virus west nile
Virus West Nile berpunca dari virus penyebaran nyamuk.

Kebanyakan kes Virus West Nile berpunca dari virus penyebaran nyamuk. Ramai pesakit yang dijangkiti virus ini tidak mengalami simptom atau simptomnya adalah ringan seperti demam dan sakit kepala yang ringan. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit mengalami simptom yang boleh mengancam nyawa seperti keradangan saraf tunjang atau otak.

Tanda-tanda dan simptom jangkitan Virus West Nile biasanya akan hilang dengan sendiri. Tetapi, tanda dan simptom yang teruk seperti sakit kepala teruk, demam panas, kelemahan yang mendadak, memerlukan perhatian segera.

Anda berisiko dijangkiti sekiranya anda terdedah dengan kawasan pembiakan nyamuk yang membawa virus ini. Lindungilah diri anda daripada serangan nyamuk dengan menggunakan penghalau nyamuk dan memakai pakaian yang menutup kulit untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Simptom Virus West Nile

Simptom muncul dalam masa 2 hari hingga 8 hari selepas anda dijangkiti. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh inkubasi.

Simptom yang mungkin dialami termasuklah:

• Sakit Belakang Dan Sakit Otot

• Demam Panas Dan Berpeluh Secara Berlebihan

• Cirit-Birit, Mual, Muntah-Muntah, Dan Hilang Selera Makan

• Mengantuk

• Sakit Kepala

• Ruam

• Pembengkakan nodus limfa atau kelenjar

Simptom-simptom ini selalunya berterusan selama 7 hari hingga 10 hari. Namun begitu, keletihan mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, manakala kelenjar mungkin akan membengkak sehingga 2 bulan.

Punca Virus West Nile

Biasanya, virus ini disebarkan kepada manusia dan haiwan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. Nyamuk pula dijangkiti virus ini apabila menghisap darah daripada burung yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan biasa dengan individu atau haiwan yang dijangkiti.

Kebanyakan kes jangkitan Virus West Nile berlaku semasa cuaca panas, apabila nyamuk aktif. Tempoh inkubasi, iaitu tempoh antara ketika anda digigit oleh nyamuk yang dijangkiti dan kemunculan simptom-simptom penyakit, adalah selama dua hari hingga 14 hari.

Diagnosis Virus West Nile

Doktor akan bertanya mengenai simptom dan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas pesakit.

Ujian diagnostik seperti berikut juga mungkin akan dilakukan:

 Ujian darah: Bertujuan untuk mendedahkan sebarang tahap antibodi Virus West Nile yang lebih tinggi daripada biasa. Selain itu, pengiraan darah lengkap juga boleh dilakukan.

 Imbasan CT atau MRI di kepala: Prosedur ini boleh menunjukkan keradangan dan pembengkakan pada otak.

 Lumbar Puncture atau ‘Spinal Tap’: Kedua-duanya boleh mendiagnosis penyakit Meningitis.

Dalam ‘lumbar puncture’, doktor akan mengekstrak cecair serebrospinal dari seluruh otak dan saraf tunjang. Jarum dimasukkan di antara vertebra bawah tulang belakang. Sekiranya terdapat tahap sel putih yang tinggi dalam cecair, ia menunjukkan kehadiran jangkitan dalam tubuh badan anda. 

Faktor Risiko Virus West Nile

– Risiko jangkitan serius

Sekiranya anda dijangkiti, risiko anda mengalami penyakit yang berkaitan dengan penyakit Virus West Nile adalah sangat kecil. Kurang daripada 1% daripada pesakit yang dijangkiti mengalami kesakitan parah dan kebanyakan pesakit cenderung sembuh sepenuhnya.

Anda lebih cenderung untuk mengalami jangkitan Virus West Nile yang teruk atau mengancam nyawa berdasarkan:

• Umur. Individu yang berusia lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. 

• Keadaan perubatan tertentu. Menghidapi penyakit yang tertentu seperti Kanser, Kencing Manis, Hipertensi dan Penyakit Buah Pinggang, meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan Virus West Nile. Termasuklah, individu yang pernah menjalani pemindahan organ.

Rawatan Virus West Nile

• Tiada vaksin atau rawatan antiviral yang khusus bagi jangkitan Virus West Nile.

• Ubat-ubatan di farmasi sudah memadai dan boleh digunakan untuk mengurangkan demam dan melegakan beberapa simptom lain.

• Dalam kes-kes yang teruk, pesakit perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sokongamn seperti cecair intravena, ubat tahan sakit, dan penjagaan pesakit.

• Jika anda mengesyaki diri anda atau ahli keluarga mungkin dijangkiti penyakit Virus West Nile, berbincanglah dengan doktor anda segera.

SUMBER

https://www.cdc.gov/westnile/symptoms/index.html

https://www.cdc.gov/westnile/index.html

https://medlineplus.gov/westnilevirus.html

Summary
Virus West Nile (West Nile Virus) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Jangkitan
Article Name
Virus West Nile (West Nile Virus) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Jangkitan
Description
Virus West Nile merupakan penyakit bawaan nyamuk dan boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti sakit kepala teruk dan demam panas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: