Now Reading
UTC Shah Alam Sudah dibuka di Anggerik Mall

UTC Shah Alam Sudah dibuka di Anggerik Mall

UTC shah alam

Urban Transformation Centre (UTC Shah Alam) atau Pusat Transformasi Bandar yang disingkatkan panggilan UTC Selangor merupakan pusat kepelbagaian khidmat utama sehenti di dalam 1 bangunan untuk sektor kerajaan dan swasta komuniti bandar yang ditubuhkan atas usahasama dan inisiatif kerajaan.

UTC Shah Alam bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ia terdapat 20 agensi yang ditempatkan di UTC Shah Alam iaitu dengan pecahan 10 Agensi Kerajaan Persekutuan, satu agensi negeri, tujuh badan berkanun dan dua badan bukan berkanun.

Pusat UTC Shah Alam diperkenalkan berlandaskan stratergi lautan Biru untuk menaik tarafkan kualiti perkhidmatan antara agensi kerajaan dan sector swasta,

Secara umumnya, kewujudan konsep khidmat utama sehenti adalah untuk menjimatkan waktu rakyat meyelesai urusan rasmi di antara jabatan kerajaan dan swasta.

Selain daripada menjadi pusat urusan rasmi, U.T.C juga didirikan sebagai pusat setempat untuk aktiviti belia, NGO dan komuniti usahawan. Oleh itu, peneraju utama UTC di seluruh negara adalah kementerian kewangan.

Selepas penubuhan Program Transformasi  Komuniti (CTP) , U.T.C diperkenalkan sebagai pelengkap inisiatif yang bermanfaat rakyat oleh kerajaan. Kelengkapan perkhidmatan tersebut dimulai di bandar utama setiap negeri. Projek perintis dan lokasi kedua program UTC dilancarkan di bandaraya Kuala Lumpur.Kejayaan perlancaran tersebut adalah atas jasa dan komitmen YAB Perdana Menteri dengan kerjsama seluruh jentera pentadbiran bandaraya Kuala Lumpur terutama Kementerian Kewangan.

Kaunter di UTC Shah Alam terdiri daripada 34 kementerian/agensi kerajaan dan swasta serta NGO dengan berlandaskan 10 kluster jabatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  • Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
  • Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Perkhidmatan Kewangan
  • Perkhidmatan Kerajaan
  • Perkhidmatan Pembangunan Belia
  • Perkhidmatan NGO
  • Perkhidmatan Utiliti
  • Perkhidmatan Keselamatan

See Also
j&t

Sumber:

https://www.utc.my/pengenalan

https://www.utc.my/directory/wpbdp_category/selangor/

error: Content is protected !!