ujian najis
Ujian najis biasanya dibuat pada sampel najis untuk membantu doktor mendiagnosis keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi saluran pencernaan anda.

Ujian najis biasanya dibuat pada sampel najis untuk membantu doktor mendiagnosis keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi saluran pencernaan anda.

Sekiranya anda mengalami masalah perut, doktor anda boleh meminta anda melakukan ujian najis atau meminta sampel najis. Ujian ini boleh melihat jika adanya kehadiran bakteria, virus, atau kuman lain pada najis anda yang mungkin membuatkan anda sakit. Selain itu, doktor juga boleh menggunakan maklumat itu untuk membantu mengenal pasti mengapa anda mempunyai cirit-birit, perut berangin, sakit perut, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan atau sebarang gejala lain.

Ujian ini boleh membantu diagnosis:

Seterusnya, ujian najis boleh memberitahu doktor jika pankreas anda menghasilkan enzim mencukupi untuk melakukan proses pencernaan yang betul. Tahap elastase yang rendah dalam najis anda boleh menandakan keadaan yang dipanggil sebagai kekurangan pankreas.

Ujian ini juga dapat membantu mengesan jumlah lemak yang tinggi dalam najis, dan merupakan tanda gangguan pencernaan dan penyerapan lemak. Walau bagaimanapun, mengetahui bahawa anda mempunyai penyerapan lemak yang tidak efisien sahaja adalah berbeza daripada mengetahui sebab bagi keadaan itu. Disebabkan itulah, ujian ini secara sendirinya sahaja tidak dapat mendiagnosis penyakit tertentu.

Selain itu, ia juga berguna dalam mengesan darah di saluran pencernaan, yang mungkin menandakan tahap zat besi yang rendah atau menjadi tanda amaran bagi kanser kolon. Ujian DNA najis yang lebih baru juga sudah tersedia untuk membantu doktor mengesan kanser kolon.

Ujian ini juga boleh dilakukan dengan sewajarnya jika doktor berfikir bahawa anda mungkin mempunyai penyakit cirit-birit yang berjangkit. Sebuah kultur najis digunakan untuk mengenal pasti jangkitan bakteria yang berkemungkinan, dan keputusan ini boleh mendorong ujian pemeriksaan lebih spesifik untuk toksin bakteria tertentu. Ujian makmal biasa yang dipanggil skrin “ujian ova dan parasit” dilakukan untuk mengenal pasti pelbagai parasit mikroskopik bukan bakteria. Contohnya, jangkitan Helicobacter pylori boleh dikesan dengan ujian najis, yang mana ini adalah bakteria yang terkenal dengan peranannya dalam menyebabkan ulser perut.

Akhirnya, ujian najis boleh dibuat untuk mengesan paras protein tinggi yang disebut calecotectin fecal dan ini adalah penanda yang boleh dipercayai untuk mengesan keradangan di usus. Malah, ia juga dapat membantu para doktor untuk memahami sekiranya anda mempunyai (atau menyerang) penyakit Crohn atau kolitis ulseratif.

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/what-is-a-stool-culture#1

https://www.nhs.uk/common-health-questions/infections/how-should-i-collect-and-store-a-stool-faeces-sample/

Summary
Ujian najis (Stool test)
Article Name
Ujian najis (Stool test)
Description
Ujian najis biasanya dibuat pada sampel najis untuk membantu doktor mendiagnosis keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi saluran pencernaan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: