ulser lidah

Ulser lidah adalah luka di lidah seseorang. Ia boleh menyakitkan lebih lebih lagi semasa kita sedang makan dan minum dan juga ketika gosok gigi.

Kadang kadang, ulser lidah mungkin timbul kerana sebab yang kita sendiri tidak tahu. Ia timbul disebabkan beberapa punca seperti jangkitan virus, kecederaan pada lidah atau lebih teruk kerana barah mulut.

Dengan hanya meningkatkan kebersihan mulut akan membantu menyembuhkan sakit ini. Namun, sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi, seperti jangkitan sekunder atau penyebaran barah mulut ke bahagian tubuh yang lain.

Apakah simptom ulser lidah?

Antara simptom biasa ulser lidah ialah:

Antara simptom lain yang mungkin terjadi kepada bahagian badan yang lain selain mulut ialah:

Manakala, simptom yang mungkin menunjukkan sakit anda semakin serius ialah:

Sakit ini mungkin menjadi lebih serius. Oleh itu, ada beberapa simptom yang menunjukkan ulser anda semakin serius ialah

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom yang serius.

Apakah punca berlakunya ulser lidah?

Seseorang boleh mengalami sakit ini kerana kerosakan pada mulut yang disebabkan oleh:

Ulser juga boleh terjadi di mulut kerana:

Apakah punca jangkitan ulser lidah?

Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai jenis jangkitan termasuk:

  • Luka canker
  • Gingivostomatitis (jangkitan mulut virus atau bakteria)
  • Jangkitan herpes simplex
  • Oral lichen planus (penyakit sistem imun yang boleh meningkatkan risiko kanser mulut)
  • Oral thrush (jangkitan dangkal pada permukaan lidah yang disebabkan oleh fungus Candida)

Apakah penyakit yang boleh menyebabkan ulser lidah?

Ulser lidah juga boleh dikaitkan dengan penyakit tertentu termasuk:

Apakah punca ulser lidah yang boleh mengancam nyawa?

Ulser lidah mungkin juga merupakan tanda penyakit yang boleh mengancam nyawa dan perlu dirujuk dengan doktor pada kadar segera. Ini termasuk:

Apakah pencegahan untuk mengelakkan berlakunya ulser lidah?

Ulser lidah tidak mengancam nyawa dan dapat dirawat dengan kebersihan mulut yang baik atau ubat-ubatan top-the-counter.

Kesakitan sakit ini dapat dielakkan dengan mengelakkan daripada menggigit lidah dan mengelakkan makanan pedas atau berasid. Sekiranya ia berkaitan dengan jangkitan, rawatan perubatan jangkitan boleh menyebabkan sakit ini sembuh.

Jika ulser lidah anda merupakan simptom kepada jangkitan yang lebih serius, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan secepatnya. Kegagalan mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan komplikasi serius dan kerosakan kekal.

Oleh itu, setelah puncanya didiagnosis, penting bagi anda untuk mengikuti rawatan untuk mengurangkan risiko kemungkinan komplikasi termasuk:

  • Kesan buruk dari rawatan
  • Jangkitan gigi
  • Jangkitan sekunder pada lidah atau mulut
  • Penyebaran barah
  • Penyebaran jangkitan kepada orang lain

Apakah rawatanya?

Rawatan perubatan untuk ulser lidah umumnya memberi tumpuan kepada mengurangkan simptom sambil mengenal punca yang menyebakan sakit tersebut.

Ubat OTC boleh menjadi ubat yang berguna untuk mengurangkan simptomnya Anda juga boleh mencuba menggunakan ubat penghilang rasa sakit, seperti acetaminophen, atau gel seperti benzocaine.

Orang yang dapat mengenal pasti pencetus ulser ini mungkin lebih mudah untuk mengelakkan ulser terbentuk.

Rawatan di rumah dapat membantu meredakan simptom atau mempercepat proses penyembuhan. Sesiapa yang mempunyai luka berterusan yang tidak sembuh atau luka yang kembali kerap harus berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan.

SUMBER:

https://www.healthgrades.com/right-care/oral-health/tongue-ulcers

https://www.medicalnewstoday.com/articles/tongue-ulcer

https://www.medicalnewstoday.com/articles/317984

Summary
Ulser Lidah: Punca, Simptom, Faktor dan Rawatan
Article Name
Ulser Lidah: Punca, Simptom, Faktor dan Rawatan
Description
Ulser lidah adalah luka di lidah seseorang. Ia boleh menyakitkan lebih lebih lagi semasa kita sedang makan dan minum dan juga ketika gosok gigi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: