vaksin coronavirus mungkin tersedia dalam beberapa bulan
COVID-19 masih baru dan saintis masih belum mempunyai maklumat penuh tentang bagaimana kelakuannya dan penularannya.

Penyakit COVID-19 masih baru dan saintis masih belum mempunyai maklumat penuh tentang kelakuannya dan bagaimana ia menular. Bahkan, kos untuk menghasilkan vaksin bagi melindungi semua orang daripada Coronavirus memerlukan berbillion dolar dan mengambil masa selama berbulan-bulan.

Penghasilan vaksin adalah agak rumit

Kini, teknologi telah membenarkan kaedah baru dalam mengkaji peserta bagi percubaan vaksin. Namun begitu, sudah terdapat beberapa kaedah yang sudah dicuba dan diuji untuk menciptanya.

Dalam kebanyakan kaedah tersebut, saintis cuba merangsang sistem imun tubuh untuk melawan patogen. Secara umumnya, ia dilakukan dengan mencipta sesuatu yang bersamaan dengan patogen hinggalah badan anda mula mencipta antibodi untuk melawan virus sebenar.

  1. Kaedah paling biasa untuk melakukannya adalah dengan menghasilkan attenuated vaccine, iaitu vaksin daripada patogen hidup yang telah dilemahkan. Ia diambil daripada badan manusia, di mana vaksin-vaksin tersebut akan diekstrak dan disuntik pada sel-sel haiwan dalam dos yang kecil. Malah, vaksin untuk campak dan tuberkulosis juga dihasilkan dari kaedah ini.
  1. Inactivated vaccine, berasal daripada pengenalpastian protein aktif dalam virus yang membenarkan ia menyerang sel manusia. Ia dilakukan dengan mengambil sampel yang telah mati daripada patogen dan mengkaji komposisi genetiknya supaya pihak saintis boleh membuat replikanya dalam jumlah yang banyak. Jadi, apabila ia disuntik dalam badan manusia, badan akan kembali berfungsi seperti biasa sambil menghasilkan antibodi yang diperlukan.

Selalunya, vaksin sebegitu memerlukan beberapa dos mengikut masa. Contoh inactivated vaccine termasuklah vaksin yang melindungi manusia daripada penyakit rabies dan polio.

  1. Seterusnya, terdapat vaksin berasaskan nukleotida yang berfungsi untuk mereplika bahan genetik tertentu seperti DNA dan RNA bagi sesuatu virus. Kaedah ini merangsang bahan viral yang dicipta oleh badan bagi tujuan penghasilan antibodi yang diperlukan.

Vaksin memerlukan banyak ujian

Kebanyakan vaksin yang digunakan hari ini mengambil masa selama 5 hingga 15 tahun untuk disempurnakan.

Vaksin berasaskan DNA untuk menghalang virus Zika, iaitu virus yang diumumkan sebagai keadaan kecemasan kesihatan awam oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2016, tersedia untuk percubaan klinikal selepas 7 bulan dicipta.

Pada saat ini, terdapat sekitar 35 syarikat dan pusat pengajian yang bersaing untuk mencipta vaksin COVID-19, dengan sekurang-kurangnya 4 peserta dalam fasa percubaan haiwan. Malah, ianya diketahui bahawa seorang peserta akan menyertai percubaan virus pada manusia tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, vaksin yang dihasilkan dalam tempoh setahun masih belum boleh digunakan secara meluas. Ini adalah kerana penghasilan vaksin memerlukan tempoh yang lama, iaitu lebih kurang setahun setengah supaya ia benar-benar berkesan.

Malah, vaksin tersebut mestilah sentiasa diuji supaya keberkesanannya terjamin dan tiada kesan sampingan lain.

Metodologi percubaan vaksin ini terdiri daripada tiga fasa:

  1. Percubaan ke atas sejumlah kecil orang dewasa.
  2. Percubaan ke atas sejumlah besar orang dewasa dalam kawasan penyebaran penyakit.
  3. Percubaan ke atas beribu manusia di sesebuah kawasan penyebaran penyakit.

Setiap langkah tersebut boleh berlangsung selama 6 hingga 8 bulan. Walaupun peserta vaksin telah mencapai ke tahap ketiga, ramai yang gagal atau diabaikan sebelum tahap itu jadi, mereka perlu dikaji oleh pihak pengatur sebelum pengesahan dilakukan.

Penetapan garis masa dari peringkat konsep hingga ke bahagian produk selalunya diagihkan antara setahun atau 2 tahun. Ini adalah kerana penciptaan vaksin adalah satu usaha yang rumit.

Apabila peserta berjaya melepasi percubaan tersebut, cabarannya adalah untuk menghasilkan vaksin itu dalam jumlah yang sepatutnya bagi menghentikan pandemik.

Berita baiknya adalah segelintir organisasi telah membantu menjana perbelanjaan bagi proses penghasilan vaksin ini.

CEPI Norway (the Coalition for Epidemic Preparedness Innovations) dilancarkan buat pertama kali dalam Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Sedunia di Davos pada tahun 2017, dengan tujuan untuk bekerjasama dengan organisasi awam, swasta, philanthropic dan kerajaan bagi mengembangkan vaksin terhadap epidemik.

Kempen tersebut disokong oleh Bill & Melinda Gates Foundation. Malah, pada tahun 2020 ini, CEPI mengumumkan perkongsian baru untuk mengembangkan vaksin COVID-19.

Ia memerlukan dana sebanyak $2 billion, bagi menambah jumlah peserta vaksin agar dapat meningkatkan peluang kejayaan dan menjana percubaan klinikal.

Matlamat utama projek tersebut adalah untuk mendapatkan 3 orang peserta percubaan klinikal vaksin, yang kemudiannya akan dikemukakan kepada pihak pengatur bagi mendapatkan lesen penggunaan umum sewaktu penularan wabak.

CEPI juga telah menyalurkan dana kepada beberapa organisasi dan institusi yang berusaha menghasilkan vaksin termasuklh:

  • Inovio Pharmaceuticals: Vaksin berasaskan DNA mula berada dalam percubaan klinikal. Ini bermakna syarikat ini telah bersedia untuk menjalankan ujian manusia.
  • GlaxoSmith Kline: Mencipta vaksin “molecular clamp” yang mengandungi protein bagi membenarkan COVID-19 masuk ke dalam tubuh manusia.
  • Moderna: Syarikat AS ini telah mula menguji rawatan berdasarkan RNA.

Tempoh masa ketersediaan vaksin COVID-19 adalah masih belum pasti. Pada masa ini, cara terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah dengan mengikuti arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

SUMBER

https://www.healthline.com/health-news/heres-exactly-where-were-at-with-vaccines-and-treatments-for-covid-19

https://www.who.int/news-room/detail/15-07-2020-more-than-150-countries-engaged-in-covid-19-vaccine-global-access-facility

https://www.nationalgeographic.com/science/2020/06/how-we-will-know-when-coronavirus-vaccine-is-ready-cvd

Summary
Vaksin Coronavirus Mungkin Tersedia Dalam Masa Beberapa Bulan
Article Name
Vaksin Coronavirus Mungkin Tersedia Dalam Masa Beberapa Bulan
Description
Penghasilan vaksin mengambil masa selama 6 hingga 8 bulan. Jadi, vaksin Coronavirus mungkin mengambil beberapa bulan untuk dihasilkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: