Vitamin C
Vitamin C, sejenis antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kesan radikal bebas, membantu badan menyerap serta menyimpan zat besi. Vitamin C (asid askorbik) adalah vitamin yang diperlukan oleh badan anda untuk membentuk pembuluh darah, tulang rawan, otot dan kolagen dalam tulang. Ia juga penting untuk proses penyembuhan tubuh anda.

Pengenalan

Vitamin C, sejenis antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kesan radikal bebas, membantu badan menyerap serta menyimpan zat besi. Vitamin C (asid askorbik) adalah vitamin yang diperlukan oleh badan anda untuk membentuk pembuluh darah, tulang rawan, otot dan kolagen dalam tulang. Ia juga penting untuk proses penyembuhan tubuh anda.

Oleh kerana badan anda tidak menghasilkan vitamin C sendiri, anda perlu mendapatkannya daripada diet pemakanan. Vitamin C boleh ditemui dalam buah sitrus, buah beri, kentang, tomato, lada, kubis, pucuk Brussels, brokoli dan bayam. Vitamin C juga tersedia sebagai suplemen oral, biasanya dalam bentuk kapsul dan tablet yang boleh dikunyah.

Individu yang mempunyai keadaan gastrousus dan beberapa jenis kanser tertentu cenderung mengalami kekurangan vitamin C. Vitamin C juga digunakan untuk meningkatkan penyerapan zat besi daripada saluran gastrousus. Kekurangan vitamin C yang teruk boleh membawa kepada penyakit seperti anemia, pendarahan gusi, lebam dan penyembuhan yang lambat (skurvi).

Sekiranya anda mengambil vitamin C untuk sifat antioksidannya, anda perlu ketahui bahawa suplemen tersebut mungkin tidak memberi faedah yang sama seperti antioksidan semulajadi yang didapati dalam makanan.

Jumlah vitamin C yang disyorkan untuk lelaki dewasa adalah 90 miligram, manakala untuk wanita dewasa adalah sebanyak 75 miligram.

Kegunaan Vitamin C

Kekurangan vitamin C. Pengambilan secara oral atau melalui suntikan digunakan untuk menghalang dan merawat kekurangan vitamin C, termasuklah simptom skurvi. Selain itu, mengambil vitamin C juga boleh melegakan masalah yang berkaitan dengan skurvi.

• Gangguan yang diwarisi yang dicirikan oleh ketidakupayaan badan untuk memecah asid amino tyrosin (tyrosinemia). Pengambilan secara oral dapat memperbaiki gangguan genetik pada bayi baru lahir di mana paras darah asid amino tyrosin didapati terlalu tinggi.

• Penyakit mata yang membawa kepada kehilangan penglihatan dalam kalangan individu dewasa yang lebih tua (degenerasi makular yang berkaitan dengan usia) atau AMD (Age Macular Degeneration). Pengambilan vitamin C, vitamin E, beta-karotena, dan zink boleh membantu mencegah AMD daripada menjadi lebih teruk dalam kalangan individu yang berisiko tinggi untuk membangunkan AMD lanjut. Namun begitu, masih belum diketahui sama ada vitamin C boleh membantu mencegah AMD atau tidak.

• Protein dalam air kencing (albuminuria). Pengambilan vitamin C bersama vitamin E boleh mengurangkan jumlah protein dalam air kencing dalam kalangan individu yang menghidap kencing manis.

Degupan jantung yang tidak teratur (fibrilasi atrium). Pengambilan vitamin C sebelum dan selama beberapa hari selepas pembedahan jantung boleh membantu mencegah masalah degupan jantung yang tidak teratur selepas menjalani pembedahan jantung.

• Mengosongkan kolon sebelum kolonoskopi. Sebelum seseorang menjalani kolonoskopi, mereka perlu memastikan bahawa kolon mereka dikosongkan terlebih dahulu. Pengosongan ini digelar sebagai ‘persediaan usus’. Sesetengah persediaan usus melibatkan tindakan meminum 4 liter cairan ubat. Jika vitamin C dimasukkan ke dalam cecair ubat tersebut, mereka hanya perlu minum sebanyak 2 liter ubat terbabit. Ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani prosedur pengosongan serta dapat mengurangkan kesan sampingan. Cecair ubat tertentu yang mengandungi vitamin C (MoviPrep, Salix Parmaceuticals, Inc.) telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA – Food and Drugs Association) untuk digunakan dalam proses persediaan usus.

• Selesema. Terdapat beberapa kontroversi mengenai keberkesanan vitamin C untuk merawat selesema. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 1-3 gram mungkin memendekkan tempoh selesema antara 1 hingga 1.5 hari. Namun begitu, melalui kajian yang telah dijalankan, pengambilan vitamin ini dilihat tidak dapat mengelakkan selesema.

• Sakit kaki yang biasanya berlaku selepas kecederaan (sindrom kesakitan serantau yang kompleks). Pengambilan vitamin C selepas menjalani pembedahan atau mengalami kecederaan pada lengan atau kaki seolah-olah menghalang sindrom kesakitan serantau yang rumit daripada berkembang.

• Kulit kemerahan yang disebabkan oleh kecederaan atau kerengsaan (erythema). Menggunakan krim kulit yang mengandungi vitamin ini mungkin mengurangkan kemerahan kulit berikutan prosedur laser yang dilakukan untuk menyingkirkan parut dan kedutan.

• Jangkitan saluran udara yang disebabkan oleh senaman. Pengambilan vitamin ini sebelum melakukan latihan fizikal berat seperti maraton mungkin menghalang jangkitan saluran pernafasan bahagian atas yang boleh berlaku selepas latihan berat.

 Keradangan perut. Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan H. pylori boleh memburukkan simptom keradangan perut. Pengambilan vitamin C bersama dengan salah satu ubat-ubatan yang digelar sebagai omeprazole mungkin mengurangkan kesan sampingan ini.

• Gout. Pengambilan vitamin ini dalam jumlah yang lebih tinggi daripada diet harian telah dikaitkan dengan pengurangan risiko gout dalam kalangan lelaki. Walau bagaimanapun, vitamin ini tidak membantu merawat gout.

• Penjejasan keradangan perut yang disebabkan oleh ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan H. pylori. Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan H. pylori boleh menjejaskan keradangan perut. Pengambilan vitamin ini bersama salah satu ubat-ubatan yang digelar sebagai omeprazole mungkin mengurangkan kesan sampingan ini.

• Satu keadaan di mana sel darah merah pecah dengan lebih cepat berbanding proses penghasilannya  (anemia hemolitik). Pengambilam suplemen vitamin C mungkin membantu menguruskan anemia dalam kalangan individu yang menjalani dialisis.

• Kolesterol tinggi. Pengambilan vitamin C mungkin mengurangkan kolesterol berkepekatan rendah lipoprotein (LDL atau kolesterol “jahat”) pada individu yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.

•Tekanan darah tinggi. Pengambilan vitamin C bersama ubat untuk menurunkan tekanan darah boleh membantu menurunkan tekanan darah sistolik (nombor bahagian atas dalam bacaan tekanan darah) dalam jumlah yang kecil. Namun begitu, ia didapati tidak menurunkan tekanan diastolik (nombor bahagian bawah dalam bacaan tekanan darah). Pengambilan vitamin ini didapati tidak menurunkan tekanan darah jika diambil tanpa ubat untuk menurunkan tekanan darah.

• Keracunan plumbum. Pengambilan vitamin C dalam diet dilihat seolah-olah menurunkan tahap plumbum darah.

• Mengurangkan faedah terapi nitrat yang berlaku apabila nitrat digunakan sepanjang hari (toleransi nitrat). Bagi sesetengah individu yang mengambil ubat-ubatan untuk sakit dada, tubuh mereka membina toleransi terhadap ubat-ubatan tersebut, dan ia berhenti berfungsi. Pengambilan vitamin ini dilihat seolah-olah membantu keberkesanan ubat-ubatan ini, seperti nitrogliserin, untuk bekerja dalam tempoh yang lebih lama.

Osteoartritis. Pengambilan vitamin C daripada sumber makanan atau suplemen kalsium askorbat seolah-olah menghalang kehilangan tulang rawan dan peningkatan simptom dalam kalangan individu yang menghidap osteoartritis.

Kesakitan selepas pembedahan. Pengambilan vitamin C secara oral atau melalui suntikan ke dalam urat (IV – Intravena) satu jam sebelum atau dalam masa 30 minit selepas penggunaan anestesia didapati mengurangkan kesakitan dan keperluan untuk sesetengah pesakit mengambil ubat tahab sakit opioid selepas menjalani pembedahan.

• Selaran matahari (Sunburn). Pengambilan vitamin C secara oral atau meletakkannya kepada kulit bersama vitamin E mungkin menghalang selaran matahari. Tetapi pengambilan vitamin ini secara tunggal tidak menghalang selaran matahari.

• Kulit berkedut. Krim kulit yang mengandungi vitamin C seolah-olah memperbaiki penampilan kulit yang berkedut. Pelekat vitamin C juga seolah-olah membantu mengurangkan kedutan.

• Pembengkakan jangka pendek (keradangan) saluran pernafasan di dalam paru-paru (bronkitis akut). Pengambilan secara oral seolah-olah tidak mempunyai kesan ke atas bronkitis.

• Asma. Sesetengah individu yang menghidap asma memiliki tahap vitamin C yang rendah dalam darah mereka. Namun begitu, pengambilan vitamin ini dilihat tidak mengurangkan risiko mengembangkan asma atau memperbaiki simptom asma dalam kalangan individu yang sudah menghidap asma.

• Pengerasan arteri (aterosklerosis). Pengambilan vitamin C yang lebih tinggi daripada diet harian tidak dikaitkan dengan pengurangan aterosklerosis. Selain itu, pengambilan suplemen dilihat tidak menghalang atherosklerosis daripada menjadi lebih buruk dalam kebanyakan individu dengan keadaan ini.

Kanser pundi kencing. Pengambilan suplemen didapati tidak menghalang perkembangan kanser pundi kencing atau mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan kanser dalam kalangan lelaki.

Penyakit jantung. Penyelidikan mengenai penggunaan vitamin C bagi merawat penyakit jantung adalah satu kontroversi. Walau bagaimanapun, bukti terkuat menunjukkan bahawa vitamin ini tidak menghalang penyakit jantung atau mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung.

Kanser kolon, kanser rektum. Pengambilan vitamin C yang dalam kuantiti yang tinggi daripada makanan atau suplemen tidak dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser kolon atau rektum.

Kematian bayi yang belum lahir atau pramatang. Pengambilan vitamin C secara tunggal atau bersama suplemen lain tidak menghalang risiko kematian bayi yang belum lahir atau bayi pramatang.

Keretakan. Pengambilan vitamin C didapati tidak memperbaiki fungsi, mengurangkan simptom atau meningkatkan kadar penyembuhan dalam individu yang mengalami pergelangan tangan patah.

• Jangkitan saluran pencernaan yang boleh menyebabkan ulser (Helicobacter pylori atau H. pylori). Pengambilan vitamin C bersama ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan H. pylori nampaknya tidak boleh menyingkirkan H. pylori dengan lebih baik berbanding mengambil ubat-ubatan sahaja.

• Sekumpulan gangguan yang diwarisi yang membawa kepada kelemahan otot dan kekebasan pada tangan dan kaki. Pengambilan vitamin C selama satu atau dua tahun dilihat tidak menghalang kerosakan saraf pada individu yang mengalami gangguan diwarisi yang menyebabkan kelemahan otot dan kekebasan pada tangan dan kaki.

• Kerosakan mata dalam kalangan individu yang mengambil ubat interferon (retinopati yang berkaitan dengan interferon). Pengambilan secara oral seolah-olah tidak menghalang kerosakan mata dalam kalangan individu yang menerima terapi interferon untuk penyakit hati.

• Kanser sel darah putih (leukemia). Pengambilan vitamin C dilihat tidak menghalang leukemia atau mengurangkan kadar kematian akibat leukemia pada lelaki.

• Bayi yang dilahirkan dengan berat kurang daripada 2500 gram (5 pon, 8 auns). Pengambilan vitamin C secara tunggal atau bersama suplemen lain, tidak mengurangkan risiko untuk bayi mempunyai berat kelahiran yang rendah.

Kanser paru-paru. Pengambilan vitamin ini secara tunggal atau bersama vitamin E, dilihat tidak dapat menghalang risiko kanser paru-paru atau kematian akibat kanser paru-paru.

• Jenis kanser kulit yang paling serius (melanoma). Pengambilan vitamin ini secara tunggal atau bersama vitamin E, tidak menghalang risiko melanoma atau risiko kematian akibat melanoma.

• Keguguran. Pengambilan vitamin ini secara tunggal atau bersama suplemen lain tidak menghalang risiko keguguran.

• Kematian dari sebarang sebab. Tahap darah vitamin C yang tinggi telah dikaitkan dengan risiko kematian yang kurang akibat sebarang punca. Tetapi pengambilan suplemen bersama antioksidan didapati tidak menghalang risiko kematian.

Kanser pankreas. Pengambilan vitamin C bersama beta-karoten serta vitamin E dilihat tidak boleh menghalang risiko kanser pankreas.

• Komplikasi kehamilan yang ditandai dengan tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing (pre-eklampsia). Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C bersama vitamin E tidak menghalang risiko tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing semasa kehamilan.

• Kelahiran pramatang. Pengambilan vitamin C secara tunggal atau bersama suplemen lain, tidak menghalang kemungkinan kelahiran pramatang.

Kanser prostat. Pengambilan suplemen dilihat tidak menghalang kanser prostat.

• Kerosakan kulit yang disebabkan oleh terapi radiasi (radiasi dermatitis). Menyapu vitamin C pada kulit tidak menghalang masalah kulit yang disebabkan oleh rawatan radiasi.

• Bayi yang mempunyai berat badan kelahiran di bawah percentile ke-10. Pengambilan vitamin C secara tunggal atau bersama suplemen lain tidak mengurangkan risiko melahirkan bayi dengan berat kelahiran di bawah percentile ke-10.

Kematian kelahiran. Pengambilan vitamin C secara tunggal atau bersama suplemen lain tidak mengurangkan kemungkinan mengalami kematian kelahiran semasa kehamilan.

Demam hay. Menggunakan semburan hidung yang mengandungi vitamin C seolah-olah memperbaiki simptom hidung dalam kalangan individu yang mengalami alahan yang berlangsung sepanjang tahun. Pengambilan secara oral mungkin menyekat histamin bagi individu yang mengalami alahan bermusim. Tetapi hasil kajian didapati bercanggah.

Penyakit Alzheimer. Pengambilan vitamin C dalam kuantiti yang lebih tinggi melalui makanan dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit Alzheimer.

• Penyakit Lou Gehrig (sclerosis lateral amyotrophic atau ALS). Pengambilan vitamin C dalam kuantiti yang tinggi melalui makanan atau suplemen tidak dikaitkan dengan pengurangan risiko ALS.

• Kerosakan pada perut dan usus yang disebabkan oleh aspirin. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C mungkin mencegah kerosakan perut yang disebabkan oleh aspirin. Tetapi penyelidikan lain menunjukkan hasil yang bercanggah.

• Prestasi sukan. Pengambilan suplemen vitamin C mungkin memperbaiki pengambilan oksigen semasa bersenam di kalangan remaja.

Kecenderungan kepada alahan dan tindak balas alahan (penyakit atopik). Pengambilan vitamin C dalam jumlah yang tinggi tidak dikaitkan dengan pengurangan risiko ekzema, semput, alahan makanan, atau kehipersensitifan alahan.

Gangguan Perhatian defisit-hiperaktif (ADHD). Pengambilan dos vitamin C yang tinggi, tidak mengurangkan simptom ADHD. Namun begitu mengambil dos vitamin C dalam kuantiti yang lebih rendah bersama minyak biji rami mungkin memperbaiki beberapa simptom ADHD, seperti kegelisahan dan pengawalan diri.

Autisme. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C mungkin mengurangkan keparahan simptom autisme dalam kalangan kanak-kanak autistik.

Kanser otak. Peningkatan pengambilan vitamin C dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 14% risiko jenis kanser otak yang dipanggil glioma.

Kanser payudara. Kajian masih dijalankan berkenaan pengambilan vitamin C yang lebih tinggi daripada makanan, sama ada ia boleh membantu mencegah kanser payudara daripada berkembang atau tidak. Akan tetapi pengambilan vitamin C dalam jumlah yang tinggi daripada makanan seolah-olah dikaitkan dengan pengurangan risiko kematian dalam kalangan individu yang didiagnosis dengan kanser payudara. Selain itu, pengambilan suplemen vitamin C selepas didiagnosis dengan kanser payudara seolah-olah membantu mengurangkan risiko kematian akibat kanser payudara.

• Terbakar. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C dalam tempoh 24 jam pertama luka akibat terbakar yang parah boleh mengurangkan bengkak akibat luka.

• Kanser. Pengambilan vitamin C dalam kuantiti yang tinggi daripada makanan dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser. Namun begitu, pengambilan suplemen vitamin C dilihat tidak dapat mencegah kanser. Dalam kalangan individu yang didiagnosis dengan kanser peringkat yang lanjut, pengambilan vitami C dalam dos yang besar (10 gram) secara oral seolah-olah tidak meningkatkan kelangsungan hidup atau mencegah kanser daripada menjadi semakin teruk. Namun begitu, dos vitamin C yang tinggi mungkin meningkatkan kelangsungan hidup apabila diberi melalui IV.

• Katarak. Pengambilan vitamin C dalam jumlah tinggi daripada makanan dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mengembangkan katarak. Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa individu yang mengambil suplemen yang mengandungi vitamin C dalam masa 10 tahun mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengembangkan katarak. Tetapi mengambil suplemen yang mengandungi vitamin C untuk masa yang kurang daripada itu kelihatan tidak membantu.

Kanser serviks. Kajian awal menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan vitamin C mengurangkan risiko kanser serviks.

• Kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh kolistin ubat. Kajian awal menunjukkan bahawa pemberian vitamin C melalui IV tidak menghalang kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh kolistin.

• Kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh pewarna kontras (nefropati induced contrast). Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C sebelum dan selepas menerima agen kontras boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang. Tetapi penyelidikan lain menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai kesan tersebut.

Plak gigi. Mengunyah tablet kunyah yang mengandungi vitamin C didapati boleh mengurangkan plak gigi.

• Kemurungan. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C bersama ubat  antidepresan fluoxetine mengurangkan simptom kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dengan lebih lebih berkesan berbanding pengambilan fluoxetine sahaja. Namun begitu, mengambil vitamin C bersama antidepresan citalopram tidak mengurangkan simptom kemurungan dalam kalnagan individu dewasa dengan lebih baik berbanding pengambilan citalopram sahaja.

 Kencing Manis. Mengambil suplemen vitamin C mungkin meningkatkan pengawalam gula darah dalam kalangan individu yang menghidap kencing manis. Tetapi hasilnya bercanggah. Selain itu, pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan tidak dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk menghidap kencing manis.

• Kerosakan hati yang disebabkan oleh ubat doxorubicin. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C, vitamin E, dan cysteine N-asetil dapat mengurangkan kerosakan jantung yang disebabkan oleh ubat doxorubicin.

Mulut kering. Pengambilan vitamin E dan vitamin C sebanyak dua kali sehari seolah-olah mengurangkan simptom mulut kering pada individu yang menjalani terapi radiasi untuk merawat kanser kepala dan leher.

Kanser lapisan dinding rahim (kanser endometrium). Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan mungkin dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser endometrium. Tetapi terdapat keputusan yang bercanggah.

Kanser esofagus. Pengambilan vitamin C bersama beta-karoten serta vitamin E tidak mengurangkan risiko kanser esophageal. Tetapi pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan dikaitkan dengan risiko kanser esophageal yang lebih rendah.

• Asma yang disebabkan oleh senaman. Pengambilan vitamin C mungkin menghalang asma yang disebabkan oleh senaman.

 Kerosakan otot yang disebabkan oleh senaman. Pengambilan vitamin C sebelum berbasikal dilihat tidak dapat mengelakkan kerosakan otot.

• Penyakit pundi hempedu. Pengambilan vitamin C mungkin membantu mencegah penyakit pundi hempedu pada wanita tetapi bukan lelaki.

Kanser perut. Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan tidak dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser perut dalam kebanyakan kajian. Selain itu, mengambil vitamin C bersama antioksidan lain didapati tidak mencegah kanser perut. Tetapi pengambilan suplemen vitamin C mungkin mencegah luka yang terdahulu di dalam perut daripada berkembang menjadi kanser dalam kalangan individu yang berisiko tinggi. Ini termasuklah individu yang pernag dirawat untuk jangkitan H. pylori.

Kehilangan pendengaran. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa vitamin C boleh memperbaiki pendengaran dalam kalangan individu yang mengalami kehilangan pendengaran secara tiba-tiba apabila digunakan bersama terapi steroid.

• Komplikasi selepas pemindahan jantung. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C dan vitamin E selama setahun selepas pemindahan jantung membantu menghalang pengerasan arteri.

• HIV/AIDS. Pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi atau rendah bersama antioksidan lain tidak mengurangkan HIV dalam darah individu dengan HIV/AIDS.

• Penyebaran HIV. Pengambilan vitamin C bersama vitamin B dan vitamin E semasa hamil dan menyusu bayi didapati mengurangkan risiko penyebaran HIV kepada bayi.

• Tahap fosfat yang tinggi dalam darah (hiperfosfatemia). Individu yang mengalami penyakit buah pinggang dan menjalani dialisis biasanya mempunyai paras fosfat darah yang tinggi. Mengamvil vitamin C melalui IV seolah-olah mengurangkan tahap fosfat.

• Ketidakupayaan untuk hamil dalam tempoh setahun (kemandulan). Terdapat bukti awal bahawa wanita dengan masalah kesuburan tertentu mungkin mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin C setiap hari.

• Bengkak (keradangan) dan pengumpulan lemak hati pada orang yang minum sedikit atau tidak minum alkohol (steatohepatitis non-alkali atau NASH). Pengambilan vitamin C bersama vitamin E dapat mengurangkan pembentukan parut hati pada individu dengan jenis penyakit hati yang disebut steatohepatitis nonalcoholic. Tetapi ia didapati tidak mengurangkan pembengkakan hati.

• Kanser sel darah putih (limfoma bukan Hodgkin). Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan atau suplemen dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk membangunkan limfoma, bukannya Hodgkin dalam kalangan wanita menopaus.

• Kanser mulut. Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser mulut.

• Tompokan putih di dalam mulut yang biasanya disebabkan oleh tabiat merokok (leukoplakia oral). Mengambil beta-karotena bersama vitamin C tidak mengurangkan tompok putih di dalam mulut atau mengurangkan risiko kanser mulut pada lelaki yang merokok.

Osteoporosis. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa vitamin C mungkin meningkatkan kekuatan tulang. Tetapi tahap darah vitamin C yang tinggi dalam wanita kalangan wanita menopaus dikaitkan dengan kepadatan mineral tulang yang lebih rendah. Lebih banyak maklumat diperlukan terhadap kesan vitamin C pada ketumpatan mineral tulang.

• Kanser ovari. Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan tidak dikaitkan dengan risiko kanser ovari yang lebih rendah.

Penyakit Parkinson. Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan tidak dikaitkan dengan risiko penyakit Parkinson yang lebih rendah.

Penyempitan saluran darah yang menyebabkan aliran darah yang lemah kepada anggota badan (penyakit arteri periferal). Pengambilan vitamin C yang tinggi daripada makanan dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mengembangkan penyakit peredaran darah yang lemah pada wanita tetapi bukan pada lelaki.

• Prestasi fizikal. Mengambil lebih banyak vitamin C sebagai sebahagian daripada diet boleh meningkatkan prestasi fizikal dan kekuatan otot dalam kalangan orang tua. Tetapi mengambil vitamin C bersama vitamin E tidak meningkatkan kekuatan otot pada wanita atau lelaki tua yang turut melakukan program latihan kekuatan.

Pneumonia. Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin C mungkin mengurangkan risiko radang paru-paru serta tempoh pneumonia sebaik sahaja ia berkembang. Kesan ini kelihatan paling ketara dalam kalangan mereka yang mempunyai tahap vitamin C yang rendah sebelum rawatan. Namun, adalah tidak jelas jika vitamin C bermanfaat kepada orang dengan tahap vitamin C normal.

• Jangkitan selepas pembedahan. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C melalui intravena (IV) mungkin meningkatkan kelangsungan hidup dalam kalangan pesakit yang telah menjalani pembedahan dan membangunkan keadaan yang dikenali sebagai kejutan septik.

Pemecahan  kantung amniotik sebelum kelahiran. Pengambilan vitamin C semasa kehamilan mungkin membantu mencegah kantung amniotik dari pecah sebelum kelahiran bermula. Tetapi mengambil vitamin C bersama suplemen lain didapati tidak membantu menghalang kantung amniotik dari pecah sebelum kelahiran bermula. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil vitamin C plus vitamin E bermula pada trimester kedua atau ketiga dan berterusan sehingga kelahiran, ia dapat membantu menunda kelahiran dalam kalangan wanita hamil yang kantung amniotiknya pecah lebih awal.

• Luka (ulser tekanan). Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C tidak meningkatkan penyembuhan luka pada orang dengan ulser tekanan. Tetapi kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C mengurangkan saiz ulser tekanan.

• Keradangan dan kerosakan pada rektum akibat terapi radiasi. Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan vitamin C serta vitamin E mungkin memperbaiki beberapa simptom yang disebabkan oleh terapi radiasi pada rektum.

• Kanser buah pinggang. Pengambilan vitamin C yang tinggi dikaitkan dengan penurunan risiko kanser buah pinggang sebanyak 12%.

• Gangguan yang menyebabkan ketidakselesaan kaki dan keinginan untuk menggerakkan kaki (sindrom kaki resah atau RLS). Pengambilan vitamin C atau dengan kombinasi vitamin E seolah-olah mengurangkan keparahan sindrom kaki resah bagi individu yang menjalani hemodialisis. Tetapi adalah tidak diketahui sama ada vitamin C bermanfaat untuk individu yang mempunyai sindrom kaki resah yang tidak berkaitan dengan hemodialisis.

• Penyakit anemia sel sabit. Pengambilan vitamin C bersama ekstrak bawang putih yang diperam dan vitamin E mungkin memberi manfaat kepada individu dengan penyakit sel sabit.

• Tekanan. Kajian awal menunjukkan bahawa vitamin C mungkin mengurangkan tekanan darah dan simptom tekanan mental.

• Strok. Pengambilan vitamin C yang tinggi melalui makanan seolah-olah dikaitkan dengan pengurangan risiko strok. Tetapi terdapat keputusan yang bercanggah. Pengambilan suplemen vitamin C didapati tidak berkaitan dengan pengurangan risiko strok.

• Jangkitan serius yang disebabkan oleh bakteria Clostridium (tetanus). Pengambilan vitamin C bersama rawatan konvensional didapati mengurangkan risiko kematian dalam kalangan kanak-kanak dengan kancing gigi.

• Jangkitan buah pinggang, pundi kencing, atau uretra (jangkitan saluran kencing atau UTI – Urinary Tract Infection). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C tidak menghalang risiko UTI pada individu yang lebih tua.

 Dimensia yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke otak (demensia vaskular). Pengambilan vitamin C dan vitamin E yang tinggi daripada suplemen tidak dikaitkan dengan pengurangan dimensia vaskular dalam kalangan lelaki Jepun-Amerika.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai vitamin C untuk kegunaan ini:

• Jerawat.

• Kaviti.

• Sindrom kelesuan kronik (CFS – Chronic Fatigue Syndrome).

• Sembelit.

Sistik Fibrosis.

• Penyakit buah pinggang.

• Penyakit Lyme.

• Infeksi darah (sepsis).

• Tuberkulosis.

• Penyembuhan luka.

• Sebab-sebab lain.

Kesan Sampingan Vitamin C

Walaupun vitamin C dianggap selamat, dos yang tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti pedih ulu hati, loya, sakit kepala, sakit perut dan cirit-birit. Dos melebihi 2,000 miligram dianggap ekstrem dan boleh meningkatkan risiko cirit-birit yang teruk dan batu karang.

Walaupun anda boleh mengambil vitamin C semasa hamil, dos berlebihan boleh menyebabkan kemudaratan kepada bayi yang baru lahir. Secara umumnya, dos antara 85 dan 120 miligram sehari dianggap memadai.

Vitamin C juga boleh meningkatkan kadar gula darah anda dan anda harus menggunakannya dengan berhati-hati jika anda menghidap kencing manis. Dalam kalangan wanita yang lebih tua dengan kencing manis, vitamin C dalam jumlah melebihi 300 miligram sehari boleh meningkatkan risiko kematian akibat penyakit jantung.

Interaksi Vitamin C

Berhati-hati dengan gabungan ini

• Aluminium berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Aluminium didapati dalam  kebanyakan antacid. Vitamin C boleh meningkatkan jumlah aluminium yang diserap oleh badan. Tetapi adalah tidak jelas jika interaksi ini merupakan kebimbangan yang besar. Seeloknya, ambil vitamin C dua jam sebelum atau empat jam selepas pengambilan antacid.

• Estrogen berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Tubuh memecahkan estrogen untuk menyingkirkannya. Vitamin C mungkin menurunkan seberapa cepat tubuh menyingkirkan estrogen. Pengambilan vitamin C bersama dengan estrogen mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan estrogen.

Fluphenazine (Prolixin) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Sejumlah besar vitamin C mungkin mengurangkan jumlah fluphenazine (Prolixin) di dalam badan. Mengambil vitamin C bersama dengan fluphenazine (Prolixin) mungkin mengurangkan keberkesanan fluphenazine (Prolixin).

• Ubat untuk kanser (Kemoterapi) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Vitamin C adalah sejenis antioksidan. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa antioksidan mungkin mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk merawat kanser.

• Ubat yang digunakan untuk HIV/AIDS (Protease Inhibitors) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Mengambil dos vitamin C dalam dos yang besar mungkin mengurangkan kuantiti ubat HIV/AIDS yang tinggal di dalam badan. Keadaan ini dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk HIV/AIDS. Beberapa ubat-ubatan HIV/AIDS termasuk amprenavir (Agenerase), nelfinavir (Viracept), ritonavir (Norvir), dan saquinavir (Fortovase, Invirase).

• Ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol (Statins) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Mengambil vitamin C, beta-karoten, selenium, dan vitamin E bersama dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Namun, adalah tidak diketahui jika vitamin C secara tunggal boleh menurunkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol termasuk atorvastatin (Lipitor), fluvastatin (Lescol), lovastatin (Mevacor), dan pravastatin (Pravachol).

Niasin berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Mengambil vitamin C bersama dengan vitamin E, beta-karoten, dan selenium mungkin mengurangkan keberkesanan niasin. Niasin boleh meningkatkan kolesterol baik. Mengambil vitamin C bersama dengan vitamin lain mungkin mengurangkan keberkesanan niasin untuk meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

Warfarin (Coumadin) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk melambatkan pembekuan darah. Sejumlah besar vitamin C mungkin mengurangkan keberkesanan warfarin (Coumadin). Mengurangkan keberkesanan warfarin (Coumadin) mungkin meningkatkan risiko pembekuan darah. Pastikan darah anda sentiasa diperiksa. Dosis warfarin (Coumadin) anda mungkin perlu diubah.

Interaksi Minor

Berhati-hati dengan kombinasi ini!

Acetaminophen (Tylenol, lain-lain) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK

Tubuh memecahkan acetaminophen (Tylenol, lain-lain ) untuk menyingkirkannya. Sejumlah besar vitamin C dapat mengurangkan seberapa cepat tubuh memecah acetaminophen. Namun adalah tidak jelas sama ada jika interaksi ini menjadi kebimbangan besar.

• Aspirin berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Tubuh memecahkan aspirin untuk menyingkirkannya. Jumlah vitamin C yang tinggi mungkin mengurangkan keberkesanan pemecahan aspirin. Mengurangkan pecahan aspirin mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan aspirin. Jangan ambil vitamin C sekiranya anda mengambil aspirin.

Choline Magnesium Trisalicylate (Trilisate) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Vitamin C mungkin menurunkan seberapa cepat tubuh menyingkirkan choline magnesium trisalicylate (Trilisate). Tetapi adalah tidak jelas jika interaksi ini adalah satu kebimbangan besar.

Nicardipine (Cardene) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK )

Vitamin C diserap oleh sel-sel dalam badan. Mengambil nicardipine (Cardene) bersama vitamin C mungkin mengurangkan jumlah vitamin C yang diserap oleh sel.

Nifedipine berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Vitamin C diserap oleh sel-sel. Mengambil nifedipine (Adalat, Procardia) bersama vitamin C mungkin mengurangkan jumlah vitamin C yang diserap oleh sel.

• Salsalate (Disalcid) berinteraksi dengan VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Vitamin C mungkin menurunkan seberapa cepat tubuh menyingkirkan salsalate (Disalcid). Mengambil vitamin C bersama salsalate (Disalcid) mungkin menyebabkan terlalu banyak salsalate (Disalcid) dalam badan, dan meningkatkan kesan dan kesan sampingan salsalate.

Dos Vitamin C

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

– Dewasa

Secara oral:

• Umum: diet harian yang disyorkan (RDA) ialah: 90 mg untuk lelaki dan 75 mg bagi wanita;

Kehamilan dan menyusukan bayi: umur 18 atau lebih muda – 115 mg; berumur 19 hingga 50 tahun – 120 mg.

Individu yang menggunakan tembakau perlu mengambil suplemen vitamin C sebanyak 35 mg sehari. Jangan mengambil vitamin C melebihi 1800 mg setiap hari bagi remaja dan wanita hamil dan menyusu 14 hingga 18 tahun, dan melebihi 2000 mg sehari bagi orang dewasa dan wanita hamil dan wanita yang menyusu bayi.

• Untuk kekurangan vitamin C: 100-250 mg sekali atau dua kali sehari selama beberapa hari untuk skurvi.

• Untuk penyakit mata yang membawa kepada kehilangan penglihatan pada orang dewasa yang lebih tua (degenerasi makular yang berkaitan dengan usia): 500 mg vitamin C, 400 IU vitamin E, dan 15 mg beta-karoten, dengan atau tanpa 80 mg zink , sehari selama 10 tahun.

• Untuk peningkatan protein dalam air kencing (albuminuria): 1250 mg vitamin C dengan 680 IU vitamin E sehari selama 4 minggu telah digunakan.

• Untuk denyutan jantung yang tidak teratur (fibrilasi atrium): 1-2 gram vitamin C sehari selama 1-3 hari sebelum pembedahan jantung diikuti 1-2 gram vitamin C dalam dua dos yang dibahagikan setiap hari selama 4-5 hari selepas pembedahan jantung.

• Untuk mengosongkan kolon sebelum kolonoskopi: 2 liter larutan yang mengandungi polietilena glikol dan vitamin C digunakan pada petang sebelum kolonoskopi atau sebagai dos berasingan yang diambil pada waktu petang dan pagi sebelum kolonoskopi. Produk yang paling sering digunakan ialah MoviPrep (Norgine BV).

• Untuk merawat selesema biasa: 1-3 gram setiap hari.

• Untuk mencegah sakit perut yang biasanya berlaku selepas kecederaan (sindrom kesakitan serantau yang kompleks): 500 mg vitamin C setiap hari selama 50 hari bermula selepas kecederaan.

• Untuk jangkitan saluran udara yang disebabkan oleh senaman: 600 mg hingga 1 gram vitamin C sehari selama 3-8 minggu sebelum latihan berat.

• Untuk pembengkakan (keradangan) perut (gastritis): 1200 mg vitamin C setiap hari bersama omeprazol.

• Untuk keadaan di mana sel darah merah pecah lebih cepat daripada yang dihasilkan (anemia hemolitik): 200-300 mg vitamin C tiga kali seminggu selama 3-6 bulan.

• Untuk kolesterol tinggi: 500 mg vitamin C setiap hari sekurang-kurangnya 4 minggu.

 Untuk tekanan darah tinggi: 500 mg vitamin C sehari dan ubat penurun tekanan darah telah digunakan.

• Untuk merawat manfaat terapi nitrat yang berkurangan yang berlaku apabila nitrat digunakan sepanjang hari (toleransi nitrat): 3-6 gram vitamin C setiap hari telah digunakan.

 Untuk osteoartritis: 1 gram vitamin C dalam bentuk kalsium askorbat setiap hari selama 2 minggu telah digunakan.

• Untuk mengurangkan kesakitan selepas pembedahan: 2 gram vitamin C sejam sebelum anestesia telah digunakan.

• Untuk mencegah selaran matahari: 2 gram vitamin C bersama 1000 IU vitamin E yang diambil sebelum pendedahan terhadap matahari telah digunakan.

Disapu pada kulit:

 Untuk kemerahan kulit yang disebabkan oleh kecederaan atau kerengsaan (erythema): Rumusan yang mengandungi 10% vitamin C, 2% zink sulfat, dan 0.5% tirosin digunakan setiap hari selama 8 minggu telah digunakan.

 Untuk kedutan kulit akibat kerosakan matahari: Kebanyakan produk vitamin C utama digunakan setiap hari. Kajian telah menggunakan krim yang mengandungi 3% hingga 10% vitamin C. Jangan memakai persediaan vitamin C pada mata atau kelopak mata. Elakkan bersentuhan dengan rambut atau pakaian. Ia boleh menyebabkan perubahan warna.

Melalui IV:

• Untuk denyutan jantung yang tidak teratur (atrial fibrillation): 2 gram vitamin C sekali atau dua kali sehari sebelum pembedahan jantung diikuti dengan 1-2 gram sehari selama 4-5 hari selepas pembedahan jantung telah digunakan.

• Untuk mengurangkan kesakitan selepas pembedahan: 3 gram vitamin C semasa 30 minit pertama pembedahan telah digunakan.

– Kanak-kanak

Secara oral:

• Umum: diet harian yang disyorkan (RDA) adalah: Bayi 0 hingga 12 bulan, bayi menyusu  (cadangan lebih lama yang ditetapkan 30-35 mg); Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun, 15 mg; Kanak-kanak 4 hingga 8 tahun, 25 mg; Kanak-kanak 9 hingga 13 tahun, 45 mg; Remaja 14 hingga 18 tahun, 75 mg untuk kanak-kanak lelaki dan 65 mg untuk kanak-kanak perempuan; Jangan ambil dos vitamin C melebihi dos berikut: 400 mg sehari untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, 650 mg sehari untuk kanak-kanak 4 hingga 8 tahun, 1200 mg sehari untuk kanak-kanak 9 hingga 13 tahun

• Untuk gangguan yang diwarisi yang ditandakan oleh ketidakupayaan badan untuk memecahkan asid amino tirosin (tyrosinemia): 100 mg vitamin C telah digunakan pada bayi pramatang dalam diet protein tinggi.

Melalui IV:

• Untuk gangguan yang diwarisi yang ditandakan oleh ketidakupayaan badan untuk memecahkan asid amino tirosin (tyrosinemia): 100 mg vitamin C telah digunakan pada bayi pramatang dalam diet protein tinggi.

Melalui suntikan:

• Untuk gangguan yang diwarisi yang ditandakan oleh ketidakupayaan badan untuk memecahkan asid amino tirosin (tyrosinemia): 100 mg vitamin C telah digunakan pada bayi pramatang dalam diet protein tinggi.

SUMBER

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-vitamin-c-supplements-89083#citation-1

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-c/art-20363932

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1001/vitamin-c-ascorbic-acid

Summary
Vitamin C - Semuanya mengenai zat ini
Article Name
Vitamin C - Semuanya mengenai zat ini
Description
Vitamin C, sejenis antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kesan radikal bebas, membantu badan menyerap serta menyimpan zat besi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: