vitamin B
Vitamin B terdiri daripada lapan jenis vitamin B yang berlainan dan memainkan peranan dalam mengubah makanan menjadi tenaga dalam tubuh badan.

Pengenalan

Vitamin B terdiri daripada lapan jenis vitamin B yang berlainan dan memainkan peranan dalam mengubah makanan menjadi tenaga dalam tubuh badan. Malah, setiap daripadanya mempunyai peranan yang unik dalam kesihatan seseorang.

Suplemen Vitamin B-kompleks mengandungi semua vitamin B penting dalam satu pil. Ada juga suplemen yang mengandungi 100 peratus daripada dos harian yang dianjurkan (RDA). Manakala, suplemen lain mengandungi dos yang lebih tinggi berbanding beberapa atau semua produk tersebut.

Kegunaan Vitamin B

Suplemen vitamin B-kompleks boleh membantu masalah kesihatan tertentu. Jika anda mengalami beberapa keadaan yang disenaraikan di bawah, anda mungkin mendapat manfaat daripada pengambilan suplemen:

Migrain

Beberapa kajian mencadangkan bahawa vitamin B tertentu boleh membantu mencegah migrain dengan berkesan, khususnya:

• Vitamin B6

• Vitamin B9

• Vitamin B12

Selain itu para penyelidik juga mencadangkan bahawa pengambilan vitamin B2 dapat membantu mencegah migrain dengan mempengaruhi disfungsi mitokondria yang berlaku pada peringkat sel.

Berdasarkan kajian pada tahun 2017 yang melihat kesan vitamin B2 untuk migrain, dilaporkan boleh diterima dengan baik dan berkesan untuk mengurangkan kekerapan serangan migrain dalam kalangan individu dewasa. Namun, penyelidikan lanjut masih diperlukan.

Kemurungan dan kecemasan

Kajian pada tahun 2018 menyatakan bahawa tahap vitamin B12 memainkan peranan penting dalam perkembangan penyakit kemurungan dan kecemasan. Para penyelidik tersebut melaporkan bahawa peserta dengan kemurungan atau kecemasan yang mempunyai tahap B12 yang lebih rendah berbanding rakan-rakan sebaya mereka.

Manakala, analisis meta mendapati bahawa pengambilannya boleh memperbaiki kemurungan dalam kes tertentu jika diambil secara berkala selama beberapa minggu hingga tahun boleh mengurangkan risiko kemurungan.

Selain itu, kajian berskala kecil di India juga mencadangkan kekurangan vitamin B9 dan B12 meningkatkan risiko kemurungan dan kecemasan.

Luka kulit

Vitamin B boleh membantu menyembuhkan kulit. Satu kajian mendapati bahawa apabila ia digunakan pada kulit, membantu menyembuhkan luka dengan lebih berkesan. Satu lagi kajian mendapati bahawa B12 meningkatkan tahap penyembuhan luka pada tikus yang mempunyai kencing manis.

Kanser Tekak

Vitamin B12 boleh membantu merawat kanser tekak yang juga dikenali sebagai ulser mulut. Kajian berganda yang dijalankan secara rawak telah mendapati bahawa salap B-12 dapat melegakan kesakitan dengan lebih baik berbanding plasebo.

Pramenstruasi (PMS – Post-Menstrual Syndrome)

Sesetengah bukti menunjukkan bahawa pengambilan suplemen B-6 dan kalsium memperbaiki simptom sindrom pramenstruasi (PMS). Selain itu, kajian sistematik dan meta-analisis juga mendapati bahawa vitamin B6 dapat membantu mengawal simptom PMS dari segi fizikal dan psikologi.

Kesan Sampingan Vitamin B

Walaupun suplemen B kompleks boleh larut dalam air dan tidak kekal di dalam badan untuk tempoh yang panjang, dos yang banyak dalam bentuk suplemen boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu:

• B3 (niacin): Kulit berasa panas atau sakit, paras gula darah dan toksisiti hati meningkat.

• B6 (pyridoxine): Kerosakan saraf, luka kulit, menjejaskan fungsi buah pinggang dan meningkatkan risiko serangan jantung, strok, serta kematian dalam kalangan individu yang menghidap kencing manis dan penyakit buah pinggang lanjut. Kajian terkini mendapati bahawa dos berlebihan vitamin B6 boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko patah tulang pinggul dan risiko kanser paru-paru (apabila diambil bersamavitamin B12) .

• B9 (asid folik): Kerosakan buah pinggang, peningkatan rintangan insulin, kekurangan aktiviti sel pembunuh semulajadi dalam kalangan wanita yang lebih tua dan mungkin dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa kanser. Boleh dianggap menjadi diagnosis kekurangan vitamin B12 yang palsu.

• B12 (cobalamin): Masalah jerawat dan rosacea dalam sesetengah individu.Selain itu, vitamin B12 turut didapati mempercepatkan penurunan fungsi buah pinggang dan meningkatkan risiko kejadian kardiovaskular dalam kalangan individu yang mengalami fungsi buah pinggang yang terjejas. Dos  vitamin B12 yang tinggi, jika diambil bersama asid folik telah dikaitkan dengan risiko kanser dan kematian.

Namun begitu, terdapat tahap pengambilan harian yang boleh diterima (UL) tertentu bagi setiap vitamin B. Mengambil dos melebihi pengambilan yang ditetapkan boleh meningkatkan risiko kesan sampingan. 

Interaksi Vitamin B

Interaksi antara ubat-ubatan boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Bagaimanapun, artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat. Seeloknya, simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi/bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, menghentikan, atau mengubah dos ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor anda.

Sesetengah produk yang boleh berinteraksi adalah: altretamine, cisplatin, antibiotik tertentu (Chloramphenicol), ubat-ubatan anti-kejang tertentu (Phenytoin), levodopa.

Selain itu, produk vitamin B boleh mengganggu keputusan ujian makmal tertentu (seperti urobilinogen, antibodi faktor intrinsik) dan mungkin menyebabkan keputusan ujian palsu. Pastikan kakitangan makmal dan doktor anda mengetahui bahawa anda sedang menggunakan produk vitamin B.

Dos Vitamin B

Majoriti suplemen vitamin B-kompleks mengandungi kira-kira 100 peratus RDA daripada setiap lapan vitamin B.

Walau bagaimanapun, ada yang mengandungi vitamin B dalam kuantiti yang sangat tinggi. Oleh itu, sebelum mengambil sebarang suplemen dengan dos yang tinggi, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.

Berikut adalah RDA untuk setiap vitamin B, dalam miligram (mg) atau mikrogram (mcg) menurut Institut Kesihatan Pejabat Makanan dan diet Tambahan. Individu dewasa yang lebih tua mungkin memerlukan dos yang lebih tinggi.

 LelakiWanitaSewaktuHamilSewaktuMenyusu Bayi
Vitamin B11.2 mg1.1 mg1.4 mg1.4 mg
Vitamin B21.3 mg1.1 mg1.4 mg1.6 mg
Vitamin B-3 atau diet yang selari16 mg14 mg18 mg17 mg
Vitamin B55 mg5 mg6 mg7 mg
Vitamin B61.3 mg1.5 mg1.9 mg2.0 mg
Vitamin B730 mcg30 mcg30 mcg35 mcg
Vitamin B9 atau diet yang selari400 mcg400 mcg600 mcg500 mcg
Vitamin B122.4 mcg2.4 mcg2.6 mcg2.8 mcg
B Complex

B Complex 21st Century

RM23.90

30 kapsul

Formula B-Complex 21ST Century sangat istimewa kerana selain daripada vitamin B1, B2, Niacin (B3), Pantothenic acid (B5), Pyridoxine (B6), PABA, Folic acid dan B12, ia mengandungi tiga nutrien penting untuk kesihatan hati lipotropik  – Methionine, Choline & Inositol.

B Complex

Bio-Life Executive B Complex

RM50.00

100 tablets

Supplemen ini bertindak sebagai anti-stress, mengurangkan keletihan, meingkatkan kepekaan. Menyediakan gabungan vitamin kumpulan B yang diperkaya dengan vitamin C & mineral terpilih. Formula ini adalah gabungan kaya dengan  B complex dan mineral.

Blackmores Executive B

RM50.00

30 tablets

Blackmores Executive B adalah gabungan vitamin kumpulan B dan mineral magnesium dan zink yang dirumus khas  nutrien penting untuk membantu memenuhi keperluan harian. Formula ini sesuai untuk orang yang menjalani gaya hidup yang sibuk. Tubuh manusia mempunyai keperluan yang tinggi untuk vitamin, dan mineral semasa tekanan meningkat. Semasa tekanan (stress), nutrien seperti vitamin C, vitamin B6, vitamin B5, zink dan magnesium penting untuk menyokong fungsi adrenal.

NUTRILITE Natural B Complex

RM85.00

250 tablets

Gaya hidup tertekan, penuaan dan diet yang tidak betul memberi kesan kepada keihatan anda. Oleh yang demikian, anda memerlukan vitamin B untuk fungsi tubuh yang optimum. NUTRILITE Natural B Complex mengandungi tujuh jenis vitamin B yang berbeza untuk memberi keseimbangan dan tenaga dalam hidup anda.

Life Extension, BioActive Complete B-Complex

RM54.90

60 kapsul

BioActive Complete B-Complex kami menawarkan spektrum penuh manfaat dalam formula yang sangat mudah diserap. Faedah suplemen ini adalah dapat meningkatkan pengeluaran tenaga dan metabolisme yang sihat, menggalakkan kesihatan otak, sel dan organ. Selain itu, secara biologinya, vitamin tersebut lebih aktif jadi badan anda dapat menggunakan setiap nutrien dengan lebih berkesan.

Shaklee B Complex with Folic Acid

RM55.00

120 tablets

Suplemen dari shaklee ini pula dapat menghasilkan tenaga, mencegah stress, dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir. Selain itu, dapat mengelakkan penyakit beri-beri, merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak. Vitamin B juga diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut dan penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf. Amat penting untuk aktiviti sel genetik dan diperlukan dalam pembentukan protein asid amino,  memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

VitaHealth TRN Mega B+C Complex

RM110.00

130 tablets

VitaHealth Mega B + C Complex menggabungkan kebaikan kedua-dua vitamin B dan C untuk kesejahteraan tubuh badan. Mempunyai 11 nutrient utama dan dapat meningkatkan tenaga. Disarankan untuk individu yang menjalani gaya hidup yang sibuk atau tidak sihat, atau selalu merasa letih dan lelah.

B Complex

Nature’s Bounty B-complex plus Vitamin C

RM39.90

45 tablets

BAGAIMANA IA BERFUNGSI – Vitamin B berfungsi bersama untuk menyokong kesihatan jantung dan sistem saraf, sekaligus memberi khasiat untuk tekanan dalam kehidupan seharian. Tablet ini merangkumi pelbagai Vitamin B. Fungsi vitamin C adalah untuk sokongan jantung, imun dan antioksidan, dan diformulasikan khas untuk memberikan pelepasan nutrien secara beransur-ansur sepanjang hari. Justeru ada akan kekal bertenaga sepanjang hari!

DUOBION (100 Tablets)

RM6.60

Duobion vitamin B Compleks banyak meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Ia juga dapat meningkatkan fungsi saraf di otak dan seluruh badan dan akhir sekali dapat menstabilkan mood seseorang.

Shine Vitamin B Complex (120 Tablets)

RM23.75

Shine vitamin mengandungi vitamin B2, B3, B5, B6 dan B12. Ianya Dapat melancarkan metabolisme, melancarkan peredaran darah, mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak, dapat mencegah terjadinya kerosakan urat saraf dan memulihkan gangguan saraf.

ENERVON C (One-a-day Vitamin B Complex with 500mg Vitamin C) (30 Tablets)

RM17.88

Enervon-C adalah suplemen yang terdiri dari vitamin B dan C. Vitamin B kompleks baik untuk pertahanan tubuh serta membantu untuk menjaga tubuh agar tetap sehat. Kemudian, vitamin C baik untuk tulang, otot, dan pembuluh darah.

BLACKMORES Mega B Complex (75 Tablets)

RM85.00

Blackmores Mega B Complex adalah suplemen yang mengandung vitamin B. Vitamin B ini berguna untuk membantu mengisi kembali nutrisi yang diperlukan apabila melakukan aktiviti fizikal yang berat. Ini dapat mengoptimalkan energi sehingga dapat memaksimalkan segala aktiviti harian anda. Selain itu Blackmores Mega B Complex dapat memberi fungsi sistem saraf yang sihat.

Bayer Berocca (Orange flavour) Vitamin B complex, Vitamin C, Calcium

RM47.99

Berocca adalah suplemen multivitamin yang mengandung bahan aktif vitamin C, B, kalsium, magnesium dan zinc. Berocca adalah vitamin yang biasanya digunakan untuk meningkatkan kewaspadaan dan konsentrasi, meningkatkan stamina fisik dan mengurangi rasa lelah, menjaga daya tubuh badan, meningkatkan daya kerja mental dan dapat memperbaiki suasana hati dan mengurangi kelelahan.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324856.php#daily-recommendations

https://www.verywellfit.com/b-complex-vitamins-89411

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-3387/vitamins-b-complex-oral/details

Summary
Vitamin B
Article Name
Vitamin B
Description
Vitamin B terdiri daripada lapan jenis vitamin B yang berlainan dan memainkan peranan dalam mengubah makanan menjadi tenaga dalam tubuh badan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: