh badan anda apabila adanya vitamin D. Badan anda menghasilkan vitamin D apabila sinaran matahari secara langsung mengubah bahan kimia dalam kulit anda menjadi bentuk vitamin yang aktif (calciferol).

Seterusnya, vitamin D tidak terdapat dalam kebanyakan makanan, tetapi anda boleh mendapatkannya dari susu yang diperkaya, bijirin yang diperkaya, dan ikan berlemak seperti salmon, makarel dan sardin.

Jumlah vitamin D yang dihasilkan oleh kulit anda pula bergantung pada banyak faktor, termasuk masa dalam satu-satu hari, musim, latitud dan pigmentasi kulit anda. Bergantung pada tempat tinggal dan gaya hidup anda, pengeluaran vitamin D mungkin berkurangan atau tidak dihasilkan secara sepenuhnya semasa musim sejuk. Walaupun krim pelindung matahari adalah penting, ia juga boleh mengurangkan pengeluaran vitamin D.

Di samping itu, ramai orang dewasa yang berumur tidak mendapat pendedahan yang teratur terhadap cahaya matahari dan mengalami masalah penyerapan vitamin D, jadi pengambilan multivitamin dengan vitamin D akan membantu meningkatkan kesihatan tulang. Jumlah harian vitamin D yang dicadangkan ialah 400unit antarabangsa (IU) untuk kanak-kanak sehingga umur 12 bulan, 600 IU untuk yang berumur 1 hingga 70 tahun, dan 800 IU bagi individu lebih 70 tahun.

Kegunaan Vitamin D

  • Gangguan tulang yang jarang diwarisi disebabkan tahap fosfat yang rendah dalam darah (hypophosphatemia diwarisi). Pengambilan vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai kalcitriol atau dihydrotachysterol secara oral bersama-sama dengan suplemen fosfat adalah berkesan untuk merawat gangguan tulang pada individu dengan tahap fosfat yang rendah dalam darah.
  • Gangguan jarang berlaku yang boleh mengakibatkan kerosakan tulang dan buah pinggang (sindrom Fanconi). Pengambilan vitamin D2 secara oral adalah berkesan untuk merawat paras fosfat yang rendah dalam darah disebabkan penyakit yang dikenali sebagai sindrom Fanconi.
  • Paratiroid yang tidak aktif (hypoparathyroidism). Tahap rendah hormon paratiroid boleh menyebabkan tahap kalsium menjadi terlalu rendah. Pengambilan vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai dihydrotachysterol, kalcitriol, atau ergocalciferol secara oral adalah berkesan untuk meningkatkan tahap kalsium darah pada individu dengan tahap hormon paratiroid rendah.
  • Melembutkan tulang (osteomalacia). Pengambilan vitamin D3 adalah berkesan untuk merawat tulang yang lembut. Malah, pengambilan vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai calcifediol adalah berkesan untuk merawat masalah ini yang terjadi kerana penyakit hati. Di samping itu, vitamin D2 adalah berkesan untuk melembutkan tulang yang terjadi kerana ubat-ubatan atau sindrom penyerapan yang lemah.
  • Gangguan tulang yang berlaku pada individu dengan penyakit buah pinggang (osteodystrophy buah pinggang). Pengambilan vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai kalcitriol secara oral boleh mengurus tahap kalsium yang rendah dan menghalang kehilangan tulang pada individu yang mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Riket. Vitamin D adalah berkesan untuk mencegah dan merawat masalah riket. Bentuk tertentu vitamin D, iaitu calcitriol, harus digunakan pada individu dengan masalah kegagalan buah pinggang.
  • Kekurangan Vitamin D. Vitamin D adalah berkesan untuk mencegah dan merawat masalah kekurangan vitamin D. Ia juga dapat mengurangkan gejala yang terjadi disebabkan masalah ini. Pengambilan vitamin D2 secara oral atau sebagai suntikan ke dalam otot nampaknya dapat membantu merawat penyakit otot yang berkaitan dengan masalah kekurangan vitamin D.
  • Kehilangan tulang pada individu yang mengambil ubat dipanggil kortikosteroid. Pengambilan vitamin D secara oral boleh mencegah kehilangan tulang pada orang yang mengambil ubat kortikosteroid. Selain itu, mengambil vitamin D secara sendirian sahaja atau dengan kalsium seolah-olah dapat meningkatkan kepadatan tulang pada individu yang mengalami masalah kehilangan tulang disebabkan penggunaan kortikosteroid.
  • Tulang lemah dan rapuh (osteoporosis). Pengambilan vitamin D3 bersama  kalsium seolah-olah boleh membantu mencegah kehilangan dan kerosakan tulang.
  • Psoriasis. Menggunakan vitamin D dalam bentuk calcitriol, calcipotriene, maxacalcitol, atau paricalcitol boleh membantu merawat psoriasis jenis plak. Selain itu, penggunaan vitamin D bersama kortikosteroid nampaknya berfungsi lebih baik daripada meletakkan vitamin D atau kortikosteroid sahaja. Tetapi, pengambilan vitamin D secara oral seolah-olah tidak membantu dalam psoriasis.
  • Kaviti. Analisis penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D2 atau vitamin D3 boleh mengurangkan risiko kaviti sebanyak 36% hingga 49% pada golongan bayi, kanak-kanak dan remaja.
  • Kegagalan jantung. Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bahawa individu dengan tahap vitamin D yang rendah mempunyai risiko peningkatan kegagalan jantung berbanding mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D boleh membantu mengurangkan risiko kegagalan jantung dalam sesetengah wanita. Juga, kebanyakan penyelidikan menunjukkan ia juga boleh mengurangkan risiko kematian pada individu kegagalan jantung.
  • Kehilangan tulang pada orang dengan paratiroid yang terlalu aktif (kehilangan tulang berkaitan hiperparatiroidisme). Pengambilan vitamin D3 secara oral seolah-olah boleh mengurangkan paras hormon paratiroid dan kehilangan tulang pada wanita dengan keadaan yang disebut hiperparatiroidisme.
  • Jangkitan saluran pernafasan. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D membantu mencegah jangkitan pernafasan pada golongan kanak-kanak dan orang dewasa. Jangkitan pernafasan ini boleh menjadi selesema, atau serangan asma yang dicetuskan oleh keadaan sejuk atau jangkitan yang lain. Selain itu, sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D semasa mengandung dapat mengurangkan risiko jangkitan ini pada kanak-kanak selepas kelahiran. Tetapi, keputusan yang bercanggah masih wujud.
  • Mencegah kehilangan gigi (pembendungan gigi). Pengambilan kalsium dan vitamin D3 secara oral dilihat dapat mengelakkan kehilangan gigi pada orang tua.
  • Kanser. Pengambilan vitamin D dilihat tidak membantu mencegah kanser. Namun, ianya masih tidak jelas sekiranya pengambilan vitamin D memberi kepada individu yang sudah didiagnosis dengan kanser. Sesetengah kajian menunjukkan ia mungkin membantu orang kanser hidup lebih lama. Tetapi, wujud juga keputusan yang bercanggah. Jadi, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan jika ada kemungkinan bahawa individu dengan kanser boleh mendapatkan manfaat daripada vitamin D.
  • Penyakit jantung. Individu dengan paras darah rendah bagi vitamin D seolah-olah mempunyai peluang besar untuk mengembangkan penyakit jantung. Tetapi, pengambilan suplemen vitamin D nampaknya tidak menghalang penyakit jantung, serangan jantung, strok, atau keadaan berkaitan jantung yang serius pada kebanyakan orang. Walaupun beberapa bukti menunjukkan vitamin D dapat membantu mencegah penyakit jantung pada orang tua, penyelidikan yang lebih berkualiti masih diperlukan untuk mengesahkannya.
  • Retakan. Vitamin D tidak kelihatan menghalang kepatahan tulang pada orang tua apabila digunakan secara bersendirian atau dalam dos yang rendah bersama kalsium. Ia juga tidak menghalang keretakan yang berlaku pada orang tua apabila digunakan dalam dos yang lebih tinggi dengan kalsium. Tetapi, ia boleh membantu mencegah keretakan pada orang tua yang tinggal di rumah penjagaan.
  • Tekanan darah tinggi. Pengambilan vitamin D nampaknya tidak menurunkan tekanan darah pada kebanyakan individu dengan tekanan darah tinggi. Tetapi, ia mungkin memberi manfaat kepada individu tekanan darah tinggi dan tahap darah rendah dalam vitamin D.
  • Kehilangan tulang pada individu dengan pemindahan buah pinggang. Pengambilan vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai calcitriol secara oral bersama kalsium tidak mengurangkan masalah kehilangan tulang pada individu dengan pemindahan buah pinggang.
  • Kanser prostat. Pengambilan vitamin D nampaknya tidak dapat mengurangkan perkembangan kanser atau kematian akibat kanser prostat.
  • Penyakit Alzheimer. Individu yang mengalami penyakit Alzheimer nampaknya mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah berbanding individu yang tidak mengalami penyakit Alzheimer. Tetapi, kekurangan vitamin D nampaknya tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi perkembangan penyakit Alzheimer.
  • Asma. Individu yang mempunyai masalah asma dan paras darah rendah dalam vitamin D nampaknya perlu menggunakan penyedut dengan lebih kerap dan mempunyai risiko komplikasi asma yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, peranan vitamin D dalam merawat masalah asma adalah tidak jelas. Bukti terbaik setakat ini menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D secara oral selama 1 tahun dapat mengurangkan kadar serangan asma yang teruk sebanyak kira-kira 31% hingga 36% pada orang dewasa dan kanak-kanak dengan masalah ini. Tetapi, ianya masih belum diketahui jika orang yang mempunyai asma berkemungkinan besar akan bertindak balas terhadap rawatan dengan vitamin D. Selain itu, terdapat juga beberapa bukti bahawa pengambilan vitamin D semasa kehamilan dapat mengurangkan risiko anak anda mengalami asma untuk 3 tahun pertama kehidupan. Namun, kajian lain menunjukkan bahawa tahap vitamin D yang tinggi semasa mengandung dapat meningkatkan risiko asma pada anak anda. Namun, tahap vitamin D atau dos yang terbaik semasa kehamilan masih tidak diketahui.
  • Prestasi sukan. Vitamin D tidak meningkatkan prestasi senaman dalam atlet. Tetapi, kajian itu adalah kecil dan jangka pendek, jadi penyelidikan lebih banyak diperlukan untuk mengesahkan hal ini.
  • Ekzema (dermatitis atopik). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D semasa mengandung tidak mengurangkan risiko seorang kanak-kanak mengalami ekzema semasa 3 tahun pertama kehidupan.
  • Degupan jantung tidak teratur (fibrilasi atrium). Penyelidikan terdahulu mendapati hubungan antara mengambil vitamin D dan mengurangkan kadar detak jantung yang tidak teratur pada wanita selepas menopaus.
  • Gangguan perhatian defisit-hiperaktif (ADHD). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D di samping rawatan standard mungkin mengurangkan gejala petang ADHD, tetapi vitamin D tidak menjejaskan gejala pagi, hiperaktif dan masalah yang menejejaskan perhatian kepada kanak-kanak dengan ADHD.
  • Autisme. Vitamin D seolah-olah dapat mengurangkan gejala seperti kerengsaan dan hiperaktif pada kanak-kanak dengan autisme.
  • Pertumbuhan bakteria di dalam faraj. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D tidak menghalang vaginosis bakteria pada wanita berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit kelamin apabila diambil bersama terapi standard.
  • Kanser payudara. Bukti mengenai kesan vitamin D terhadap risiko kanser payudara adalah tidak jelas. Beberapa bukti menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D boleh mengurangkan risiko kanser payudara pada wanita yang belum menopaus tetapi tidak pada wanita yang sudah menopaus. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa dos vitamin D yang lebih tinggi mungkin boleh memberikan faedah. Jadi, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada vitamin D boleh membantu mencegah kanser payudara.
  • Penyakit buah pinggang jangka panjang (penyakit buah pinggang kronik atau CKD). Penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin D menurunkan tahap hormon paratiroid pada individu dengan penyakit buah pinggang kronik. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin D tidak kelihatan dapat mengurangkan risiko kematian atau masalah jantung pada individu dengan penyakit buah pinggang. Juga, mengambil vitamin D mungkin dapat meningkatkan kadar kalsium dan fosfat pada orang dengan penyakit buah pinggang.
  • Penyakit paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas (penyakit paru-paru obstruktif kronik atau COPD). Seseorang yang menghidap COPD nampaknya mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah berbanding individu tanpa COPD. Mengambil suplemen vitamin D nampaknya tidak mengurangkan gejala COPD.
  • Memori dan kemahiran berfikir (fungsi kognitif). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap vitamin D rendah dikaitkan dengan prestasi mental yang lebih teruk berbanding tahap vitamin D yang tinggi. Walau bagaimanapun, ianya masih tidak jelas jika pengambilan vitamin D dapat meningkatkan fungsi mental atau tidak.
  • Kanser kolon, kanser rektum. Walaupun terdapat bukti yang bercanggah, kebanyakan penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D tidak membantu mencegah kanser kolorektal. Ianya tidak jelas jika vitamin D boleh memberi manfaat kepada orang yang sudah didiagnosis dengan kanser kolorektal. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D tidak meningkatkan kelangsungan hidup atau mencegah penyakit pada pesakit kanser kolorektal. Tetapi, kajian lain menunjukkan bahawa mengambil dos vitamin D yang tinggi setiap hari mungkin mengurangkan risiko perkembangan penyakit atau berlakunya kematian. Namun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan hal ini.
  • Penyakit kritikal (trauma). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa memberi vitamin D kepada orang-orang yang dimasukkan ke hospital dalam unit rawatan rapi kerana penyakit kritikal mungkin boleh meningkatkan kelangsungan hidup mereka. Faedah vitamin D ini mungkin terhad bagi individu dengan tahap vitamin D yang sangat rendah. Justeru itu, lebih banyak kajian diperlukan.
  • Penyakit seperti Alzheimer, yang mengganggu pemikiran (demensia). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pesakit demensia mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah berbanding individu yang tidak mengalami demensia. Walau bagaimanapun, ianya masih tidak diketahui jika pengambilan vitamin D adalah bermanfaat bagi pesakit demensia.
  • Kemurungan. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D tidak mengurangkan gejala kemurungan bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, individu dengan tahap vitamin D yang rendah atau gejala kemurungan yang sangat teruk boleh mendapat manfaat jika mengambil vitamin D.
  • Diabetes. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa individu dengan tahap vitamin D yang lebih rendah mungkin lebih cenderung untuk mengembangkan diabetes jenis 2 berbanding individu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi. Tetapi, pengambilan vitamin D nampaknya tidak menghalang perkembangan diabetes pada individu yang mempunyai tahap vitamin D biasa dan pradiabetes. Di samping itu, ianya masih tidak jelas jika pengambilan suplemen vitamin D boleh merawat diabetes jenis 2 kerana keputusan daripada penyelidikan adalah bercanggah. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pemberian suplemen vitamin D kepada bayi setiap hari sepanjang tahun pertama kehidupan dikaitkan dengan penurunan risiko untuk mengembangkan diabetes jenis 1 di kemudian hari. Tetapi ada juga beberapa kajian menunjukkan bahawa ia juga mengurangkan risiko diabetes semasa kehamilan.
  • Kerosakan buah pinggang pada pesakit diabetes (nefropati diabetik). Pada individu dengan nefropati diabetik, vitamin D seolah-olah dapat mengurangkan protein dalam air kencing dan mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, vitamin D tidak kelihatan dapat mengurangkan penanda tertentu fungsi ginjal.
  • Kekejangan semasa haid (dysmenorrhea). Dos vitamin D yang tinggi boleh mengurangkan rasa sakit pada remaja yang mengalami kekejangan haid.
  • Mencegah kejatuhan. Peranan vitamin D untuk mencegah kejatuhan adalah membingungkan dan berkontroversi. Garis panduan amali klinikal yang diterbitkan pada tahun 2010 mengesyorkan bahawa orang tua yang mempunyai tahap rendah vitamin D atau yang berada pada risiko yang semakin meningkat perlu mengambil 800 IU vitamin D setiap hari untuk mengurangkan risiko ini. Cadangan ini disokong oleh kedua-dua penyelidikan populasi dan beberapa kajian klinikal. Seterusnya, individu yang tidak mempunyai vitamin D yang mencukupi cenderung jatuh lebih kerap berbanding individu yang sebaliknya.

Sesetengah penyelidikan juga menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D dapat mengurangkan risiko osteoporosis dan kadar osteoporosis pada orang tua. Namun, ia tidak diketahui jika vitamin D berfungsi lebih baik apabila diambil bersendirian atau bersama kalsium. Terdapat juga spekulasi bahawa vitamin D hanya mengurangkan risiko ini bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin D. Walaupun dengan penemuan positif ini, beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin D tidak menghalang masalah osteoporosis pada orang tua dan ini disokong oleh bukti terbaik sehingga kini. Garis panduan amali klinikal semasa tidak mencadangkan vitamin D dapat mencegah osteoporosis pada orang dewasa yang lebih tua dan tinggal di rumah serta tidak mempunyai osteoporosis atau tahap vitamin D yang rendah.

Terdapat beberapa kepercayaan bahawa hasil yang bercanggah mengenai kesan vitamin D pada pencegahan osteoporosis adalah hasil bagaimana data percubaan klinikal dilaporkan. Juga, saiz percubaan klinikal boleh menjejaskan keputusan tersebut juga. Ada kemungkinan bahawa sesetengah pesakit masih boleh mendapat manfaat daripada suplemen vitamin D untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Tetapi, ianya tidak pasti siapa yang akan mendapat faedah dan apakah dos atau tempoh rawatan optimum yang diperlukan. Bagi mereka yang berisiko mengalami kekurangan vitamin D, suplemen vitamin D perlu dipertimbangkan.

  • Fibromialgia. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D dapat mengurangkan kesakitan pada pesakit yang mempunyai fibromialgia dan tahap vitamin D rendah dalam darah. Tetapi, ia nampaknya tidak membantu dalam aspek emosi atau kualiti hidup.
  • Bengkak hati (keradangan) yang disebabkan oleh virus hepatitis C (hepatitis C). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa penambahan vitamin D untuk rawatan tetap untuk hepatitis C boleh membantu menghapuskan virus hepatitis C.
  • Tahap kolesterol atau lemak lain (lipid) yang tinggi dalam darah (hyperlipidemia). Individu dengan tahap vitamin D yang lebih rendah nampaknya lebih berkemungkinan mempunyai tahap kolesterol tinggi berbanding individu yang sebaliknya. Penyelidikan terhad menunjukkan bahawa pengambilan kalsium bersama vitamin D setiap hari, dengan gabungan diet rendah kalori, secara ketara dapat meningkatkan kadar kolesterol “baik” (HDL) dan menurunkan kolesterol “buruk” (LDL) pada wanita. Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium bersama vitamin D tanpa sekatan diet tidak mengurangkan tahap kolesterol LDL. Selain itu, kajian lain menunjukkan bahawa vitamin D sebenarnya mungkin dapat meningkatkan LDL dan tidak mempunyai kesan yang bermanfaat kepada HDL, trigliserida, atau kolesterol secara keseluruhan.
  • Pradiabetes. Penyelidikan terdahulu pada pesakit pradiabetes yang mengalami kekurangan vitamin D menunjukkan bahawa pengambilan     vitamin D tidak meningkatkan tahap gula darah tetapi seolah-olah meningkatkan rintangan insulin. Ia seperti tidak memberi manfaat kepada individu dengan prediabetes tetapi tanpa kekurangan vitamin D. Selain itu, mengambil vitamin D nampaknya tidak menghalang perkembangan diabetes pada individu dengan pradiabetes dan tahap vitamin D yang normal.
  • Pembangunan bayi. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D semasa hamil nampaknya tidak membantu dalam pertumbuhan bayi.
  • Pembengkakan jangka panjang (keradangan) dalam saluran pencernaan (penyakit keradangan usus atau IBD). Vitamin D seolah-olah mengurangkan peluang berulangnya masalah pembengkakan ini pada individu dengan IBD.
  • Bayi yang dilahirkan dengan berat kurang 2500 gram (5 pon, 8 auns). Kesan pengambilan vitamin D semasa kehamilan dengan risiko berat kelahiran yang rendah atau kelahiran usia kehamilan yang kecil adalah tidak konsisten. Kajian tambahan diperlukan untuk menentukan siapa yang mungkin mendapat faedahnya serta apakah dos atau rumusan vitamin D yang optimum untuk mengelakkan berat badan yang rendah bagi bayi baru lahir.
  • Pengumpulan simptom yang meningkatkan risiko diabetes, penyakit jantung dan strok (sindrom metabolik). Terdapat bukti yang bercanggah tentang hubungan antara vitamin D dan sindrom metabolik. Sesetengah kajian mendapati tahap vitamin D yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko rendah bagi sindrom metabolik. Namun, terdapat penyelidikan lain mendapati bahawa wanita berusia 45 tahun ke atas dan mengambil vitamin D yang tinggi atau mengambil suplemen vitamin D tidak mempunyai risiko rendah untuk membangunkan sindrom metabolik. Orang dewasa dengan sindrom metabolik yang mengambil suplemen vitamin D juga tidak mengalami kesan positif dalam metabolik.
  • Sklerosis pelbagai (MS). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D jangka panjang dapat mengurangkan risiko mengembangkan masalah sklerosis pada wanita hingga 40%. Mengambil sekurang-kurangnya 400 IU setiap hari, yang mana jumlah ini biasanya dijumpai dalam suplemen multivitamin, nampaknya berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, vitamin D tidak kelihatan dapat mengurangkan risiko pengulangan keadaan ini pada orang yang sudah mempunyai MS.
  • Kekuatan otot. Pengambilan vitamin D secara oral tidak kelihatan dapat meningkatkan kekuatan otot pada individu yang mempunyai tahap darah dengan vitamin D yang mencukupi. Walau bagaimanapun, pengambilannya secara oral iaitu secara bersendirian atau bersama kalsium boleh meningkatkan kekuatan otot pinggul dan kaki pada individu yang mempunyai tahap rendah vitamin D, terutamanya orang tua. Satu suntikan vitamin D dilihat tidak mempunyai manfaat yang baik.
  • Sekumpulan kanser di mana badan tidak dapat menghasilkan sel darah yang cukup sihat (sindrom myelodysplastic). Pengambilan vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai calcitriol atau calcifediol secara oral seolah-olah dapat membantu individu dengan sindrom myelodysplastic.
  • Obesiti. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa individu dengan tahap     vitamin D lebih rendah lebih berkemungkinan menjadi daripada obes. Wanita yang mengambil kalsium bersama vitamin D lebih cenderung menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan mereka. Tetapi, manfaat ini adalah terutamanya untuk wanita yang tidak mengambil kalsium yang mencukupi sebelum mula mengambil suplemen. Seterusnya, penyelidikan lain menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D membantu menurunkan berat badan hanya apabila tahap darah meningkat pada wanita yang berlebihan berat badan selepas menopause atau wanita yang gemuk. Apabila vitamin D diambil oleh individu dengan berat badan berlebihan dan berat badan normal, ia nampaknya tidak membantu menurunkan berat badan atau menghilangkan lemak.
  • Osteoartritis. Penyelidikan mengenai kesan vitamin D pada osteoartritis adalah bercanggah. Ada kemungkinan dos vitamin D yang lebih tinggi dapat mengurangkan kesakitan dalam osteoartritis, manakala dos yang lebih rendah pula melakukan sebaliknya.
  • Jangkitan telinga (otitis media). Kesan status vitamin D pada jangkitan telinga adalah tidak jelas. Kajian terdahulu mendapati bahawa jangkitan telinga kelihatannya dikaitkan dengan tahap rendah vitamin D dalam darah. Walau bagaimanapun, paras vitamin D yang rendah tidak dikaitkan dengan risiko jangkitan telinga yang lebih tinggi.
  • Kematian daripada sebarang sebab. Walaupun pengambilan vitamin D sahaja nampaknya tidak bermanfaat, pengambilannya bersama kalsium mungkin mengurangkan risiko kematian dari sebarang sebab.
  • Sakit. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D dapat mengurangkan kesakitan terutamanya abgi kesakitan jangka panjang. Namun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.
  • Penyakit Parkinson. Tahap vitamin D yang rendah telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit Parkinson. Tahap vitamin D yang tinggi pula telah dikaitkan dengan gejala penyakit Parkinson yang lebih ringan. Tetapi, pengambilan suplemen vitamin D dilihat tidak mengurangkan gejala-gejala penyakit Parkinson, walaupun ia mungkin membantu mencegah penyakit itu daripada menjadi lebih buruk. Justeru itu, lebih banyak kajian diperlukan.
  • Jangkitan gusi yang serius (periodontitis). Penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa tahap darah yang tinggi dengan vitamin D dikaitkan dengan risiko penyakit gusi yang berkurangan pada individu berusia 50 tahun atau lebih tua. Walau bagaimanapun, ini nampaknya tidak benar untuk orang dewasa dengan usia kurang 50 tahun. Malah, ianya tidak diketahui jika pengambilan suplemen vitamin D dapat mengurangkan risiko penyakit gusi.
  • Gangguan hormon yang menyebabkan pembesaran ovari dengan sista (sindrom ovarium polikistik atau PCOS). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D mungkin meningkatkan ovulasi pada wanita dengan PCOS. Vitamin D yang diambil bersama metformin juga boleh membuat kitaran haid menjadi lebih teratur. Tetapi, mengambil vitamin D sahaja sepertinya tidak membantu mengawal kitaran haid. Wanita dengan PCOS yang mempunyai paras vitamin D normal seolah-olah mempunyai kadar kehamilan yang lebih baik berbanding wanita dengan PCOS serta paras vitamin D yang rendah. Tetapi, ianya tidak jelas jika pengambilan suplemen vitamin D dapat meningkatkan kadar kehamilan pada wanita dengan PCOS.
  • Komplikasi kehamilan yang ditandai dengan tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing (pra-eklampsia). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D mungkin boleh mencegah pra-eklampsia.
  • Tekanan darah tinggi semasa kehamilan. Pengambilan vitamin D tidak kelihatan meningkatkan tekanan darah tinggi semasa kehamilan.
  • Sindrom prahaid (PMS). Sesetengah kajian terdahulu menunjukkan bahawa mengambil lebih banyak vitamin D dalam diet mungkin membantu mencegah PMS atau mengurangkan gejala. Namun, pengambilan suplemen vitamin D nampaknya tidak menghalang PMS walaupun vitamin D yang diambil bersama kalsium mungkin boleh mengurangkan gejala PMS.
  • Kelahiran semula jadi. Tahap rendah vitamin D pada wanita hamil dikaitkan dengan peningkatan risiko kelahiran pramatang. Tetapi, ianya tidak jelas jika pengambilan suplemen vitamin D boleh mencegah kelahiran pramatang. Bukti daripada penyelidikan adalah bercanggah.
  • Reumatoid artritis (RA). Penyelidikan terdahulu mencadangkan bahawa wanita tua yang mengambil lebih banyak vitamin D daripada makanan atau suplemen mempunyai risiko yang lebih rendah untuk membangunkan RA. Walau bagaimanapun, ia nampaknya tidak mengurangkan rasa sakit atau suar bagi masalah ini.
  • Kemurungan bermusim (gangguan afektif bermusim atau SAD). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D2 dengan dos tinggi boleh mengurangkan gejala kemurungan bermusim.
  • Ketumbuhan seperti ketuat bukan kanser pada kulit (keratosis seborrheic). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa penggunaan vitamin D3 pada kulit mungkin boleh mengurangkan saiz tumor pada indiivdu dengan keratosis seborheik.
  • Masalah seksual yang menghalang kepuasan semasa aktiviti seksual. Menerima suntikan vitamin D ke dalam otot seolah-olah memperbaiki masalah seksual di kalangan wanita dengan tahap vitamin D yang rendah.
  • Penyakit sel sabit. Pengambilan dos vitamin D yang tinggi seolah-olah dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup pada kanak-kanak dengan penyakit sel sabit.
  • Kesakitan otot disebabkan oleh ubat statin (statin-induced myalgia). Sesetengah laporan menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D boleh mengurangkan gejala sakit otot pada individu yang mengambil ubat statin. Tetapi, kajian dengan kualiti yang lebih tinggi diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.
  • Strok. Individu dengan tahap rendah vitamin D dalam darah mereka kelihatan lebih cenderung mengalami strok berbanding individu yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi. Beberapa kajian juga mendapati bahawa pemakanan yang tinggi dalam vitamin D dikaitkan dengan risiko strok yang lebih rendah. Tetapi, mengambil suplemen vitamin D nampaknya tidak dapat mengurangkan risiko strok.
  • Penyakit autoimun yang menyebabkan pembengkakan secara meluas (lupus erythematosus sistemik atau SLE). Pengambilan vitamin D mungkin dapat mengurangkan aktiviti penyakit pada individu dengan SLE.
  • Tuberkulosis. Pengambilan vitamin D secara oral kelihatan tidak dapat membantu mengubati jangkitan tuberkulosis pada kebanyakan individu dengan masalah batuk kering. Walau bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D boleh meningkatkan kadar kesembuhan pada individu yang mendapat rawatan tuberkulosis buat kali pertama.
  • Penipisan tisu faraj (atrofi faraj). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin D selama sekurang-kurangnya 1 tahun dapat memberi kesan positif pada permukaan dinding faraj. Walau bagaimanapun, ia kelihatan tidak dapat mengurangkan gejala atrofi faraj. Suppositori vitamin D pula seolah-olah membantu dengan permukaan dinding dan gejala faraj pada wanita dengan masalah atrofi faraj disebabkan ubat kanser tamoxifen.
  • Ketuat. Laporan menunjukkan bahawa dengan penggunaan maxacalcitol, yang berasal dari vitamin D3, pada kulit boleh mengurangkan ketuat berasal dari virus pada individu dengan sistem imun yang lemah.
  • Bengkak (keradangan) pada saluran pernafasan utama dalam paru-paru (bronkitis).
  • Syarat-syarat lain.

Kesan Sampingan Vitamin D

Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan berikut:

  • Batu karang
  • Kekeliruan
  • Kelemahan otot
  • Kesakitan tulang
  • Berat badan atau selera makan yang berkurangan
  • Masalah kehausan melampau
  • Kencing yang kerap
  • Mual, muntah, atau sembelit
  • Keletihan

Interaksi Vitamin D

– Interaksi Sederhana

Berhati-hati dengan kombinasi ini.

  • Aluminium berinteraksi dengan vitamin D

Aluminium boleh didapati di kebanyakan antasid. Vitamin D boleh meningkatkan jumlah aluminium yang diserap oleh badan. Seterusnya, interaksi ini mungkin menjadi masalah kepada individu dengan penyakit buah pinggang. Ambil vitamin D 2 jam sebelum, atau 4 jam selepas mengambil antasid.

  • Calcipotriene (Dovonex) berinteraksi dengan vitamin D

Calcipotriene adalah ubat yang hampir sama dengan vitamin D. Pengambilan vitamin D bersama calcipotriene (Dovonex) mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan calcipotriene (Dovonex). Elakkan mengambil suplemen vitamin D jika anda juga mengambil calcipotriene (Dovonex).

  • Digoxin (Lanoxin) berinteraksi dengan vitamin D

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium. Namun, pengambilan kalsium boleh menjejaskan jantung. Digoxin (Lanoxin) digunakan untuk membantu jantung anda lebih kuat. Pengambilan vitamin D bersama digoxin (Lanoxin) mungkin meningkatkan kesan digoksin (Lanoxin) dan menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Jika anda mengambil digoxin (Lanoxin), berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen vitamin D.

  • Diltiazem (Cardizem, Dilacor, Tiazac) berinteraksi dengan vitamin D

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium. Namun, pengambilan kalsium boleh menjejaskan hati anda. Ini termasuklah diltiazem (Cardizem, Dilacor, Tiazac) juga. Pengambilan sejumlah besar vitamin D bersama diltiazem (Cardizem, Dilacor, Tiazac) mungkin mengurangkan keberkesanan diltiazem.

  • Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan) berinteraksi dengan vitamin D

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium. Namun, pengambilan kalsium boleh menjejaskan jantung. Sama juga seperti pengambilan verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan). Jangan ambil vitamin D sekiranya anda juga mengambil verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan).

  • Pil air (diuretik Thiazide) berinteraksi dengan vitamin D

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium. Sesetengah “pil air” dapat meningkatkan jumlah kalsium dalam badan. Pengambilan sejumlah besar vitamin D bersama beberapa “pil air” mungkin menyebabkan terlalu banyak kalsium dalam badan. Ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuklah masalah buah pinggang. Beberapa “pil air” ini termasuklah chlorothiazide (Diuril), hydrochlorothiazide (HydroDIURIL, Esidrix), indapamide (Lozol), metolazone (Zaroxolyn), dan chlorthalidone (Hygroton).

– Interaksi Kecil

Berhati-hati dengan gabungan ini.

  • Cimetidine (Tagamet) berinteraksi dengan vitamin D

Tubuh mengubah vitamin D ke bentuk yang boleh digunakan. Cimetidine mungkin berkurangan seberapa baik tubuh mengubah vitamin D. Malah, ia boleh mengurangkan betapa baiknya vitamin D berfungsi. Tetapi, interaksi ini mungkin tidak penting bagi kebanyakan orang.

  • Heparin berinteraksi dengan vitamin D

Heparin memperlahankan pembekuan darah dan boleh meningkatkan risiko terjadinya pecahan tulang apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang. Individu yang mengambil ubat ini harus makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D.

  • Heparin berat molekul rendah (LMWHS) berinteraksi dengan vitamin D

Sesetengah ubat yang dipanggil heparin berat molekul rendah boleh meningkatkan risiko berlakunya pecahan tulang apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang. Individu yang mengambil ubat-ubatan ini harus makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D. Ini termasuklah enoxaparin (Lovenox), dalteparin (Fragmin), dan tinzaparin (Innohep).

Dos Vitamin D

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik.

DEWASA

  1. SECARA ORAL:

  • Untuk kekurangan vitamin D: 50,000 IU seminggu selama 6 hingga 12 minggu telah digunakan. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit memerlukan dos yang lebih tinggi untuk tempoh masa yang lebih lama bagi mengekalkan tahap darah vitamin D.
  • Untuk mencegah osteoporosis: 400 hingga 1000 IU vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah digunakan pada orang dewasa yang lebih tua. Biasanya, ia diambil bersama 500 hingga 1200mg kalsium setiap hari. Sesetengah pakar mencadangkan dos yang lebih tinggi iaitu 1000 hingga 2000 IU setiap hari, dan 0.43 hingga 1.0 mcg calcitriol setiap hari telah digunakan sehingga 36 bulan.
  • Untuk mencegah kehilangan tulang kerana penggunaan kortikosteroid: 0.25 hingga 1.0 mcg vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai calcitriol atau alfacalcidol telah digunakan selama 6 hingga 36 bulan. Dalam kebanyakan kes, bentuk vitamin D ini digunakan bersama dengan kalsium. Juga, 50 hingga 32,000 mcg vitamin D setiap hari dalam bentuk calcifediol telah digunakan selama 12 bulan. Akhirnya, 1750 hingga 50,000 IU vitamin D telah diambil dalam dos harian atau mingguan selama 6 hingga 12 bulan.
  • Untuk kegagalan jantung: 800 IU vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah diambil secara bersendirian atau bersama 1000 mg kalsium setiap hari selama 3 tahun. Selain itu, 400 IU vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah diambil dengan 1000 mg kalsium setiap hari pada wanita selepas menopaus.
  • Untuk kehilangan tulang disebabkan oleh hormon parathyroid (hyperparathyroidism): 800 IU vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah digunakan selama 3 bulan.
  • Sklerosis berbilang (MS): 400 IU vitamin D setiap hari telah digunakan untuk mencegah masalah sklerosis ini.
  • Untuk mencegah jangkitan saluran pernafasan: 300 hingga 4000 IU   vitamin D dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah digunakan selama 7 minggu hingga 13 bulan.
  • Untuk mencegah kehilangan gigi pada orang tua: 700 IU vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah diambil bersama kalsium 500 mg setiap hari selama 3 tahun.
  1. DIGUNAKAN PADA KULIT:

  • Untuk jenis psoriasis tertentu yang dipanggil psoriasis plak: Satu bentuk vitamin D yang dikenali sebagai calcipotriol telah digunakan pada kulit sahaja atau bersama kortikosteroid sehingga 52 minggu. Calcipotriol biasanya adalah gen pada dos 50 mcg / gram. Produk khusus yang digunakan dalam kajian klinikal termasuklah Daivobet dan Dovobet. Produk ini mengandungi 50 mcg / gram calcipotriol dan 0.5 mg / gram betamethasone dipropionate.
  1. SEBAGAI SUNTIKAN:

  • Untuk kekurangan vitamin D: 600,000 IU vitamin D (Arachitol, Solvay Pharma) yang disuntik terus ke dalam otot telah digunakan.

KANAK-KANAK

  1. SECARA ORAL:

  • Untuk mencegah jangkitan saluran pernafasan: 1200 IU vitamin D setiap hari dalam bentuk yang dikenali sebagai cholecalciferol telah diberikan kepada kanak-kanak sekolah pada musim sejuk untuk mencegah selesema. Juga, 500 IU cholecalciferol setiap hari telah digunakan untuk mencegah gejala-gejala asma yang semakin teruk akibat jangkitan saluran pernafasan. Kebanyakan suplemen vitamin hanya mengandungi 400 IU (10 mcg) vitamin D.

Institut Perubatan menerbitkan dos harian yang disyorkan (RDA), iaitu anggaran jumlah vitamin D yang memenuhi keperluan kebanyakan orang dalam satu populasi. RDA semasa telah ditubuhkan pada tahun 2010. Ia adalah berbeza mengikut umur seperti berikut:

  • 1 hingga 70 tahun, 600 IU setiap hari
  • 71 tahun ke atas, 800 IU setiap hari
  • Wanita hamil dan menyusu, 600 IU setiap hari
  • Bayi berumur 0-12 bulan, 400 IU adalah disyorkan.

Sesetengah organisasi mengesyorkan jumlah yang lebih tinggi. Pada tahun 2008, American Academy of Pediatrics meningkatkan jumlah pengambilan vitamin D harian yang disyorkan kepada 400 IU setiap hari untuk semua bayi dan kanak-kanak, termasuk remaja. Ibu bapa tidak seharusnya menggunakan cecair vitamin D sebanyak 400 IU / titis. Memberi satu titis penuh atau mL secara tidak sengaja boleh memberikan 10,000 IU  sehari.

Seterusnya, Yayasan Osteoporosis Negara mengesyorkan pengambilan vitamin D sebanyak 400 IU kepada 800 IU setiap hari untuk orang dewasa di bawah umur 50, dan 800 IU hingga 1000 IU setiap hari untuk orang dewasa yang lebih tua.

Persatuan Menopaus Amerika Utara mengesyorkan 800 IU hingga 1000 IU setiap hari untuk semua.

Garis panduan dari Persatuan Osteoporosis Kanada mengesyorkan 400 hingga 1000 IU bagi jenis vitamin D yang dipanggil cholecalciferol untuk individu berumur sehingga 50 tahun, dan 800 hingga 2000 IU sehari untuk mereka yang berumur lebih 50 tahun.

Di samping itu, Persatuan Kanser Kanada mengesyorkan 1000 IU sehari semasa musim gugur dan musim sejuk tetapi ini adalah khas bagi orang dewasa di Kanada. Bagi mereka yang berisiko tinggi mempunyai tahap vitamin D yang rendah, dos ini perlu diambil sepanjang tahun. Ini termasuklah individu berkulit gelap, yang biasanya memakai pakaian menutupi sebagian besar kulit mereka, dan individu lebih tua atau yang tidak sering keluar.

Ramai pakar kini mengesyorkan penggunaan suplemen vitamin D yang mengandungi cholecalciferol untuk memenuhi tahap pengambilan ini. Ia nampaknya lebih bermanfaat berbanding satu lagi bentuk vitamin D iaitu ergocalciferol.

Sumber:

https://www.webmd.com/diet/guide/vitamin-d-deficiency

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15050-vitamin-d–vitamin-d-deficiency

https://www.medicalnewstoday.com/articles/161618

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/benefits-vitamin-d

Summary
Vitamin D
Article Name
Vitamin D
Description
Vitamin D diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Ini kerana komponen utama tulang hanya boleh diserap oleh badan apabila ada vitamin D.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: