Proses pencernaan adalah proses untuk makanan yang ditelan bergerak sejauh 25 kaki atau lebih dalam saluran usus. Makanan sentiasa bergerak di dalam usus. Pergerakan makanan akan terganggu jika seseorang mengalami usus tersumbat. Saluran usus kecil atau besar terhalang secara penuh atau separa dan menghalang pergerakan cecair dan makanan yang dicerna akan menyebakan usu tersumbat.

Makanan, cecair, asid perut dan gas akan berkumpul di dalam usus jika usus tersumbat. Usus akan pecah dan melimpah kandungan terdapat di dalam usus dan bakteria ke dalam ruangan abdomen jikalau seseorang menghadapi tekanan tinggi. Usus tersumbat boleh menyebabkan keradangan dalam bahagian abdomen (peritonitis) dan nyawa terancam.

Simptom

Jika mengalami masalah usus ini ia terdapat beberapa tanda dan simptom seperti berikut:

  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Kurang selera makan
  • Loya
  • Muntah
  • Tidak membuang air besar ataupun angin
  • Sembelit
  • Cirit birit
  • Perut mengeras

Punca

Dua punca utama yang menyebabkan usus tersumbat. Ia adalah:

Mekanikal

  • Adhesion bermaksud usus melekat sesama sendiri atau dengan organ lain sekitar
  • Volvulus bermaksud usus terjerut
  • Intussusception bermaksud sesebahagian usus masuk ke bahagian usus yang lain
  • Golongan bayi yang selalu menghadapi struktur usus yang tidak normal
  • Ketumbuhan
  • Batu hempedu besar
  • Objek yang tidak sengaja ditelan terutamanya kanak kanak
  • Hernia adalah terkeluar dari ruangan abdomen
  • Inflammatory bowel disease
  • Najis termampat
  • Kanser ovari
  • Kanser usus
  • Diverticulitis bermaksud poket usus
  • Stricture bermaksud kesempitan usus

Halangan Bukan Mekanikal

  • Pembedahan usus atau pelvis
  • Jangkitan penyakit seperti gastroenteritis atau appendicitis
  • Ubatan opioid
  • Gangguan elektrolit
  • Penyakit saraf seperti Parkinson, multiple sclerosis
  • Hirchsprung’s disease bermaksud kekurangan saraf di usus
  • Kerosakan saraf disebabkan oleh kencing manis
  • Fungsi kelenjar thyroid yang kurang aktif

Diagnosis

Doktor akan memeriksa abdomen terlebih dahulu dan mendengar bunyi pergerakan dalam usus. Bagi kanak-kanak sekiranya doktor terdengar ketulan atau benjol dan bunyi yang tidak normal, doktor akan melakukan ujian lanjut.

  • Ujian darah bagi full blood count, fungsi hati dan buah pinggang, kadar elektrolit
  • X ray abdomen
  • CT scan abdomen

Rawatan

  1. Rawatan Sokongan

Rawatan diberikan seperti merehatkan usus dan memasukkan IV fluid adalah untuk usus separa tersumbat atau dipanggil sebagai ileus. Usus yang direhat bermaksud tidak dibenarkan makan dan hanya diberikan cecair jernih pada tempoh tertentu.

Doktor akan memberi cecair secara IV untuk membetukkan gangguan elektrolit bagi merawat dehidrasi. Kateter juga mungkin dimasukkan ke dalam pundi kencing bagi memantau jumlah keluar masuk air dalam badan.

Tiub juga diperlukan melalui hidung, tekak, perut dan usus untuk melegakan tekanan, bengkak dan muntah. Doktor akan memberikan ubat bagi menyahkan kesan ubat tersebut pada usus jika pesakit menghadapi penggunaan opioid.

2. Pembedahan

Jika cara di atas tidak berhasil pembedahan akan diadakan. Cecair IV akan dibagi untuk menghidrat dan mencegah berlakunya renjatan dalam pembedahan.

Kerosakan kekal pada usus adalah usus tersumbat yang paling serius dan komplikasi. Pakar bedah akan terpaksa membuang sebahagian usus yang telah mati ataupun tidak berfungsi dan menyambungkan bahagian yang masih sihat. Antara ubatan yang akan diberi ialah:

  • Antibiotik
  • Ubat tahan loya bagi mengawal muntah
  • Ubat tahan sakit

Sumber

https://www.healthline.com/health/intestinal-obstruction#outlook

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/intestinal-obstruction/symptoms-causes/syc-20351460

Summary
Usus Tersumbat - Punca, Simptom, dan Rawatan
Article Name
Usus Tersumbat - Punca, Simptom, dan Rawatan
Description
Proses pencernaan adalah proses untuk makanan yang ditelan bergerak sejauh 25 kaki atau lebih dalam saluran usus. Makanan sentiasa bergerak di dalam usus. Pergerakan makanan akan terganggu jika seseorang mengalami usus tersumbat. Saluran usus kecil atau besar terhalang secara penuh atau separa dan menghalang pergerakan cecair dan makanan yang dicerna akan menyebakan usu tersumbat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: