Now Reading
UPU 2021: Permohonan Dan Semakan UPU Secara Online

UPU 2021: Permohonan Dan Semakan UPU Secara Online

UPU

UPU 2021: Permohonan Dan Semakan UPU Secara Online ~ Panduan ini khusus buat lepasan SPM dan STPM setaraf yang memohon melalui borang permohonan Universiti Awam, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Semakan keputusan termasuk keputusan rayuan boleh disemak secara online dan melalui aplikasi UPUPocket 2.0. Semakan ini adalah untuk program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Teruskan membaca.

Permohonan Upu Online 2021

Terdapat 205,792 permohonan UPU bagi lepasan SPM diterima yang melepasi syarat am dan syarat khas program pengajian.

Buat calon-calon yang ingin mengisi permohonan, pastikan anda menyemak syarat kelayakan untuk setiap pilihan jurusan/program berdasarkan universiti yang anda pilih. Pastikan pilihan anda menepati keputusan SPM/STPM anda agar permohonan anda tidak di tolak.

Secara amnya, anda dikehendaki memilih sekurang-kurangnya 5 program ke atas untuk permohonan anda. Program yang anda boleh pilih sudah ditapis mengikut syarat kelayakan berdasarkan keputusan anda.

Buat masa ini, permohonan UPU telah ditutup.

Semakan Permohonan Upu Online 2021

Berikut ialah cara-cara untuk menyemak keputusan tawaran kemasukkan setelah anda membuat permohonan.

Anda boleh menyemak permohonan anda melalui cara-cara yang ditunjukkan di bawah.

1. Laman Website:
Sila layari laman web rasmi Permohonan UPU 2021/2022 di pautan berikut: http://moe.gov.my/web/. Atau, laman web rasmi universiti seperti berikut:

2. Sistem Pesanan Ringkas:
Selain cara semakan keputusan melalui website , anda boleh gunakan kemudan sistem pesanan ringkas sms. Formatnya seperti di bawah ini :

Taip TVET<jarak>RESULT<jarak>Nombor Kad Pengenalan Anda dan hantar ke nombor 15888

3. Talian Hotline:
Hubungi talian khidmat pelanggan di talian Hotline, 03 8870 8200 untuk sebarang pertanyaan termasuk semakan permohonan.

Kemudian, sila klik “TERIMA” sekiranya anda menerima sebarang tawaran yang anda pohon.

Seterusnya, cetak surat tawaran tersebut bersama-sama dengan salinan untuk simpanan dan rujukan anda pada masa akan datang.

Semakan Upu Lepasan SPM 2021 (Rayuan)

Anda boleh membuat semakan rayuan menggunakan cara yang sama dengan cara-cara yang ditunjukkan di atas.

Untuk calon-calon yang memohon TVET, anda boleh membuat semakan keputusan rayuan terus ke mana-mana institusi di bawah program TVET seperti ILKA, Kolej Komuniti, Politeknik Konvensyen.

Cara Memuat Turun UPUPocket 2.0

Anda juga boleh menggunakan aplikasi UPUPocket 2.0 untuk menyemak status permohonan anda.

  • Untuk pengguna android, anda boleh melakukan proses in di google play. Buat carian “UPUPocket 2.0” dan tekan “Install”.
  • Untuk pengguna apple, anda boleh melakukan proses in di AppStore. Buat carian “UPUPocket 2.0” dan tekan “Install”

Tarikh Penting

  • Tarikh semakan keputusan UPU online 2021 ialah pada: Minggu akhir bulan Julai 2021
  • Tarikh hebahan keputusan semakan lepasan stpm setaraf 2021 untuk rayuan upu yang dilakukan untuk Fasa 1 dan Fasa 2 ialah seperti di bawah:

Rayuan UPU FASA 1 : Ogos 2021
Rayuan UPU FASA 2 : September 2021

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan, sila rujuk maklumat di bawah.
Anda boleh dapatkan maklumat yang diperlukan dengan:

  • Layari Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di https://upu.mohe.gov.my/
  • Rujuk Facebook Rasmi BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi (https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJP
  • Hubungi talian HELPLINE UPU pada waktu bekerja: 0388708200

Penting: Calon-calon diminta cakna tarikh-tarikh penting UPU agar tidak ketinggalan untuk membuat permohonan atau semakan.

Diharapakn anda dapat mengikuti langkah-langkah di atas untuk memohon/membuat semakan permohonan anda. Semua maklumat adalah berdasarkan info terkini mengikut tarikh artikel diterbitkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat adik-adik lepasan SPM/STPM yang memerlukan dan selamat maju jaya dalam langkah seterusnya.

Sekian.

Sumber:

https://www.irujukan.my/semakan-keputusan-upu-online/

https://mypt3.com/semakan-upu

error: Content is protected !!