Vaginosis bakteria
Kedua-dua bakteria "baik" dan "buruk" tinggal di dalam vagina anda. Sekiranya keseimbangan di antara mereka tidak serasi anda boleh mendapat jangkitan yang dikenali sebagai bakteria vaginosis, atau BV untuk jangka pendek. Anda mungkin tidak mempunyai gejala, dan anda mungkin tidak memerlukan rawatan.

Kedua-dua bakteria “baik” dan “buruk” tinggal dalam vagina anda. Sekiranya keseimbangan antara mereka tidak serasi, anda boleh mendapat jangkitan yang dikenali sebagai Vaginosis Bakteria untuk jangka masa pendek. Anda mungkin tidak mempunyai gejala dan boleh juga tidak memerlukan sebarang rawatan.

Dalam kebanyakan masa, Vaginosis Bakteria tidak menyebabkan masalah kesihatan lain. Tetapi, ia boleh membawa kepada isu-isu lain, terutamanya apabila anda hamil atau cuba untuk hamil.

 

Punca Vaginosis Bakteria

Vaginosis Bakteria boleh berlaku hasil daripada pertumbuhan satu daripada beberapa bakteria yang dijumpai secara semula jadi dalam faraj anda. Satu jenis bakteria yang dipanggil ‘lactobacillus’ membuatkan faraj anda dalam keadaan sedikit berasid supaya jenis bakteria buruk tidak tumbuh dengan elok. Sekiranya paras ‘lactobacillus’ anda menurun, lebih banyak bakteria anaerobik yang buruk akan masuk ke dalam faraj anda. Apabila terdapat terlalu banyak bakteria anaerobik, mereka akan menjejaskan keseimbangan semula jadi mikroorganisma dalam faraj dan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan berkenaan.

 

Simptom Vaginosis Bakteria

Tanda-tanda dan gejala vaginosis bakteria mungkin seperti berikut:

  • Terdapat cecair yang nipis, berwarna kelabu, keputihan atau kehijauan daripada faraj
  • Bau busuk pada vagina
  • Gatal-gatal pada faraj
  • Rasa panas semasa kencing

Namun begitu, ramai wanita dengan penyakit tersebut tidak mempunyai tanda atau gejala.

 

Faktor Risiko Vaginosis Bakteria

Faktor risiko untuk penyakit berkenaan termasuklah:

  • Mempunyai beberapa pasangan seks atau pasangan seks baru

Doktor tidak memahami sepenuhnya hubungan antara aktiviti seksual dan Vaginosis Bakteria, tetapi penyakit ini sering berlaku pada wanita yang mempunyai beberapa pasangan seks atau pasangan seks baru. Ia juga berlaku lebih kerap pada wanita yang mempunyai hubungan seks sejenis.

 

  • ‘Douching’

Amalan mencuci faraj dengan air atau agen pembersih (douching) boleh mengganggu keseimbangan semula jadi faraj anda. Ini boleh membawa kepada peningkatan pertumbuhan bakteria anaerobik, dan menyebabkan berlakunya Vaginosis Bakteria. Memandangkan faraj boleh melakukan pembersihan diri dengan sendirinya, ‘douching’ tidaklah diperlukan.

 

  • Kekurangan bakteria ‘lactobacilli’ secara semula jadi

Jika persekitaran faraj semula jadi anda tidak menghasilkan bakteria lactobacilli yang cukup, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit tersebut.

 

Komplikasi Vaginosis Bakteria

Vaginosis bakteria biasanya tidak menyebabkan berlakunya komplikasi. Kadangkala, mempunyai vaginosis bakteria boleh mengakibatkan:

Bagi wanita hamil, masalah kesihatan berkenaan dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah.

 

  • Jangkitan seksual

Vaginosis Bakteria menjadikan wanita lebih mudah terdedah kepada jangkitan secara seksual, seperti HIV, ‘herpes simplex virus’, ‘chlamydia’ atau ‘gonorrhea’. Sekiranya anda mempunyai HIV, mempunyai vaginosis bakteria meningkatkan kemungkinan anda untuk menghantar virus tersebut pada pasangan anda.

 

  • Risiko jangkitan selepas pembedahan ‘gynecologic’

Mempunyai penyakit tersebut boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan selepas pembedahan iaitu setelah prosedur seperti ‘hysterectomy’ atau peleburan dan ‘curettage’ (D & C).

 

  • Penyakit keradangan pelvik (PID)

Vaginosis bakteria kadangkala boleh menyebabkan PID, jangkitan pada rahim dan tiub fallopi (fallopian tube) yang boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan.

 

Rawatan Vaginosis Bakteria

Sekiranya anda tidak mengalami gejala serta tidak hamil, anda mungkin tidak memerlukan rawatan kerana masalah ini boleh hilang dengan sendiri.

Sekiranya anda ada mengalami gejala itu, rawatan yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Pengambilan ubat antibiotik

Ia perlu diambil untuk menyingkirkan jangkitan anda. Ia boleh jadi tablet yang diambil dengan mulut ataupun krim atau gel yang anda sapu pada faraj anda. Anda perlu mengambil kebanyakan rawatan ini selama 5 hingga 7 hari. Anda juga perlu menghabiskan semua ubat anda, walaupun gejala anda telah hilang. Jika anda berhenti dengan lebih awal, jangkitan anda boleh kembali semula.

 

  • Elakkan hubungan seks

Elakkannya sehinggalah anda berasa lebih baik memandangkan masalah ini boleh disebarkan melalui seks. Jika pasangan anda adalah wanita yang lain, dia mungkin mahu berjumpa dengan doktornya supaya dia dapat dirawat juga.

 

  • Berbincang dengan doktor

Dapatkan nasihat doktor tentang jenis kawalan kelahiran yang berbeza sekiranya anda menggunakan IUD dan masalah kesihatan berkenaan masih berlaku (berulang).

Walaupun selepas ianya dirawat dan hilang, adalah perkara normal sekiranya ia kembali. Jika itu berlaku, anda mungkin perlu mengambil antibiotik sekali lagi buat masa yang lebih lama.

 

Langkah Pencegahan Vaginosis Bakteria

Untuk membantu mencegah masalah berkenaan:

  • Kurangkan kerengsaan pada faraj

Gunakan sabun yang lembut dan tidak wangi serta tampon atau pad tanpa wangian.

 

  • Jangan cuci faraj anda secara berlebihan (douching)

Faraj anda tidak memerlukan pembersihan selain daripada mandian biasa. ‘Douching’ kerap mengganggu keseimbangan faraj dan boleh meningkatkan risiko jangkitan faraj juga. Selain itu, ‘douching’ juga tidak mampu membersihkan jangkitan pada faraj.

 

  • Elakkan jangkitan secara seksual

Gunakan kondom getah lelaki, membataskan jumlah pasangan seks anda atau menahan diri daripada bersetubuh untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan seksual.

SUMBER

https://www.webmd.com/women/guide/what-is-bacterial-vaginosis#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/184622

https://www.medicinenet.com/bacterial_vaginosis_causes_symptoms_treatment/article.htm

https://www.plannedparenthood.org/learn/health-and-wellness/vaginitis/what-bacterial-vaginosis

Summary
Vaginosis Bakteria (Bacterial Vaginosis) - Punca, Simptom, Faktor Risiko, Komplikasi, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Article Name
Vaginosis Bakteria (Bacterial Vaginosis) - Punca, Simptom, Faktor Risiko, Komplikasi, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Description
Kedua-dua bakteria "baik" dan "buruk" tinggal di dalam vagina anda. Sekiranya keseimbangan di antara mereka tidak serasi anda boleh mendapat jangkitan yang dikenali sebagai bakteria vaginosis, atau BV untuk jangka pendek. Anda mungkin tidak mempunyai gejala, dan anda mungkin tidak memerlukan rawatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: