vertigo

Vertigo adalah di mana seseorang itu merasakan kepala dan sekelilingnya berpusing-pusing walaupun tidak bergerak dan sukar untuk berdiri dengan stabil. Ia juga menyebabkan diri merasa loya, muntah dan juga sakit kepala. Serangan vertigo boleh berlaku dari beberapa saat hingga beberapa jam. Sekiranya anda mengalami vertigo yang teruk, ianya boleh berlanjutan selama beberapa hari atau bulan.

Apakah simptom-simptom vertigo?

  1. Rasa seperti berpusing
  2. Rasa seperti senget
  3. Rasa seperti terawang-awangan
  4. Rasa tidak seimbang/mudah jatuh
  5. Loya, Muntah
  6. Sakit kepala
  7. Berpeluh tanpa sebab
  8. Telinga berdesing

Jenis Vertigo

1. Vertigo periferi

Berpunca daripada masalah pada bahagian dalam telinga dan juga saraf. Terjadi apabila berlaku perubahan posisi kepala dengan keadaan mendadak sebabkan bahagian dalam telinga tidak berfungsi secara normal. 2.

2. Vertigo berpusat

Berpunca daripada masalah di bahagian otak terutamanya bahagian serebelum yang mengawal keseimbangan badan. Vertigo berpusat boleh berpunca daripada angin ahmar, tumor, migrain dan multiple scelerosis.

Bezanya Vertigo dengan Migran

Serangan migran dan vertigo adalah sama sekali tidak sama walaupun kedua-duanya melibatkan kepala. Migrain menyebabkan kepala terasa sakit seperti dipukul dengan benda keras dan juga berdenyut-denyut. Manakala vertigo menyebabkan kepala rasa berpusing-pusing dan menyebabkan diri hilang keseimbangan. Migrain pula kebiasaannya disebabkan oleh masalah saraf yang tidak normal dan juga beberapa faktor yang lain. Vertigo pula adalah disebabkan oleh masalah atau gangguan pada bahagian dalam telinga.

Bahaya Vertigo

Penyakit Vertigo boleh menjadi bahaya jika dibiarkan saja tanpa rawatan kerana ianya boleh menyebabkan kehilangan keseimbangan. Oleh sebab itu, individu menjadi sukar untuk melaksanakan aktiviti harian dengan sempurna. Selain daripada masalah kehilangan pendengaran, vertigo juga boleh menyebabkan gangguan pada gerakan bebola mata dan juga anggota badan. Sekiranya vertigo berlaku sewaktu memandu, pesakit berisiko untuk menghadapi kemalangan jalan raya. 

Rawatan

Kebanyakan kes vertigo akan pulih sendiri tetapi sekiranya ianya tidak bertambah baik, doktor mungkin akan memberikan antibiotik sekiranya ianya berpunca daripada jangkitan. Antihistamin juga boleh digunakan untuk merawat vertigo dengan preskripsi doktor. 

Oleh itu, sekiranya anda tertiba rasa macam pening ataupun sekitar anda berpusing-pusing, anda harus duduk seketika dan berehat.

Sumber:

https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/ears-nose-and-throat/vertigo

Summary
Vertigo: Apa itu?
Article Name
Vertigo: Apa itu?
Description
Vertigo adalah di mana seseorang itu merasakan kepala dan sekelilingnya berpusing-pusing walaupun tidak bergerak dan sukar untuk berdiri dengan stabil. Ia juga menyebabkan diri merasa loya, muntah dan juga sakit kepala. Serangan vertigo boleh berlaku dari beberapa saat hingga beberapa jam. Sekiranya anda mengalami vertigo yang teruk, ianya boleh berlanjutan selama beberapa hari atau bulan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: