kordels

Kordels merupakan jenama makanan tambahan yang tidak asing lagi buat kita kan? Kini Kordels juga ada menawarkan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kadar Vitamin C anda.

Vitamin C merupakan satu antioksida yang sangat berkesan dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Keperluan mengambil Vitamin C ini juga adalah untuk merangsang pertumbuhan sel dan meningkatkan kapasiti badan dalam membaiki tisu rosak. Umumnya, tisu dalam badan kita akan ada yang rosak dengan sendirinya atau menjadi lemah seperti tisu kulit dan pembuluh darah.

Disebabkan itu, zat nutrisi seperti Vitamin C sangat diperlukan lebih-lebih lagi untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Cara paling mudah untuk mendapatkan kebaikan Vitamin C ni adalah melalui produk Vitamin C 1000mg + Zinc Kordels.

Kelebihan Vitamin C 1000 mg + Zinc Kordels

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Vitamin C ini ada enam kelebihan utama. Amat rugi sekiranya kita mangabaikan pengambilan zat nutrisi ini. Berikut merupakan enam kelebihan utama pengambilan produk ini.

  1. Menyokong kesihatan dan ketahan sistem imunisasi badan dalam melawan penyakit
  2. Meningkatkan peredaran tenaga dalam tubuh badan dan fungsi adrenal dalam merembeskan hormon
  3. Menjaga kesihatan kulit dan sendi tulang
  4. Menambah baik peredaran darah dan sistem jantung
  5. Melambatkan penuaan
  6. Meningkatkan fungsi histamin – fungsi perlindungan badan melawan jangkitan ketika terluka atau terhadap alahan

Perbezaan Kordels dan produk Vitamin C yang lain

Produk Vitamin C 1000mg + Zinc Kordels ini merupakan serampang dua mata. Anda bukan sahaja mendapatkan vitamin C sahaja tetapi anda turut mendapatkan zat lain sepert Zinc.
Perkara ini sangat baik kerana Zinc sebenarnya membantu badan menyerap Vitamin C dengan lebih efisien lagi. Mesti anda tidak mahu Vitamin C yang diambil menjadi bahan buangan begitu sahaja bukan? Jadi sebaiknya Zinc turut sama diperlukan supaya lebih banyak Vitamin C dapat diserap ke dalam sistem tubuh badan anda.

Selain itu, kombinasi Vitamin C dan Zinc yang dibawakan oleh Kordels ini juga terbukti untuk mengurangkan simptom selsema dan demam. Selain itu, kedua-dua bahan utama dalam produk Vitamin C 1000g + Zinc Kordels ini juga terbukti dalam mengurangkan tempoh jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan. Hal ini sebenarnya kerana kehadiran Zinc sememangnya membantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam memberikan kelabihnnya.

Selain itu, produk Kordels ini juga diformulasikan secara khas melalui teknologi effervescent tablet dari negara Jerman. Selain itu, produk ini juga tidak menggunakan sebarang pemanis tiruan. Produk buatan Jerman ini menggunakan sepenuhnya pemanis semula jadi yang berasaskan serbuk dari tumbuhan ubi bit merah dan lobak merah. Yang paling menarik sekali, tiada sebarang gula di tambah dalam produk ini!

Produk Vitamin C 1000mg + Zinc Kordels ini juga disahkan halal dan sangat sedap untuk diambil kerana mempunyai rasa buah-buahan yang menyamankan.

Cara Penggunaan Produk

Produk Vitamin C 1000mg + zinc Kordels ini amatlah mudah untuk digunakan. Hanya larutkan satu pil effervescent ini dalam satu gelas air kosong dan minum. Pil effervescent yang mudah larut ini juga boleh diletakkan di dalam botol air untuk dibawa kemana-mana sahaja. Amat mudah bukan?

Jadi amat rugi sekiranya anda melepaskan peluang mendapatkan booster imunisasi badan anda ini. Lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam era pandemik yang berlaku di seluruh dunia. Jadi jom kita memulakan gaya hidup sihat dan menjadi lebih peka akan kepentingan mengambil zat tambahan seperti Vitamin C dan Zinc ini tau.

Harga pun sangat berpatutan dan tidak membebankan. Kini produk Vitamin C 1000mg + Zinc Kordels mempunyai pek yang mengandungi sebanyak 90 biji tablet! Jadi untuk harga kurang RM100, anda boleh mendapatkan stok Vitamin C dan Zinc harian anda selama 3 bulan! Berbaloi-baloi bukan? Boleh lah klik button di bawah kalau nak mencuba. Stay safe semua!

Summary
Kordels kini ada produk Vitamin C yang sangat berkualiti!
Article Name
Kordels kini ada produk Vitamin C yang sangat berkualiti!
Description
Kordels merupakan jenama makanan tambahan yang tidak asing lagi buat kita kan? Kini Kordels juga ada menawarkan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kadar Vitamin C anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: