vitamin c effervescent

Vitamin C Effervescent merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan kebaikan Vitamin C.

Kini pelbagai jenama telah memulakan kempen jualan masing-masing dalam mempromosikan kebaikan vitamin C. Semestinya untuk memudahkan anda sebagai pengguna mendapatkan vitamin C ini, para pengilang makanan tambahan ini kini giat mempromosikan Vitamin C dalam bentuk tablet effervescent.

Vitamin C merupakan satu antioksida yang sangat mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Keperluan mengambil Vitamin C ini juga adalah untuk merangsang pertumbuhan sel dan meningkatkan kapasiti badan dalam membaiki tisu rosak. Umumnya, tisu dalam badan kita akan ada yang rosak dengan sendirinya atau menjadi lemah seperti tisu kulit dan pembuluh darah.

Disebabkan itu, zat nutrisi seperti Vitamin C sangat diperlukan lebih-lebih lagi untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Kelebihan Vitamin C Effervescent

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Vitamin C ini mempunyai pelbagai kelebihan. Banyak risikonya sekiranya kita mangabaikan pengambilan zat nutrisi ini. Berikut merupakan kelebihan utama pengambilan produk Vitamin C Effervescent ini.

  1. Selalunya mempunyai gabungan zat nutrisi yang lain seperti zinc, zat besi, vitamin B dan banyak lagi
  2. Mudah digunakan
  3. Keberkesanan yang sama dengan pil vitamin C yang perlu diambil secara biasa
  4. Pengambilan yang sangat mudah
  5. Kualiti yang sama dengan pil Vitamin C yang biasa

Perbezaan dengan produk yang lain

Produk Vitamin C Effervescent ini merupakan produk yang sangat memudahkan anda. Anda bukan sahaja mendapatkan vitamin C sahaja tetapi anda turut boleh mendapatkan zat lain sepert Vitamin B , magnesiumdan Zinc.

Perkara ini sangat baik kerana Zinc sebenarnya membantu badan menyerap Vitamin C dengan lebih efisien lagi. Mesti anda tidak mahu Vitamin C yang diambil menjadi bahan buangan begitu sahaja bukan? Jadi sebaiknya Zinc turut sama diperlukan supaya lebih banyak Vitamin C dapat diserap ke dalam sistem tubuh badan anda.

Selain itu, kombinasi Vitamin C dan Zinc yang dibawakan oleh Vitamin C Effervescent ni juga terbukti untuk mengurangkan simptom selsema dan demam. Selain itu, kedua-dua bahan utama dalam produk Vitamin C Effervescent ini juga terbukti dalam mengurangkan tempoh jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan. Hal ini sebenarnya kerana kehadiran Zinc sememangnya membantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam memberikan kelabihnnya.

Produk Vitamin C Effervescent ini juga disahkan halal dan sangat sedap untuk diambil kerana mempunyai rasa buah oren yang menyamankan.

Cara Penggunaan Produk

Produk Vitamin C Effervescent ini amatlah mudah untuk digunakan. Hanya larutkan satu pil effervescent ini dalam satu gelas air kosong dan minum. Pil effervescent yang mudah larut ini juga boleh diletakkan di dalam botol air untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Jadi amat rugi sekiranya anda melepaskan peluang mendapatkan booster imunisasi badan anda ini. Lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam era pandemik yang berlaku di seluruh dunia. Jadi jom kita memulakan gaya hidup sihat dan menjadi lebih peka akan kepentingan mengambil zat tambahan seperti Vitamin C ini tau.

Harga pun sangat berpatutan dan tidak membebankan. Kini produk Vitamin C Effervescent mempunyai pek yang mengandungi sebanyak ratusan biji tablet! Jadi untuk harga dalam lingkungan RM100 – RM200, anda boleh mendapatkan stok Vitamin C dan zat-zat penting harian anda selama berbulan! Berbaloi-baloi bukan? Apa lagi, jom lah cuba!

Summary
Vitamin C Effervescent Pilihan Terbaik Booster Imunisasi Anda!
Article Name
Vitamin C Effervescent Pilihan Terbaik Booster Imunisasi Anda!
Description
Kini pelbagai jenama telah memulakan kempen jualan masing-masing dalam mempromosikan kebaikan vitamin C. Semestinya untuk memudahkan anda sebagai pengguna mendapatkan vitamin C ini, para pengilang makanan tambahan ini kini giat mempromosikan Vitamin C dalam bentuk tablet effervescent.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: