usus pendek
Usus Pendek satu sindrom yang biasanya memberi kesan kepada individu yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan sebahagian usus kecil.

Sindrom Usus Pendek satu sindrom yang biasanya memberi kesan kepada individu yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan sebahagian usus kecil. Perut terdiri daripada dua bahagian utama iaitu usus besar yang turut dikenali sebagai kolon dan usus kecil. Tanpa bahagian ini, tubuh anda tidak boleh mendapatkan nutrien dan air yang cukup daripada makanan yang anda makan. Keadaan ini menyebabkan masalah usus seperti Cirit-Birit yang boleh membahayakan anda jika tidak mendapatkan rawatan.

Sekiranya anda mengesyaki diri anda mengalami sindrom ini, doktor boleh melakukan banyak perkara bagi meredakan simptom yang anda alami dan memastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Walau bagaiamanapun, pesakit yang mengalami keadaan ini masih boleh menjalani kehidupan yang aktif.

Dari semasa ke semasa, badan anda mungkin akan menyesuaikan diri dengan mempunyai usus kecil yang lebih pendek dan kuantiti ubat anda mungkin akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Kuncinya adalah, anda sentiasa berpegang pada jadual rawatan anda dan mendapat sokongan yang diperlukan dengan cukup.

Simptom Sindrom Usus Pendek

Simptom sindrom ini termasuklah:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit dan steatorrhea (najis berminyak, besar, dan berbau busuk)
  • Pengurangan cecair dalam badan
  • Keletihan

Individu yang mengalami Sindrom Usus Pendek mungkin mempunyai komplikasi yang disebabkan oleh kekurangan penyerapan vitamin dan mineral seperti kekurangan vitamin A, D, E, K, B9 (asid folik), B12, kalsium, magnesium, zat besi, dan zink. Keadaan ini dikenali sebagai Anemia, hyperkeratosis (pengikatan kulit), mudah lebam, kekejangan otot, kelemahan pembekuan darah, dan sakit tulang.

Punca Sindrom Usus Pendek

Usus kecil dalam individu dewasa biasanya bersaiz selebar 20 kaki. Namun, pesakit yang mengalami Sindrom Usus Pendek biasanya hilang separuh daripada usus kecil mereka.

Terdapat banyak punca sindrom ini boleh berlaku. Sesetengah bayi dilahirkan mempunyai masalah usus yang boleh merosakkan sebahagian usus. Manakala bayi lain yang baru dilahirkan pula mungkin mempunyai perut yang lebih pendek. Selalunya, Sindrom Usus Pendek berlaku selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian besar usus kecil.

Doktor mengeluarkan usus kecil sebagai sebahagian daripada prosedur rawatan untuk merawat:

  • Penyakit Crohn iaitu penyakit usus radang sepanjang hayat yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit, dan masalah pencernaan lain
  • Kanser
  • Kerosakan daripada rawatan kanser, seperti terapi radiasi
  • Kecederaan usus

Diagnosis Sindrom Usus Pendek

Kegagalan usus boleh menurunkan fungsi usus sehingga menyebabkan nutrien, air, dan elektrolit tidak dapat diserap dengan secukupnya. Sindrom Usus Pendek terjadi apabila anda hanya mempunyai usus yang berfungsi yang besarnya kurang daripada 2m (6.6 kaki). Berikutlah merupakan punca kegagalan usus yang biasa berlaku.

Rawatan Sindrom Usus Pendek

Rawatan Sindrom Usus Pendek biasanya adalah dengan menjalani diet khas dan mengambil makanan nutrisi tambahan. Sesetengah pesakit mungkin perlu mendapatkan nutrisi yang disalurkan melalui urat untuk mencegah kekurangan zat makanan.

Sumber:

https://www.webmd.com/ibd-crohns-disease/crohns-disease/short-bowel-syndrome

https://www.healthline.com/health/short-bowel-syndrome

https://rarediseases.org/rare-diseases/short-bowel-syndrome/

https://en.wikipedia.org/wiki/Short_bowel_syndrome

Summary
Sindrom Usus Pendek (Short Bowel Syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Sindrom Usus Pendek (Short Bowel Syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Sindrom Usus Pendek satu sindrom yang biasanya memberi kesan kepada individu yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan sebahagian usus kecil.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: