Virus Zika
Penyakit zika boleh menyebabkan demam, ruam, sakit sendi dan kemerahan pada bahagian putih mata (conjunctivitis atau pinkeye). Namun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa mereka mengalami tanda-tanda sebegini.

Virus zika yang pertama dikenal pasti di Uganda pada tahun 1947 dan virus ini dijangkiti melalui nyamuk Aedes yang merupakan nyamuk jenis sama membawa virus denggi, demam kuning dan demam chikungunya. Apabila nyamuk ini menggigit individu yang telah dijangkiti, ia akan membawa virus tersebut dan menghantarnya kepada individu lain yang terkena gigitan nyamuk yang sama. Wabak ini juga tidak merebak di luar kawasan Afrika sehingga tahun 2007, ia mula merebak hingga ke Selatan Pasifik.

Simptom Virus Zika

Penyakit zika boleh menyebabkan demam, ruam, sakit sendi dan kemerahan pada bahagian putih mata (conjunctivitis atau pinkeye). Namun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa mereka mengalami tanda-tanda sebegini.

Hanya 1 daripada 5 individu yang dijangkiti virus Zika mengalami simptom penyakit itu. Sebahagian besar masyarakat tidak mendapat apa-apa simptom langsung.

Gejala Zika boleh muncul dalam masa 3 hingga 14 hari selepas mendapat gigitan daripada nyamuk yang dijangkiti. Tanda-tanda ini boleh bertahan selama beberapa hari hingga satu minggu.

Simptom Zika yang selalu dilaporkan termasuklah:

  • Ruam
  • Kegatalan di seluruh badan
  • Demam
  • Pening kepala
  • Sakit sendi (mungkin boleh menyebabkan bengkak, terutama di bahagian sendi yang kecil pada tangan dan kaki)
  • Sakit otot
  • Kemerahan pada mata (conjunctivitis)
  • Sakit belakang
  • Sakit di belakang mata

Bagaimana Anda Boleh Menjangkiti Virus Zika?

  • Gigitan nyamuk yang dijangkiti virus Zika
  • Merebak kepada janin semasa kehamilan
  • Melalui hubungan seksual
  • Dijangkiti setelah pemindahan darah dibuat

Komplikasi Virus Zika

Jangkitan virus zika semasa kehamilan dikatakan boleh menyebabkan keguguran dan ‘microcephaly’ iaitu keadaan kongenital otak yang terlalu kecil dan berpotensi menjadi lebih teruk.

Virus Zika ini juga boleh menyebabkan sindrom kongenital Zika yang merangkumi kecacatan semasa kelahiran seperti:

  • Keadaan kongenital otak yang terlalu kecil dan berbahaya dengan sebahagian tengkorak yang pecah.
  • Kerosakan otak dan kekurangan tisu pada otak.
  • Kerosakan pada mata.
  • Masalah sendi seperti pergerakan yang terbatas.
  • Pergerakan badan yang berkurangan kerana terlalu banyak kecacatan otot semasa lahir.
  • Berpotensi mendapat gangguan neurologi seperti sindrom Gullain-Barre.

Rawatan Virus Zika

Tiada rawatan spesifik yang boleh merawat simptom-simptom virus Zika ini. Namun begitu, minum air yang banyak dan mengambil ‘paracetemol’ dikatakan boleh melegakan simptom yang dirasai.

Sekiranya anda berasa tidak sedap badan setelah pulang dari negara yang terkena penyakit malaria atau yang berisiko mendapat penyebaran virus Zika, dapatkan nasihat dengan segera (hari yang sama) bagi membantu anda daripada didiagnosis dengan penyakit malaria.

Jika anda masih rasa tidak sihat dan malaria terbukti tidak menjadi puncanya, dapatkan nasihat perubatan secepatnya.

Langkah Pencegahan Virus Zika

Tiada vaksin yang ada boleh memberi perlindungan daripada dijangkiti virus Zika.

Pakar perubatan telah mengesyorkan semua wanita hamil untuk elakkan perjalanan ke kawasan yang terkena wabak virus Zika ini. Sekiranya pasangan anda menetap atau pernah pergi ke kawasan yang terkena virus ini, elakkan diri daripada melakukan hubungan seks ketika hamil atau gunakan kondom ketika hubungan seksual itu.

Berikut adalah senarai negara yang disenaraikan sebagai kawasan yang dijangkiti virus Zika:

  • Angola
  • Anguilla
  • Antigua dan Barbuda
  • Argentina
  • Aruba
  • Barbados
  • Belize
  • Bonaire
  • Brazil
  • Brunei
  • Burma (Myanmar)
  • Cabo Verde
  • Columbia
  • Costa Rica
  • Cuba
  • Curacao
  • Dominica
  • Ecuador
  • El Salvator
  • Filipina
  • Fiji
  • French Guiana
  • Guadeloupe
  • Guatemala
  • Guinea-Bissau
  • Guyana
  • Haiti
  • Honduras
  • Indonesia
  • Jamaica
  • Kemboja
  • Kepulauan British Virgin (British Virgin Islands)
  • Kepulauan Cayman (Cayman Islands)
  • Kepulauan Marshall (Marshall Islands)
  • Kepulauan Solomon (Solomon Islands)
  • Laos
  • Malaysia
  • Maldives
  • Martinique
  • Mexico
  • Micronesia
  • New Caledonia
  • Nicaragua
  • Palau
  • Panama
  • Papua New Guinea
  • Paraguay
  • Peru
  • Republik Dominica (Dominican Republic)
  • Saba
  • Saint Barthelemy
  • Saint Eustatius
  • Saint Lucia
  • Saint Martin
  • Saint Vincent dan the Grenadines
  • Samoa
  • Sint Maarten
  • Singapura
  • Suriname
  • Thailand
  • The Bahamas
  • Timor Leste
  • Tonga
  • Trinidad dan Tobago
  • Turks dan Caicos
  • Venezuela
  • Vietnam

Sekiranya anda menetap atau merantau atau bercuti ke kawasan yang telah diketahui terkena penyakit Zika, petua-petua di bawah boleh mengurangkan risiko anda daripada terkena gigitan nyamuk di situ:

  • Tinggal di dalam kawasan yang mempunyai pendingin hawa atau terlindung daripada serangga

Nyamuk yang membawa virus Zika biasanya lebih aktif pada waktu subuh dan senja tetapi mereka masih boleh menggigit pada waktu malam. Pertimbangkan untuk tidur di dalam kati yang mempunyai jaring nyamuk terutamanya sekiranya anda tidur di luar.

  • Pakai pakaian yang melindungi tubuh anda

Apabila anda ke kawasan yang terkena jangkitan virus ini, pakai baju berlengan panjang, seluar panjang, stokin dan juga kasut.

  • Gunakan penghalau nyamuk

‘Permethrin’ boleh digunakan pada baju, kasut, barang perkhemahan dan juga jaring pada katil anda. Selain itu, anda juga boleh membeli pakaian yang diperbuat daripada ‘permethrin’ ini terus. Bagi kulit anda pula, gunakan penghalau nyamuk yang mengandungi sekurang-kurangnya 10 peratus DEET (kandungan dalam kebanyakan penghalau nyamuk).

Apabila digunakan secara betul, penghalau serangga yang berdafar dengan sah adalah selamat dan efektif untuk digunakan bagi wanita yang sedang mengandung atau yang masih menyusukan anak mereka.

  • Kurangkan kawasan pembiakan nyamuk

Nyamuk yang membawa virus Zika biasanya hidup di dalam atau sekitar rumah, serta membiak di kawasan air yang tidak terjaga seperti pada makanan haiwan, pasu bunga dan tayar kereta terpakai. Kurangkan kawasan pembiakan sebegini bagi mengurangkan populasi nyamuk di situ.

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/zika-virus-symptoms-prevention

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/zika-virus/symptoms-causes/syc-20353639

https://www.healthline.com/health-news/remember-zika-we-now-know-how-bad-the-virus-was-for-infants

https://www.medicalnewstoday.com/articles/305163

Tagged: