Ujian fungsi buah pinggang
Untuk menguji fungsi buah pinggang, doktor anda akan menjalankan satu siri ujian yang boleh mengira kadar penurasan gromerular (GFR - Gromerular Filtration Rate).

Ujian fungsi buah pinggang dijalankan untuk mengira kadar penurasan gromerular iaitu betapa cepatnya buah pinggang anda boleh menyingkirkan sisa buangan.

Ujian serum creatinine

Ujian darah ini memeriksa sama ada terdapat pengumpulan creatinine dalam darah anda. Buah pinggang biasanya menapis creatinine secara lengkap daripada darah anda.

Ujian fungsi buah pinggang ini menunjukkan masalah buah pinggang anda jika paras creatinine adalah tinggi.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF – National Kidney Foundation), paras creatinine yang melebihi 1.2 miligram/desiliter (mg/dL) bagi wanita dan 1.4 mg/dL bagi lelaki merupakan petanda masalah buah pinggang.

Ujian nitrogen urea darah

Ujian fungsi buah pinggang seterusnya adalah ujian nitrogen urea darah (BUN – Blood Urine Nitrogen) yang turut memeriksa produk buangan dalam darah anda.

Ujian BUN mengukur jumlah nitrogen dalam darah. Niterogen urea adalah produk hasil pemecahan protein.

Walau bagaimanapun, tidak semua ujian BUN yang melonjak menandakan kerosakan buah pinggang. Ubat-ubatan biasa, termasuklah jumlah dos aspirin dan beberapa jenis antibiotik yang berlebihan boleh meningkatkan paras BUN.

Adalah penting untuk memberitahu doktor anda tentang sebarang ubat-ubatan atau suplemen yang anda ambil secara berkala.

Anda mungkin perlu menghentikan ubat-ubatan tertentu selama beberapa hari sebelum menjalani ujian.

Paras normal BUN adalah antara 7 hingga 20 mg/dL. Paras yang tinggi boleh menandakan beberapa masalah kesihatan yang berbeza.

Ujian kadar penurasan gromerular darah

Ujian ini mengukur seberapa baiknya buah pinggang anda menapis sisa buangan. Ujian fungsi buah pinggang ini menentukan kadarnya dengan melihat kepada faktor seperti:

  • Keputusan ujian creatinine
  • Umur
  • Jantina
  • Tinggi
  • Berat

Sebarang keputusan yang kurang daripada 60 mililiter/minit/1.732m2 mungkin merupakan isyarat amaran bagi penyakit buah pinggang.

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

Sumber:

Summary
Article Name
Ujian fungsi buah pinggang
Description
Ujian fungsi buah pinggang dijalankan untuk mengira kadar penurasan gromerular iaitu betapa cepatnya buah pinggang anda boleh menyingkirkan sisa buangan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: