ujian hematologi
Dalam bidang perubatan, hematologi termasuk rawatan gangguan darah dan malignan, termasuklah jenis hemofilia, leukemia, limfoma dan anemia sel sabit.

Ujian hematologi dapat menilai banyak keadaan yang melibatkan darah dan komponennya. Ujian ini juga dijalankan bagi mengesan gangguan darah.

Apa itu hematologi? Hematologi adalah sains atau pengajian darah, organ pembentukan darah dan penyakit darah.

Dalam bidang perubatan, hematologi termasuk rawatan gangguan darah dan malignan, termasuklah jenis hemofilia, leukemia, limfoma dan anemia sel sabit.

Hematologi adalah cabang bagi perubatan dalaman yang menguruskan fisiologi, patologi, etiologi, diagnosis, rawatan, prognosis, dan pencegahan gangguan berkaitan darah.

Darah dihasilkan daripada beberapa bahagian termasuklah sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma.

Sel darah merah, yang membentuk antara 45% daripada keseluruhan darah membawa oksigen daripada paru-paru hingga tisu badan. Ia juga membawa karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dikeluarkan.

Ia berbentuk cakera dan dihasilka dalam sum-sum tulang. Sel darah putih, yang turut dihasilkan daripada sum-sum tulang membantu membasmi jangkitan dalam badan.

Bersama dengan platelet, ia terdiri sebanyak 1% daripada seluruh darah.

Platelet adalah serpihan kecil yang melekat antara satu sama lain dan berinteraksi degan protein pembekuan untuk menghentikan atau mencegah pendarahan. Ia juga dihasilkan dalam sum-sum tulang.

Plasma adalah bahagian cecair dalam darah. Ia terdiri daripada 92% air dan mengandungi protein, mineral, garam, gula, lemak, hormon dan vitamin penting.

Kiraan darah penuh (CBC – Complete Blood Count)

Kiraan darah penuh adalah sejenis ujian hematologi yang digunakan untuk menilai kesihatan menyeluruh anda dan mengesan gangguan seperti anemia, jangkitan dan leukemia.

Ujian darah lengkap mengukur beberapa komponen dan ciri darah anda termasuklah:

  • Sel darah merah yang membawa oksigen
  • Sel darah putih yang melawan jangkitan
  • Hemoglobin, protein yang membawa oksigen dalam sel darah merah
  • Hematocrit, sebahagian sel darah merah kepada komponen cecair atau plasma dalam darah
  • Platelet, membantu pembekuan darah

Peningkatan atau pengurangan luar biasa dalam kiraan sel seperti yang ditunjukkan dalam kiraan darah yang lengkap boleh menandakan anda mempunyai keadaan perubatan dasar yang perlu dinilai selanjutnya,

Ujian kiraan darah lengkap dilakukan atas beberapa sebab:

  • Untuk menilai kesihatan menyeluruh anda
  • Untuk mendiagnosis keadaan perubatan anda
  • Untuk memantau keadaan perubatan anda
  • Untuk memantau rawatan perubatan anda

Berikut adalah keputusan ujian kiraan darah lengkap yang normal bagi individu dewasa:

Kiraan sel darah merahLelaki: 4.35-5.65 trillion sel/L
(4.32-5.72 juta sel/mcL)Wanita: 3.92-5.13 trillion sel/L
(3.90-5.03 juta sel/mcL)
HemoglobinLelaki: 13.2-16.6 gram/dL
(132-166 gram/L)
Wanita: 11.6-15 gram/dL
(116-150 gram/L)
HematocritLelaki: 38.3-48.6 peratus
Wanita: 35.5-44.9 peratus
Kiraan sel darah putih3.4-9.6 billion sel/L
(3,400 to 9,600 sel/mcL)
Kiraan plateletLelaki: 135-317 billion/L
(135,000 to 317,000/mcL)
Wanita: 157-371 billion/L
(157,000-371,000/mcL)
  • L = Liter
  • McL = Mikroliter
  • Dl = Desiliter

Ujian kimia darah

Ujian hematologi dilakukan pada sampel darah untuk mengira jumlah bahan tertentu dalam badan. Bahan-bahan ini termasuk elektrolit (seperti natrium, kalium dan klorida), lemak, protein, glukosa (gula), dan enzim.

Ujian kimia darah memberikan maklumat penting tentang keadaan pundi kencing, hati dan organ lain seseorang individu.

Jumlah bahan dalam darah yang abnormal boleh menjadi petanda kepada sebarang penyakit atau kesan sampingan rawatan.

Ujian kimia darah digunakan untuk membantu mendiagnosis dan memantau pelbagai keadaan sebelum, semasa dan selepas rawatan.

Ujian enzim darah

Enzim adalah protein kompleks yang sangat khusus. Ia membantu perubahan kimia dalam setiap bahagian badan anda.

Sebagai contoh, ia membantu memecahkan makanan supaya badan anda boleh menggunakannya dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga membantu pembekuan darah anda.

Enzim wujud dalam setiap organ dan sel dalam badan anda. Ia diperlukan untuk badan anda berfungsi dengan betul. Penanda enzim adalah ujian hematologi yang menganalisis aktiviti enzim tertentu dalam badan.

Sesetengah penyakit atau keadaan diwarisi boleh menyebabkan enzim-enzim ini berhenti bekerja atau lebih kurang berkesan.

Pemantauan peningkatan atau pengurangan paras enzim boleh membantu diagnosis bagi beberapa keadaan tertentu.

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

Sumber:

Summary
Ujian Hematologi
Article Name
Ujian Hematologi
Description
Ujian hematologi dapat menilai banyak keadaan yang melibatkan darah dan komponennya. Ujian ini juga dijalankan bagi mengesan gangguan darah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: