US Pizza Penang

Khas untuk penduduk Penang, jika anda sudah bosan atau penat untuk menikmati Pizza di kedai atau tempat yang anda telah biasa pergi, anda boleh cuba untuk pergi makan di US Pizza Penang.

US Pizza Penang ini adalah restoran yang dibuka oleh orang yang memang asal dari Penang Bersama dengan En. Donald Duncan dan En. Calvin. Restoran US Pizza Penang ini pada asalnya ada dua cawangan iaitu satu di Kawasan Greenlane dan satu lagi di Summertown Bayan Indah berhadapan dengan Kondominium Gold Coast Resort. Sekarang telah 5 cawangan yang telah dibuka.

Berikut adalah alamat untuk restoran US Pizza di Penang dan juga di Kulim:

  1. No. 3D, Lorong Delima 1, 11700 Greenlane, Penang, Malaysia. Tel: +604-6552828.
  2. Lot 110-1-12, Summerton Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia. Tel: +604-6097049.
  3. Butterworth, No 3, Jalan Raja Uda, Pusat Perniagaan Raja Uda, Butterworth, Penang, Malaysia, 12300 Business Hour:10:30AM – 10:30 PM
  4. Bukit Mertajam, 23, Jalan Perniagaan Gemilang 1,, Pusat Perniagaan Gemilang,, Bukit Mertajam, Penang, Malaysia, 14000 Bukit Mertajam
  5. Kulim, 62 Lorong Semarak 1, Taman Semarak 09000 Kulim

Sebagai restoran Pizza yang kecil berbanding restoran pizza popular yang lain, restoran US Pizza Penang cuba sedaya upaya untuk memberikan pengalaman paling terbaik untuk pelanggan mereka dengan memberi layanan yang baik, suasana yang tenang dan juga hanya menggunakan bahan-bahan membuat pizza yang paling terbaik atau premium.

Selain Pizza, terdapat berbagai lagi juga makanan lain yang disediakan, seperti pencuci mulut, Pasta, dan minuman yang istimewa. Anda boleh lihat menu di sini.

US Pizza di Utara

Sekarang ini, telah terdapat 5 cawangan US Pizza di Utara iaitu 4 cawangan di Penang dan 1 cawangan di Kulim. Penduduk di utara jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pizza yang di sini kerana pizza yang disediakan di sini lain dan unik dari yang lain dan semestinya anda akan rasa terkejut dan teruja dengan apa yang disediakan di sini. Berbanding Pizza mainstream yang lain, Pizza sini agak pelik dan unik.

Jenis pizza yang disediakan

Berbagai-bagai jenis pizza boleh anda cuba di sini, dan antara pizza yang di cadangkan untuk anda cuba adalah Maryland Grilled Chicken Pizza. Pizza ini sesuai untuk semua bangsa dan agama kerana menggunakan bahan yang mesra semua agama. Pizza Maryland Grilled Chicken Pizza ini disediakan dengan ayam yang diperap dengan sos istimewa rahsia dari US Pizza. Tapi sudah pasti ianya adalah sesuatu yang anda tidak boleh lepaskan peluang. Pizza set ini dihidang dengan Milk Shake yang telah diberi nama baru dan secara tidak langsung membuat Pizza Maryland Grilled Chicken ini lebih mantap.

Hidangan Pizza bertemakan Tempatan

Bagi yang tidak tahu, restoran US Pizza juga menyediakan pizza unik yang bertemakan tempatan. Anda mesti teruja dengan nama dan apa yang digunakan untuk membuat pizza yang unik ini. Antara Pizza nya ialah Pizza Cempedak dan Pizza Nasi Ayam Hainan atau Nasi Ayam Hainanese Pizza. Memang sangat pelik dan unik bila mendengar Pizza yang bernama begitu tetapi kebanyakan yang review memberi kata kata yang positif pada dua Pizza yang unik ini. Kalau anda pernah makan pizza ini, sila komen pendapat atau review anda sama ada memang terbaik atau tidak.

Menu Sampingan

Antara menu sampingan yang disediakan di Restoran US Pizza Penang atau di utara adalah sup cendawan dan roti bawang putih (garlic bread), bot keju dan kepak ayam. Menu sampingan dia agak tipikal seperti restoran pizza popular di tanah air ini.

Halal untuk muslim?

Anda jangan risau, US Pizza seluruh Malaysia bukan sahaja di Penang, memang mempunyai sijil halal dari JAKIM yang memang sah. Anda semua tidak perlu risau untuk pergi ke sana untuk menikmati kesedapan pizza unik di sana.

Semoga apa yang dikongsi ini membawa manfaat dan banyak informasi kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sekian

Sumber:

https://saji.my/us-pizza-malaysia/

http://www.penanglocalstuff.com/us-pizza-a-penang-born-pizza-restaurant/

Summary
Khas untuk penduduk Penang, jika anda sudah bosan atau penat untuk menikmati Pizza di kedai atau tempat yang anda telah biasa pergi, anda boleh cuba untuk pergi makan di US Pizza Penang.
Article Name
Khas untuk penduduk Penang, jika anda sudah bosan atau penat untuk menikmati Pizza di kedai atau tempat yang anda telah biasa pergi, anda boleh cuba untuk pergi makan di US Pizza Penang.
Description
Khas untuk penduduk Penang, jika anda sudah bosan atau penat untuk menikmati Pizza di kedai atau tempat yang anda telah biasa pergi, anda boleh cuba untuk pergi makan di US Pizza Penang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: