ujian DNA
Seperti ujian lain yang memfokuskan pada tujuan tersendiri, ujian DNA pula memfokuskan untuk mengkaji perubahan dalam kromosom, genetik atau protein individu. Keputusan daripada ujian ini boleh mengesahkan atau mengasingkan sejenis gangguan genetik yang mungkin disyaki. Malah, ia juga membantu menentukan sekiranya sesebuah penyakit itu boleh diwarisi oleh individu tersebut atau tidak.

DNA adalah sesuatu aspek yang mungkin tidak begitu difahami dengan teliti bagi individu di luar bidang sains, namun secara amnya semua mengetahui bahawa DNA si anak adalah gabungan daripada DNA ibu dan bapanya.

Namun, adakah itu sahaja maklumat tentang DNA yang boleh kita dapatkan? Tidak. DNA sebenarnya memegang begitu banyak maklumat tentang diri kita yang mungkin hanya perlu dikaji dengan lebih mendalam.

Sekarang, makin ramai individu yang mula melakukan ujian ini dengan tujuan ingin mengenali diri mereka dengan lebih dekat dan juga atas beberapa faktor persendirian.

Jika anda juga berminat untuk melakukan ujian ini, teruskan membaca kerana kami akan kongsikan pelbagai maklumat tentang ujian DNA yang menarik!

Apakah itu ujian DNA?

Seperti ujian lain yang memfokuskan pada tujuan tersendiri, ujian DNA pula memfokuskan untuk mengkaji perubahan dalam kromosom, genetik atau protein individu. Keputusan daripada ujian ini boleh mengesahkan atau mengasingkan sejenis gangguan genetik yang mungkin disyaki. Malah, ia juga membantu menentukan sekiranya sesebuah penyakit itu boleh diwarisi oleh individu tersebut atau tidak.

Terdapat banyak kaedah bagaimana ujian DNA ini boleh dibuat seperti ujian kesatan (swab test), mengkaji helaian rambut ataupun ujian darah seperti yang biasa dilakukan. Kaedah ini biasanya ditentukan oleh organisasi yang menjalankan ujian tersebut.

Adakah keputusan ujian ini sahih?

Bagi sesuatu ujian, keputusan yang sahih adalah keputusan akhir yang diinginkan oleh setiap doktor serta individu bukan? Justeru itu, terdapat dua kaedah yang mengukur kesahihan ujian genetik iaitu kesahihan analisis (analytical validity) dan kesahihan klinikal (clinical validity).

Menurut Medline Plus:

  • Kesahihan analisis merujuk pada seberapa baik keputusan tersebut meramalkan kehadiran atau ketiadaan gen atau perubahan genetik tertentu.
  • Kesahihan klinikal merujuk pada seberapa baik perubahan genetik yang dianalisis berkaitan dengan kehadiran, ketiadaaan atau risiko bagi penyakit tertentu.

Kelebihan ujian DNA yang menggalakkan anda untuk mencubanya

Biasanya, individu akan melakukan ujian genetik ini bagi mengetahui risiko berkenaan penyakit yang boleh diwarisi agar rawatan awal boleh dilakukan. Inilah salah satu kebaikan ujian DNA yang membantu anda meneliti genetik anda dengan lebih mendalam.

Malah, anda juga boleh mengetahui reaksi badan terhadap sesetengah ubat. Anda pasti tahu bukan setiap dos dan jenis ubat yang digunakan mungkin berfungsi dan memberi kesan yang berbeza bagi setiap individu. Jadi, ini adalah maklumat penting bagi mengelakkan kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku.

Pengetahuan mengenai DNA anda juga boleh menjadi satu aset kehidupan. Bayangkan betapa banyak yang boleh dilakukan dengan informasi ini seperti membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif, mencegah penyakit, mengelakkan reaksi berbahaya dan banyak lagi.

Adakah ujian DNA sudah dilakukan secara meluas di Malaysia?

Mungkin ia tidaklah begitu meluas jika dibandingkan di negara-negara luar seperti di United Kingdom dan sebagainya, namun ujian ini sudah mula diterima oleh masyarakat.

Pastikan anda mencari hospital atau organisasi yang mempunyai lesen dan pengalaman dalam melakukan ujian sebegini kerana tidak semuanya berlesen dan dibenarkan membuat ujian ini.

Ujian DNA di rumah

Sekarang, anda sudah boleh lakukan ujian ini di rumah anda sendiri. Bukankah itu hebat? Anda hanya perlu membeli kit ujian yang mula dijual di negara kita atau daripada farmasi berdekatan. Selepas itu, ikuti segala prosedur yang ditetapkan daripada cara mengumpulkan sampel sehinggalah cara menghantar kit itu untuk diuji oleh golongan pakar.

Jika anda kurang yakin akan kebolehan anda, lakukan sahaja ujian ini di hospital atau mana-mana organisasi yang lebih berpengalaman. Kerana, jika ia dilakukan secara salah di rumah, rugilah wang yang anda telah laburkan itu.

Kini, sudah semakin banyak syarikat yang membuat kit ujian bagi memudahkan individu mengumpulkan sampelnya sendiri. Namun, setiap satunya pastilah mempunyai kos tersendiri.

Ini adalah beberapa kit ujian DNA yang anda boleh dapatkan di pasaran.

1. CircleDNA Test Kit

Kit ujian ini dikatakan merupakan kit menyeluruh terbaik di dunia di mana ia boleh mengkaji lebih 20 kategori daripada DNA anda seperti diet, nutrisi, pengesanan kanser, risiko penyakit tertentu dan banyak lagi.

Setiap sampel diproses di makmal antarabangsa mereka menggunakan teknologi paling canggih yang ada. Namun, tempoh menunggu keputusannya mungkin sedikit lama berbanding kit ujian biasa tapi itu tidak mengapa kerana mereka menjamin akan keputusan yang dihasilkan.

2. MyHeritage DNA Test Kit

Dengan data daripada 42 etnik berbeza di seluruh dunia, kit ujian ini lebih memfokuskan pencarian tentang asal usul serta keturunan seseorang individu itu. Contohnya, anda berbangsa Melayu, tetapi setelah melakukan ujian ini, rupanya anda memiliki campuran etnik-etnik lain daripada keturunan anda terdahulu. Bukankah ia agak hebat untuk mengetahui maklumat sebegini?

Malah, keputusannya biasa sudah boleh didapati dalam tempoh 4 minggu selepas anda menghantar sampel anda. Jadi, selepas ini, anda bolehlah mencari tahu akan keturunan anda dengan lebih jelas.

3. Rapid DNA Paternity Test Kit

Berdasarkan namanya, ujian kit ini boleh memberikan keputusannya seawal 2 hari sahaja! Ini kerana, setiap sampel akan dikaji secara berasingan oleh dua kumpulan yang berpengalaman bagi menguji kesahihannya.

Malah, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kit tersebut, duit anda akan dipulangkan semula. Serta, setiap informasi individu adalah bersifat peribadi dan hanya boleh diakses melalui laman web mereka yang dijamin selamat.

Tips sebelum melakukan ujian DNA

Ini adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu mempersiapkan diri anda sebelum melakukan ujian DNA. Tapi, bagi sebarang maklumat atau pemahaman lebih lanjut, dapatkan nasihat daripada golongan pakar.

  1. Dapatkah pemahaman berkenaan ujian DNA

Ketahui dahulu segala proses yang terlibat serta bagaimana keputusannya boleh mengimpak kehidupan anda. Janganlah anda secara membuta tuli melakukannya atas suka-suka sahaja. Kos yang diperlukan tidaklah murah jadi lakukan ujian kerana keperluan.

  1. Ketahui bahawa adanya sisi buruk ujian DNA

Keputusan ujian DNA anda seharusnya bersifat peribadi kecuali jika dibenarkan untuk dikongsi oleh individu terbabit. Kadangkala, ada syarikat yang mengambil kesempatan dengan menjual informasi pelanggan mereka sendiri.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia sekiranya keputusan anda tidak menunjukkan hasil seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, jika ia menunjukkan bahawa adanya kehadiran kanser, anda harus bersedia dan menerima keputusan itu. Ada individu yang mungkin menjadi lebih kuat dan berjuang, namun ada juga yang terus putus asa dan semakin merosot.

  1. Pilih servis ujian DNA yang betul

Cari maklumat tentang penyedia ujian DNA dengan teliti sebelum anda memilih sesebuah servis. Pastikan mereka diiktiraf dan berpengalaman dalam bidang ini. Malah, anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang prestasi sesebuah organisasi atau penyedia servis ini melalui maklum balas daripada pelanggan-pelanggan sebelumnya jika ada.

JADI,

Setiap ujian itu ada baik buruknya. Jika anda benar-benar ingin mengetahui lebih lanjut tentang DNA anda, cubalah ujian ini. Namun, ketahui bahawa kosnya mungkin agak tinggi dan boleh berubah mengikut polisi tertentu.

Harganya boleh mencecah ribuan ringgit dan ke atas, jadi lakukannya jika anda berkemampuan. Ia bukanlah satu keperluan, jadi jangan berasa seperti anda “terpaksa” melakukannya.

SUMBER

https://medlineplus.gov/genetics/understanding/testing/genetictesting

https://www.insider.com/what-a-dna-test-can-tell-you-2019-6

https://www.dantelabs.com/blogs/blog/5-benefits-of-dna-testing

https://howtofinancemoney.com/dna-testing-malaysia

Summary
Ujian DNA boleh menentukan asal usul anda dari A sampai Z?!
Article Name
Ujian DNA boleh menentukan asal usul anda dari A sampai Z?!
Description
Ujian DNA memfokuskan untuk mengkaji perubahan dalam kromosom, genetik atau protein individu. Ingin ketahui lebih lanjut tentang DNA anda, jom lakukannya!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: