kanser testis
Keputusan positif ujian kehamilan yang dibuat membimbangkan individu lelaki.

Pengguna sosial media kecoh apabila terdapat satu status di laman web ‘Reddit’ mengenai seorang individu lelaki yang membuat ujian kehamilan sebagai satu jenaka terkejut setelah melihat keputusan yang positif pada alat itu. Pada mulanya, dia bingung kerana memikirkan adakah keputusan itu bermakna bahawa dia hamil? Namun, itu adalah mustahil.

Ternyata, lelaki itu disahkan mempunyai benjolan kecil pada bahagian kanan testisnya setelah mendapatkan pemeriksaan dan penjelasan lanjut daripada doktor. Jadi, adakah ujian kehamilan di rumah yang selalunya digunakan oleh golongan wanita boleh juga digunakan oleh golongan lelaki untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka?

Setelah tularnya status tersebut, pakar kanser telah menyatakan bahawa ujian kehamilan akan mengesan sejenis hormon bernama Beta-HCG (human chorionic gonadotropin). Hormon ini dihasilkan oleh sel plasenta seseorang wanita semasa kehamilan. Namun begitu, sekiranya hormon yang sama didapati pada individu lelaki, ia mungkin jadi petanda kepada kanser testis. Menurut pakar kanser lagi, terdapat beberapa perkara dalam badan kita yang menghasilkan hormon Beta-HCG dan kanser testis adalah salah satu daripadanya.

Memandangkan tumor tersebut dikesan pada peringkat awal, individu lelaki itu bernasib baik kerana tumor tersebut masih boleh dirawat dengan rawatan yang bersesuaian. Ianya akan menjadi lebih serius sekiranya tumor itu membesar ataupun pecah.

Walaupun kanser sebegini dapat dikesan melalui ujian kehamilan itu, ia bukanlah merupakan satu alat yang sahih. Kadangkala, keputusannya tidak boleh diyakini sepenuhnya kerana ia mungkin terjejas dengan faktor seperti persekitaran ataupun alat itu telah rosak tapi tidak disedari. Jadi, individu dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan yang betul sekiranya mengalami tanda-tanda yang asing seperti benjolan yang tidak menyakitkan pada testis mereka.

 

 

SUMBER

https://blogs.webmd.com/from-our-archives/20121112/pregnancy-test-reveals-testicular-cancer

https://www.sciencedaily.com/releases/2013/05/130522095819.htm

https://goodmenproject.com/featured-content/can-pregnancy-tests-detect-testicular-cancer-ask-dr-p-jrmk

https://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/11/10/how-a-pregnancy-test-told-a-man-that-he-has-testicular-cancer/

Summary
Ujian kehamilan di rumah boleh kesan kanser bagi golongan lelaki?
Article Name
Ujian kehamilan di rumah boleh kesan kanser bagi golongan lelaki?
Description
Seorang individu lelaki terkejut setelah mendapati keputusan positif pada alat ujian kehamilan yang dibuatnya. Setelah membuat pemeriksaan doktor, ternyata lelaki itu mempunyai benjolan kecil di testisnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: