ujian personaliti

Ujian personaliti adalah alat untuk mengakses personaliti manusia. Ujian ini akan merujuk kepada teknik yang dicipta untuk mengukur corak karakter manusia berdasarkan bermacam situasi.

Sudah terbukti bahawa ujian ini mampu membantu dalam ujian klinikal, therapeutik dan menjangka tindak-tanduk manusia dalam pelbagai keadaan. Apabila bercakap tentang diri sendiri dan orang lain, kita akan merujuk kepada pelbagai karakter.

Psikologi melakukan hal yang sama apabila mereka menilai personaliti tetapi lebih kepada tahap yang sistematik dan saintifik.

Terdapat dua jenis ujian personaliti yang kerap digunakan iaitu:

  • Self-report Inventory

Ujjian ini memerlukan pengambil ujian mebaca soalan dan nilai sejauh mana aplikasi persoalan dan pernyataan tersebut kepada diri mereka.

Salah satu yang biasa digunakan adalah Minnesota Multiphasic Personality Inventori (MMPI).

  • Projective Test

Ujian ini memerlukan pengambil ujian memberi pandangan tentag sesuatu situasi, objek atau senario. Salah satu yang biasa digunakan adalah Rorschach Inkblot Test.

Kebaikan menggunakan kaedah pertama adalah berasaskan norma. Mudah untuk dikawal selia dan lebih dipercayai.

Tetapi, kaedah kedua kebiasaanya digunakan oleh psikoterapi yang memudahkan pengumpulan informasi berkenaan pesakit.

Sebagai contoh, psikiatri bukan sahaja akan melihat kepada jawapan pesakit tetapi juga kepada lontaran suara dan gerak tubuh mereka. Perkara ini akan diperiksa lebih lanjut ketika proses terapi berlangsung.

Kegunaan Ujian Personaliti

Terdapat beberapa kegunaannya antaranya;

  1. Mengkaji atau membukti teori
  2. Menilai keberkesanan terapi
  3. Menentukan masalah psikologi yang dihidapi pesakit
  4. Melihat kepada perubahan personality
  5. Menyaring calon yang memohon pekerjaan

Ujian ini tersebut juga kadang-kala digunakan dalam tetapan forensik untuk menilai risiko, kompetensi dan hal-hal hak penjagaan anak.

Selain itu, ujian ini juga sering digunakan ketika subjek psikologi, pekerjaan, kaunseling, hubungan, dan klinik.

Kesan dan Impak

Tidak sia-sia seseorang menjalani ujian ini. Hasil ujian akan membantu untuk mengenali diri dengan lebih baik dan mengakses kekuatan dan kelemahan diri.

Malah, disebabkan ujian personaliti berbeza, mempelajarinya akan memberi kesan yang spesifik untuk membantu mendapatkan wawasan dan corak perilaku.

Sebagai contoh, jika keputusan anda menunjukkan anda seorang yang introvert, ujian ini akan memberi saranan terhadap bidang atau sesuatu yang boleh dikuasai.

Berdasarkan saranan yang diberikan, akan membantu anda untuk lebih mengenali diri dan tidak terlalu mengikut saranan orang ramai agar sentiasa bersosial.

Tip-tip mengambil ujian personaliti

Tiada sebarang persiapan untuk mengambil ujian ini seperti mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya. Malah, soalan -soalannya telah banyak disebarkan di internet dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Anda boleh membuat carian menggunakan Google untuk mengakses pelbagai soalan, keputusan dan penerangan keputusan ujian persoanaliti.

Tetapi, terdapat beberapa tip agar keputusan anda memberikan keputusan yang tepat dan jitu.

  1. Jujur. Jangan cuba untuk menjadikan diri anda ideal. Jadi diri sendiri dengan berfikiran cara anda dan perasaan anda.
  2. Membaca arahan. Sekiranya tidak jelas atau tersalah baca, mungkin keputusan yang diperolehi tidak tepat.
  3. Jangan cuba mengalah ujian. Jadi diri anda yang sebenar.

Berdasarkan kepada kepelbagaian ujian personaliti, anda akan dapati terdapat banyak ujian informal. Maka, terdapat beberapa perkara perlu diambil perhatian.

  1. Berpotensi sebagai perangkap. Ujian ini pasti mempunyai kelemahan tetapi juga berguna.
  2. Kebarangkalian penipuan. Disebabkan terdapat ujian personaliti yang akan kita nilai secara sendiri, menyebabkan penipuan. Kita akan cenderung menjadi talam dua muka.
  3. Introspeksi diperlukan. Manusia akan mudah mempunyai tanggapan yang tinggi sehingga memandang rendah karakter yang lain.
  4. Ujian boleh menjadi panjang. Hal ini disebabkan untuk menilai personaliti, memerlukan jangka masa yang lama. Hal ini menyebabkan kebosanan sehingga tidak membaca ujian.
  5. Markah adalah subjektif. Hal ini kerana, markah yang diperolehi akan melambangkan perbezaan maksud.
  6. Keputusan boleh menjadi tidak konsisten. Konsistensi ujian personaliti menjadi bukti bahawa ujian tersebut boleh diguna pakai.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba ujian ini, anda boleh mencubanya di www.16personalities.com yang lebih mudah untuk diakses.

Mungkin, ada permata dalam diri anda yang selama ini tenggelam di dasar lautan diri anda sendiri. Cepat dapatkannya dan jelajahi dunia yang luasa dengan potensi diri anda.

SUMBER:

https://www.verywellmind.com/what-is-personality-testing-2795420

https://www.britannica.com/science/personality-assessment

https://www.16personalities.com/free-personality-test

Summary
Ujian Personaliti: Apakah Cara dan Maksudnya
Article Name
Ujian Personaliti: Apakah Cara dan Maksudnya
Description
Ujian personaliti adalah alat untuk mengakses personaliti manusia. Ujian personaliti merujuk kepada teknik yang dicipta untuk mengukur corak karakter manusia berdasarkan bermacam situasi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: