Coenzyme Q-10

Pengenalan Vitamin A

Vitamin A adalah vitamin larut lemak. Ia boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran, telur, susu, mentega, marjerin yang diperkaya, daging dan ikan air masin yang berminyak. Ia juga boleh dihasilkan di makmal. Karotenoid adalah sekumpulan bahan kimia berwarna kuning atau jingga yang terdapat dalam tumbuhan. Sesetengahnya boleh ditukar menjadi vitamin A dalam badan.

Selain itu, ia paling banyak digunakan untuk merawat masalah kekurangan vitamin A.

Seseorang individu juga menggunakan vitamin A untuk mengurangkan komplikasi penyakit seperti malaria, HIV/ AIDS, campak, kesuburan, cirit-birit, masalah penglihatan, perkembangan kanak-kanak, gangguan kulit, jangkitan dan banyak lagi keadaan lain. Namun, tiada bukti saintifik yang baik untuk menyokong sebahagian besar kegunaan ini.

Kegunaan

  • Kekurangan vitamin A. Mengambil secara oral adalah berkesan untuk mencegah dan merawat gejala kekurangan vitamin A. Ini boleh berlaku pada individu dengan masalah kekurangan protein, kencing manis, tiroid yang terlalu aktif, demam, penyakit hati, fibrosis kistik, atau gangguan yang diwarisi disebut abetalipoproteinemia.
  • Kanser payudara. Wanita pramenopaus dengan sejarah keluarga yang kanser payudara yang mengambil vitamin A dengan tinggi dalam diet mereka kelihatan memiliki risiko kanser payudara yang lebih rendah. Namun, ianya tidak diketahui jika pengambilan suplemen mempunyai manfaat yang sama.
  • Katarak. Individu yang mengambil vitamin A dalam jumlah tinggi dalam diet mereka kelihatan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengembangkan katarak.
  • Campak. Pengambilan secara oral seolah-olah boleh mengurangkan risiko komplikasi campak atau kematian pada kanak-kanak yang memiliki campak dan masalah kekurangan vitamin A.
  • Keupayaan untuk melihat dalam keadaan dengan cahaya rendah. Pengambilan vitamin A semasa kehamilan seolah-olah boleh mengurangkan masalah “kebutaan” malam sebanyak 37% bagi wanita yang kurang sihat. Ia mungkin berfungsi dengan lebih baik untuk keadaan ini apabila diambil dengan zink.
  • Tompok putih di dalam mulut yang biasanya terjadi kerana merokok (leukoplakia oral). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin A boleh membantu merawat luka-luka terdahulu di dalam mulut.
  • Kematian tanpa sebab. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa suplemen berdos tinggi dapat mengurangkan risiko kematian pada kanak-kanak 6 hingga 9 bulan yang berisiko untuk masalah kekurangan vitamin A. Namun, ia tidak menyebabkan perkara yang sama pada orang dewasa yang sihat.
  • Komplikasi selepas bersalin. Mengambil vitamin A semasa dan selepas kehamilan boleh mengurangkan masalah cirit-birit selepas melahirkan bagi wanita yang kurang sihat. Malah, pengambilan vitamin A sebelum dan semasa mengandung juga seolah-olah mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 40% bagi golongan wanita tidak sihat.
  • Keadaan mata yang diwarisi yang menyebabkan penglihatan malam yang lemah dan kehilangan penglihatan (retinitis pigmentosa). Pengambilan vitamin A boleh melambatkan perkembangan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan retina.
  • Satu jenis penyakit keradangan usus (kolitis ulseratif). Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil vitamin A setiap hari selama 2 bulan boleh mengurangkan gejala dan membantu penyembuhan usus pada orang dewasa dengan masalah kolitis ulseratif.
  • Rawatan bagi masalah alahan dan tindak balas alahan (penyakit atopik). Pemberian dos tunggal kepada bayi nampaknya tidak dapat menghalang atopi.
  • Penyakit paru-paru yang menjejaskan bayi baru lahir (displasia bronkopulmonari). Penyelidikan menunjukkan bahawa menyuntik vitamin tidak mengurangkan risiko masalah pernafasan pada kebanyakan bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah.
  • Cirit-birit disebabkan rawatan dadah bagi kanser. Pengambilan secara oral seolah-olah tidak menghalang berlakunya cirit-birit atau sakit mulut yang terjadi kerana kemoterapi pada kanak-kanak.
  • Kematian bayi yang belum lahir atau belum matang. Mengambil suplemen sebelum, semasa atau selepas kehamilan nampaknya tidak menghalang berlakunya kematian bayi semasa tahun pertama kehidupan. Pengambilan vitamin A kepada bayi baru lahir juga nampaknya tidak menghalang kematian.
  • Jangkitan usus oleh parasit. Memberi dos tunggal kepada kanak-kanak yang mengambil ubat untuk merawat parasit usus dilihat tidak menghalang jangkitan semula yang berlaku jika dibandingkan dengan hanya pengambilan ubat biasa.
  • Jenis kanser kulit yang paling serius (melanoma). Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil vitamin A dengan dos tinggi secara oral tidak menjamin kelangsungan hidup tanpa kes berulang pada individu yang mempunyai penyakit melanoma.
  • Keguguran. Wanita yang mengambil vitamin A secara oral, secara sendiri atau bersama gabungan vitamin lain sebelum atau semasa kehamilan awal tidak merendahkan risiko keguguran atau bayi yang mati ketika melahirkan.
  • Osteoartritis. Mengambil vitamin A nampaknya tidak mengurangkan kesakitan bagi individu dengan masalah osteoartritis tulang belakang yang mempunyai tahap vitamin A mencukupi. Pengambilan produk tertentu yang mengandungi selenium, vitamin A, vitamin C dan vitamin E dilihat tidak dapat memperbaiki gejala osteoartritis.
  • Tuberkulosis. Tahap vitamin A yang rendah adalah biasa pada individu yang mempunyai batuk kering. Walau bagaimanapun, pengambilannya tidak kelihatan dapat memperbaiki gejala atau mengurangkan risiko kematian pada individu dengan keadaan ini.
  • Kanser kepala dan kanser leher. Mengambil vitamin A secara oral tidak mengurangkan risiko anda mengembangkan tumor baru atau meningkatkan kelangsungan hidup pada pesakit kanser kepala dan kanser leher.
  • Penyebaran HIV. Pengambilan vitamin A secara oral tidak mengurangkan risiko menyebarkan penyakit sama pada janin semasa kehamilan, kepada bayi yang baru lahir semasa bersalin atau kepada bayi ketika menyusu. Malah, kajian awal menunjukkan bahawa wanita yang telah didiagnosis positif HIV dan mengambil suplemen vitamin A semasa mengandung mungkin mempunyai risiko untuk menurunkan penyakit HIV kepada bayi melalui susu ibu.
  • Jangkitan saluran udara yang lebih rendah. Mengambil vitamin A melalui mulut tidak menghalang atau mengurangkan gejala jangkitan saluran nafas yang lebih rendah pada kanak-kanak. Malah, vitamin A ada dikaitkan dengan peningkatan sedikit risiko bagi jangkitan saluran pernafasan pada kanak-kanak.
  • Pneumonia. Mengambil vitamin A secara oral tidak membantu merawat atau mencegah keradangan paru-paru pada kanak-kanak yang menetap di negara-negara membangun.
  • Penyakit hati pada peminum alkohol. Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil vitamin A bersama koenzim Q10 serta vitamin dan mineral lain tidak meningkatkan kelangsungan hidup bagi pesakit yang mempunyai penyakit hati disebabkan oleh penggunaan alkohol.
  • Tahap sel darah merah sihat yang rendah (anemia) disebabkan kekurangan zat besi. Mengambil vitamin A boleh membantu meningkatkan tahap protein yang menyimpan zat besi. Ini boleh mengurangkan risiko anemia pada kanak-kanak dan wanita hamil. Walau bagaimanapun, di negara-negara membangun di mana penyakit anemia adalah satu kebiasaan, pengambilan retinol dengan zat besi serta folat nampaknya tidak membantu dalam kes anemia pada wanita hamil berbanding hanya mengambil zat besi dan folat.
  • Autisme. Kanak-kanak yang mempunyai autisme biasanya mempunyai tahap vitamin A yang rendah. Tahap rendah ini telah dikaitkan dengan gejala autisme. Selain itu, kajian awal menunjukkan bahawa mengambil vitamin A sedikit sebanyak dapat mengurangkan beberapa gejala autisme tersebut.
  • Kanser serviks. Penyelidikan menunjukkan bahawa peningkatan tahap vitamin A dalam darah atau pengambilan yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko kanser serviks yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, ini hanya berlaku apabila kedua-dua bentuk vitamin A, iaitu retinol dan karotene dipertimbangkan. Pengambilan retinol sahaja tidak dikaitkan dengan risiko pengurangan kanser serviks.
  • Perkembangan kanak-kanak. Mengambil vitamin A dengan pemakanan biasa dilihat tidak meningkatkan pertumbuhan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia mungkin meningkatkan pertumbuhan pada kanak-kanak dengan masalah kekurangan vitamin A.
  • Pertumbuhan bukan kanser dalam usus besar dan rektum (adenoma kolorektal). Mengambil suplemen gabungan yang mengandungi selenium, zink, vitamin A, vitamin C dan vitamin E dapat mengurangkan masalah prakanser polip dalam usus besar.
  • Kanser kolorektal. Mengambil vitamin A sahaja atau bersama beta-karoten dilihat tidak dapat mencegah kanser kolorektal.
  • Pembedahan untuk meningkatkan aliran darah ke jantung (pembedahan CABG). Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil vitamin A mungkin dapat mengurangkan masa yang diperlukan dalam rawatan intensif selepas pembedahan jenis ini dijalankan. Ia juga mungkin mengurangkan masa di hospital selepas pembedahan.
  • Kanser esofagus. Pengambilan bersama beta-karotene lebih tinggi dikaitkan dengan pengurangan kanser esofagus. Tetapi, ia tidak dapat mencegah berlakunya kanser esofagus.
  • Kanser perut. Mengambil vitamin A sahaja atau bersama beta-karotene dilihat tidak dapat mencegah kanser perut.
  • Pembangunan bayi. Pemberian vitamin A kepada bayi yang mempunyai berat kelahiran yang sangat rendah seolah-olah dapat mengurangkan risiko penyakit paru-paru kronik sebanyak kira-kira 13%. Memberi suntikan juga boleh meningkatkan perkembangan otak selama setahun dalam beberapa bayi yang mengalami masalah berat kelahiran rendah. Tetapi, ia kelihatan hanya berfungsi pada bayi yang sangat kecil dan yang diberikan gas nitrogen oksida.
  • Keletihan pada individu dengan pelbagai sklerosis (MS). Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil vitamin A selama satu tahun dapat menurunkan keletihan (kelesuan) pada pesakit yang mengalami pengulangan masalah pelbagai sklerosis.
  • Kanser sel darah putih (leukemia). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa mengambil vitamin A bersama-sama dengan ubat antikanser tidak meningkatkan kelangsungan hidup pada orang dengan keadaan ini berbanding hanya mengambil ubat antikanser sahaja. Malah, mengambil bersama ubat ini mungkin boleh meningkatkan risiko ketoksikan.
  • Kanser hati. Individu yang mengambil suplemen, atau mereka yang mempunyai paras darah yang tinggi dengan vitamin A, nampaknya tidak mempunyai risiko kanser hati yang lebih rendah.
  • Kanser paru-paru. Kebanyakan kajian mencadangkan bahawa mengambil vitamin A tidak meningkatkan kadar kehidupan pada pesakit kanser paru-paru. Malah, mengambil dengan beta-karotene mungkin meningkatkan risiko kanser paru-paru pada perokok dan individu yang terdedah kepada asbestos. Tetapi, ianya tidak jelas jika kesan ini terjadi disebabkan beta-karotene. Ada kemungkinan bahawa peningkatan risiko ini dikaitkan dengan penggunaan beta-karotene, bukannya vitamin A.
  • Malaria. Pengambilan secara oral dilihat dapat mengurangkan gejala malaria pada kanak-kanak yang berumur kurang 3 tahun dan menetap di kawasan yang mempunyai banyak kes malaria. Tetapi, pengambilan ini nampaknya tidak mengurangkan gejala atau menghalang kematian yang terjadi kerana bentuk serius penyakit malaria yang mempengaruhi fungsi otak.
  • Kanser yang bermula dengan sel darah putih (limfoma bukan Hodgkin). Individu yang mengambil vitamin A dalam jumlah tinggi dalam diet kelihatannya mempunyai risiko limfoma bukan Hodgkin yang sedikit lebih rendah.
  • Kanser ovari. Kajian terdahulu mencadangkan bahawa mengambil vitamin A tidak dapat mengurangkan risiko kanser ovari.
  • Kanser pankreas. Mengambil vitamin A bersama beta-karotene nampaknya tidak dapat mencegah kanser pankreas.
  • Penyakit Parkinson. Kajian terdahulu mencadangkan bahawa tahap darah atau pengambilan tidak berkaitan dengan risiko penyakit Parkinson.
  • Pemulihan daripada pembedahan laser mata (keratektomi fotoreaktif). Pengambilan secara oral bersama vitamin E dikatakan dapat membantu dalam proses penyembuhan selepas prosedur ini dilakukan.
  • Kanser prostat. Pengambilan dalam diet seperti tidak mempunyai perkaitan dengan pengurangan risiko kanser prostat.
  • Keradangan dan kerosakan rektum akibat terapi radiasi. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan vitamin A (retinol palmitate) dapat mengurangkan gejala rektum yang terjadi kerana radioterapi pelvis.
  • Jangkitan buah pinggang, pundi kencing, atau uretra (jangkitan saluran kencing atau UTI). Kajian terdahulu menunjukkan pengambilan setiap hari selama 10 hari bersama antibiotik boleh membantu kanak-kanak perempuan berusia 2 hingga 12 tahun yang mempunyai jangkitan buah pinggang untuk pulih lebih cepat.
  • Penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan pada orang dewasa yang lebih tua (degenerasi macular yang berkaitan dengan usia) atau AMD.
  • Meningkatkan fungsi imun.
  • Mencegah dan mempercepat penyembuhan disebabkan jangkitan.
  • Meningkatkan penglihatan.
  • Demam hay.
  • Menyembuhkan luka.
  • Sekumpulan gangguan mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan (glaukoma).
  • Keadaan kesihatan lain.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai kegunaan seperti itu.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan vitamin A termasuklah:

  • Tindak balas alahan yang teruk (anafilaksis) dan kematian selepas penggunaan IV.
  • Dermatitis muka.
  • Kerapuhan lapisan kulit luar.
  • Mata merah (konjunktivitis).
  • Kulit melekit.
  • Granuloma atau jisim seperti luka dalam jerawat.
  • Lendir yang kering.
  • Jangkitan di sekitar kuku jari.
  • Kornea yang kabur atau luka.
  • Tapak kaki dan tumit yang mengelupas.
  • Keradangan bibir.
  • Keguguran rambut.

Ini bukanlah kesemua kesan sampingan yang mungkin berlaku. Jadi, semak dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kesan sampingan.

Interaksi

Maklumkan pada doktor dan ahli farmasi tentang semua ubat yang anda ambil. Ini termasuklah ubat tanpa preskripsi, vitamin dan suplemen lain (susu pemakanan, serbuk protein, dll), ubat-ubatan herba, dan ubat-ubatan yang tidak sah dan dadah untuk keseronokan.

Anda tidak perlu mengambil vitamin A jika anda mengambil ubat seperti berikut:

  • Acitretin (Soriatane)
  • Isotretinoin (Absorica, Accutane, Amnesteem, Claravis, Myorisan, Zenatane)
  • Minyak mineral
  • Tretinoin topikal (Atralin, Avita, Renova, Retin-A)

Bertanyakan pada doktor anda jika ia selamat diambil sekiranya anda juga mengambil mana-mana ubat berikut:

  • Bexarotene (Targretin)
  • Cholestyramine (Prevalite)
  • Colesevelam (Welchol)
  • Colestipol (Colestid)
  • Orlistat (Alli, Xenical)

Dos

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

DEWASA- SECARA ORAL

  1. Umum: Tahap Pengambilan Pemakanan yang Disyorkan (RDA) untuk vitamin A adalah 900 mcg setiap hari untuk individu lelaki dan 700 mcg setiap hari untuk individu wanita. Bagi wanita yang mengandung, kadar yang disyorkan adalah 770 mcg setiap hari. Bagi wanita yang menyusu pula, RDA adalah sebanyak 1,300 mcg setiap hari.

Tahap Pengambilan Tinggi yang boleh diterima (UL) untuk vitamin A adalah 10,000 unit (3,000 mcg) setiap hari. UL adalah tahap pengambilan tertinggi yang berkemungkinan tidak menimbulkan risiko dengan kesan berbahaya. Seterusnya, UL untuk vitamin A adalah untuk preformed vitamin A (retinol) serta tidak termasuk provitamin A karotenoid.

Dos biasanya dinyatakan dalam IU, tetapi dos dalam mikrogram kadangkala digunakan. Makan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari menyediakan kira-kira 50% hingga 65% daripada RDA dewasa bagi pengambilan vitamin A.

  1. Untuk tompokan putih di dalam mulut yang biasanya disebabkan oleh merokok (leukoplakia oral): Dos mingguan sebanyak 200,000-300,000 IU telah digunakan selama 6 hingga 12 bulan.
  1. Untuk komplikasi selepas bersalin: Dos mingguan sebanyak 23,000 IU telah digunakan sebelum, semasa, dan selepas kehamilan.
  1. Untuk keadaan mata diwarisi dan menyebabkan penglihatan malam yang lemah dan kehilangan penglihatan sampingan (retinitis pigmentosa): Dos harian 15,000 IU, kadangkala diambil bersama 400 IU vitamin E setiap hari, telah digunakan.
  1. Sejenis penyakit keradangan usus (kolitis ulseratif): Vitamin A dengan dos 25,000 IU telah digunakan setiap hari selama 2 bulan.

KANAK-KANAK – SECARA ORAL

  1. Umum: Tahap Pengambilan Pemakanan yang Disyorkan (RDA) vitamin A adalah:

  • Tempoh kelahiran hingga 6 bulan, 400 mcg / hari
  • 7 hingga 12 bulan, 500 mcg / hari
  • 1 hingga 3 tahun, 300 mcg / hari
  • 4 hingga 8 tahun, 400 mcg / hari
  • 9 hingga 13 tahun, 600 mcg / hari
  • 14-18 tahun, 900 mcg / hari

Tahap Pengambilan Upper Toler (UL) untuk vitamin A juga telah ditubuhkan. UL adalah tahap pengambilan tertinggi yang berkemungkinan tidak menimbulkan risiko kesan berbahaya. UL untuk vitamin A adalah untuk menghasilkan vitamin A (retinol) dan tidak termasuk provitamin A karotenoid.

  • Tempoh kelahiran hingga 3 tahun, 600 mcg / hari (2,000 unit)
  • 4 hingga 8 tahun, 900 mcg / hari (3,000 unit)
  • 9 hingga 13 tahun, 1700 mcg / hari (5,667 unit)
  • 14 hingga 18 tahun, 2800 mcg / hari (9,333 unit)
  1. Untuk campak: 100,000 hingga 200,000 IU dengan sekurang-kurangnya dua dos telah digunakan pada kanak-kanak berusia kurang daripada 2 tahun.
  1. Untuk kematian bayi yang belum lahir atau belum matang: Suplemen disarankan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 9 bulan yang berisiko mengalami masalah kekurangan vitamin A. Bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 11 bulan pula, satu dos menyediakan 100,000 IU vitamin A adalah disyorkan. Selain itu, Bagi kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas, 200,000 IU vitamin A setiap 4 hingga 6 bulan adalah disyorkan.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/219486

https://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin_A

https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-a-benefits

https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminA-HealthProfessional/#h3

Summary
Vitamin A
Article Name
Vitamin A
Description
Vitamin A adalah vitamin larut lemak dan boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran, telur, susu, mentega dan banyak sumber lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: