time release

Vitamin C Shaklee ialah satu konsep apabila kapsul atau tablet tersebut digunakan oleh tubuh badan kita secara perlahan apabila dimakan.

Kapsul ini berbeza dengan kapsul biasa kerana bahan-bahan yang diletakkan di dalam kapsul ini dikeluarkan secara perlahan-lahan untuk digunakan oleh badan kita. Sangat berbeza bukan? Kalau kapsul biasa, Vitamin C tersebut akan terus larut dan terus memasuki sistem tubuh badan kita.

Kelebihan Vitamin C Time Release untuk anda

Seperti yang diperkatakan sebelum ini tadi, Vitamin C Time Release ini selalunya diselaputi oleh lapisan khas. Lapisan ini selalunya terdapat di permukaan kapsul atau tablet ini. Apabila kita mengambil Vitamin C Time Release ini, selalunya cecair dari badan kita seperti air liur atau asid perut akan melarutkan kapsul ini secara perlahan-lahan dalam beberapa jam.

Kelebihannya ialah, kapsul ini tidak akan digunakan secara terus oleh tubuh badan anda. Selalunya, apabila badan kita mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C biasa secara sekaligus. Hanya peratusan kecil sahaja yang digunakan oleh badan kita. Kebanyakannya atau majoriti daripada makanan tambahan ini tadi dikeluarkan balik oleh badan kita melalui sistem perkumuhan. Semestinya, perkara ini kurang efektif dan berkesan untuk badan kita bukan? Vitamin C yang kita beli rupa-rupanya banyak terbuang begitu sahaja. Disebabkan itu, Vitamin C Time Release ini sebenarnya sangat sesuai untuk anda. Badan anda akan sentiasa menerima bekalan Vitamin C yang stabil dalam sesuatu tempoh masa. Bukannya hanya satu dos makanan tambahan dan lebihannya di buang begitu sahaja.

Perbezaan Produk ini dan vitamin C yang lain

Seperti yang ramai ketahui, Vitamin C merupakan sejenis antioksida dan anti-jangkitan. Vitamin C ini sangatlah diperlukan oleh sistem imunisasi badan kita terutamanya dalama perang melawan jangkitan. Tetapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa badan kita ini turut boleh menyahtinjakan atau membuang Vitamin C dengan sangat pantas sekali. Disebabkan itu, lebih baik untuk kita mengambil Vitamin C secara berterusan. Disebabkan itu berbanding dengan jenama yang lain, Vitamin C Time Release seperti yang dikeluarkan oleh jenama Natural Factors ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Teknologi ini sebenarnya amat elpk dalam mengurangkan kesan sampingan akibat daripada pengambilan Vitamin C. Disebabkan Vitamin C oleh jenama Natural Factors ini dikeluarkan secara perlahan-lahan ketika diambil, kesan sampingan umum seperti cirit-birit dan rasa perut yang kurang selesa dapat dielakkan. Selain itu, bahan bioflavonoid juga turut dimasukkan ke dalam produk Natural Factors ini. Bahan ini terbukti dalam meningkatkan kadar penyerapan Vitamin C dan juga boleh melancarkan peredaran darah. Bioflavonoid juga berpotensi dalam mengurangkan tekanan darah yang tinggi dan risiko penyakit strok.

Cara Penggunaan

Vitamin C Time Release oleh Natural Factors ini direka khas untuk mengeluarkan vitamin c secara berterusan dalam tempoh masa 6 jam! Dengan ramuannya yang bebas gula. Anda boleh mengambil sebiji tablet setiap hari atau anda boleh mendapatkan nasihat doktor anda.

Summary
Vitamin C Time Release Lebih Sesuai Untuk Anda?
Article Name
Vitamin C Time Release Lebih Sesuai Untuk Anda?
Description
Vitamin C Time Release merupakan satu konsep apabila kapsul atau tablet tersebut digunakan oleh badan kita secara perlahan atau "tertangguh" apabila diambil. Kapsul Time Release ini berbeza dengan kapsul biasa kerana bahan-bahan yang diletakkan di dalam kapsul ini dikeluarkan secara perlahan-lahan untuk digunakan oleh badan kita. Sangat berbeza bukan? Kalau kapsul biasa, Vitamin C tersebut akan terus larut dan terus memasuki sistem tubuh badan kita.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: