ujian fungsi hati
Ujian fungsi hati adalah ujian darah yang dijalankan untuk membantu mendiagnosis dan memantau penyakit atau kerosakan hati.

Ujian fungsi hati adalah ujian darah yang dijalankan untuk membantu mendiagnosis dan memantau penyakit atau kerosakan hati. Ujian ini mengukur tahap enzim tertentu dan protein dalam darah.

Sesetengah ujian ini mengukur keberkesanan hati menjalankan fungsi normal untuk menghasilkan protein dan menyingkirkan bilirubin, sejenis bahan sisi darah.

Fungsi ujian hati lain mengukur enzim yang dikeluarkan oleh sel-sel dalam hati yang bertindak balas terhadap penyakit atau kerosakan.

Walau bagaimanapun, keputusan ujian fungsi hati yang tidak normal tidak selalunya menunjukkan penyakit hati. Doktor anda akan menerangkan mengenai keputusan anda dan maksudnya.

Ujian fungsi hati boleh dijalankan untuk:

  • Mengimbas jangkitan hati seperti hepatitis.
  • Memantau perkembangan penyakit seperti hepatitis viral atau alkoholik dan menentukan keberkesanan rawatan.
  • Mengukur keparahan sesuatu penyakit, khususnya parut hati atau sirosis.
  • Memantau sebarang kesan sampingan yang berkemungkinan ubat-ubatan.
  • Memeriksa paras enzim dan protein tertentu dalam darah.

Paras yang tinggi atau rendah berbanding normal boleh menunjukkan masalah hati. Sesetengah ujian fungsi hati biasa termasuklah:

  • Alanine transaminase (ALT). ALT adalah enzim yang ditemui dalam hati yang membantu menukarkan protein kepada tenaga untuk sel hati. Apabila hati anda rosak, ALT dilepaskan ke dalam saluran darah dan parasnya akan meningkat.

  • Aspartate transaminase (AST). AST adalah sejenis enzim yang membantu memetabolismekan asid amino. Seperti ALT, AST juga berada dalam darah pada paras yang rendah. Peningkatan paras AST boleh menandakan kerosakan hati dan penyakit atau kerosakan otot.
  • Alkaline phosphatase (ALP). ALP adalah sejenis enzim yang dijumpai dalam hati dan tulan dan ia penting untuk memecahkan protein. Paras ALP yang lebih tinggi daripada normal boleh menunjukkan kerosakan atau pernyakit hati seperti saluran hempedu terseumbat atau penyakit tulang tertentu.

  • Albumin dan jumlah protein. Albumin adalah salah satu protein yang dihasilkan dalam hati. Badan anda memerlukan protein ini untuk melawan jangkitan dan melakukan fungsi-fungsi lain. Paras albumin jumlah protein yang lebih rendah daripada biasa menandakan kerosakan atau penyakit hati.

  • Bilirubin. Bilirubin adalah sejenis bahan yang dihasilkan sewaktu proses pemecahan biasa sel darah merah. Bilirubin melalui hati dan disingkirkan dalam najis. Lonjakan paras bilirubin (jaundis) boleh menandakan kerosakan hati atau penyakit anemia tertentu.

  • Gamma-glutamyltransferase (GGT). GGT adalah enzim dalam darah. Parasnya yang lebih tinggi daripada biasa boleh menandakan kerosakan hati atau saluran hempedu.

  • L-lactate dehydrogenase (LD). LD adalah enzim yang ditemui dalam hati. Lonjakan paras enzim ini boleh menandakan kerosakan hati namun ia juga boleh menunjukkan gangguan lain.

  • Masa Prothrombin (PT). PT adalah masa yang diperlukan oleh darah anda untuk membeku. Peningkatan PT mungkin menandakan kerosakan hati namun ia juga boleh naikk jika anda mengambil ubat-ubatan penipis darah seperti warfarin.

Sampel darah bagi ujian fungsi hati selalunya diambil daripada urat di lengan anda. Risiko utama yang dikaitkan dengan ujian darah adalah lebam atau pembengkakan pada tapak pengeluaran darah.

Sewaktu ujian

Sampel darah ujian fungsi hati akan dilakukan dengan menggunakan jarum kecil yang dimasukkan ke dalam uran di tengah lengan anda.

Jarum tersebut disambungkan kepada tiub kecil untuk mengumpulkan darah. Anda mungkin berasa kesakitan yang cepat sewaktu jarum dimasukkan ke dalam lengan dan mengalami ketidakselesaan dalam waktu yang singkat pada tapak tersebut selepas jarum dikeluarkan.

Selepas ujian

Darah anda akan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Jika analisis makmal dilakukan di tapak ujian, anda akan mendapat keputusan ujian anda dalam beberapa jam.

Jika doktor anda menghantar sampel darah anda ke makmal lain, anda mungkin mendapat keputusan dalam tempoh beberapa hari.

Keputusan

Keputusan ujian darah yang normal bagi ujian fungsi hati termasuk:

  • ALT.7 hingga 55 unit setiap lietr (U/L)
  • AST. 8 hingga 48 U/L
  • ALP. 40 hingga 129 (U/L)
  • Albumin. 3.5 hingga 5.0 gram setiap desiliter (mg/dL)
  • GGT. 8 hingga 61 U/L
  • LD. 122 hingga 222 U/L
  • PT. 9.4 hingga 12.5 saat

Keputusan ini adalah keputusan biasa bagi lelaki dewasa. Keputusan ujian yang normal mungkin berbeza mengikut makmal.

Doktor anda akan menggunakan keputusan ini untuk mendiagnosis keadaan anda atau menentukan rawatan yang anda perlukan.

Jika anda sudah mempunyai penyakit hati, ujian fungsi hati boleh menentukan perkembangan penyakit anda dan tindak balas anda terhadap penyakit.

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

Sumber:

Summary
Article Name
Ujian Fungsi Hati
Description
Ujian fungsi hati adalah ujian darah yang dijalankan untuk membantu mendiagnosis dan memantau penyakit atau kerosakan hati.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: