ujian darah penyakit berjangkit
Ujian darah penyakit berjangkit mengesan bendasing seperti bakteria, virus dan mikroorganisma lain dalam darah anda.

Ujian darah penyakit berjangkit adalah ujian yang mengesan bendasing seperti bakteria, virus dan mikroorganisma lain dalam darah anda.

Patogen-patogen ini dalam saluran darah anda boleh menandakan jangkitan darah. Manakala, pengkulturan darah yang positif pula bermaksud anda mempunyai bakteria atau virus tertentu dalam darah anda.

Jenis jangkitan ini melibatkan darah yang beredar dalam seluruh badan anda. Bakteria yang bermula pada kulit atau dalam paru-paru, air kencing, atau saluran gastrousus adalah sumber biasa jangkitan.

Selain itu, ujian darah ini melibatkan pengeluaran darah mudah.

Sebuah makmal akan menguji sampel darah anda dan menghantar keputusannya kepada doktor anda yang akan menggunakan maklumat tersebut untuk membantu menentukan sebarang perkara yang perlu dilakukan untuk merawat keadaan itu.

Tujuan ujian darah

Ujian darah dipesan apabila doktor anda mengesyaki anda mungkin mempunyai jangkitan. Adalah penting untuk menguji jangkitan supaya anda boleh punca sebenar keadaan yang anda alami  dengan lebih mendalam.  

Keputusan ujian akan menentukan organisma atau virus apa yang menyebabkan jangkitan anda dan rawatan yang terbaik.

Ujian darah biasanya dilakukan bagi mengesan penyakit berjangkit seperti:

Rubella

Ujian antibodi IgG dan IgM rubella ini menentukan sama ada anda sudah divaksin untuk rubella atau mempunyai imuniti terhadapnya atau dijangkiti rubella.

Ujian darah ini mengesan jika anda telah divaksin dengan vaksin rubella atau tidak dengan cara mengesan kehadiran atau ketiadaaan antibodi IgG bagi virus tersebut.

Selain itu, ia juga boleh mengesan jika seseorang yang tidak divaksin mempunyai jangkitan tersebut berdasarkan kehadiran atau ketiadaan antibodi IgG dan IgM bagi virus itu.

Sekiranya seseorang tidak diimunisasi mendapat jangkitan Rubella, namun jangkitannya tidak aktif, mereka memeliki antibodi IgG, manakala indovidu yang mempunyai jangkitan Rubella ynag aktid akan mempunyai antibodi IgM.

Virus Rubella menyebabkan campak yang biasanya mengakibatkan ruam, walau bagaimanapun, jika dijangkiti sejak usia janin, virus Rubella boleh menyebabkan sindrom rubella kongenital yang boleh membawa kepada kematian, malformasi, kepekakan, dan kecacatan mental janin.

Virus Zika

Virus zika disebarkan melalui nyamuk Aedes yang dijumpai di lokasi-lokasi tropika. Ujian makmal ini digunakan untuk mengesan RNA virus zika dalam darah.

Virus zika telah dilaporkan di sebanyak 48 buah negara atau kawasan di Amerika dan dijangka akan tetap merebak ke Amerika Syarikat. Selain itu, Zika juga boleh disebarkan secara seksual dan ia boleh tinggal dalam air mani lelaki dan saluran kelamin wanita.

Ujian Darah Penyakit Jangkitan Seksual

Ujian darah juga boleh mendiagnosis penyakit jangkitan seksual tertentu yang disebabkan virus. Antaranya termasuklah:

  • HIV: Ujian generasi keempat antigen/antibodi berganda HIV mengesan HIV jenis 1 dan HIV jenis 2 dengan cara mengesan antibodi (protein dalam badan yang membantu melawan jangkitan) dan antigen p24 (protein khusus HIV) dalam darah.

  • Herpes Jenis 1 dan Jenis 2: Ujian darah Herpes jenis 1 dan jenis dua dilakukan dengan cara mengesan antibodi Immunoglobulin G (IgG) dalam darah.

  • Hepatitis A: Mengesan antibodi Imunoglobulin M (IgM) dalam darah untuk mendiagnosis jangkitan Hepatitis A baru atau akut.

  • Hepatitis B: Ujian darah ini mengesan antigen permukaan Hepatitis B (HBsAg) dalam darah. HBsAg adalah penanda awal bagi jangkitan hepatitis B, jadi ujian ini boleh mengesan jangkitan akut dan kronik.

  • Hepatitis C: Ujian darah ini juga dikenali sebagai Ujian Anti-HCV, ia mengesan antibodi Hepatitis C dalam darah dan mendiagnosis jangkitan Hepatitis C.

TB (Tuberkulosis)

TB adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman yang merebak daripada seorang individu ke individu yang lain melalui udara.

Ia selalunya menjejaskan paru-paru, tetapi kadangkala turut menjejaskan bahagian badan lain seperti otak, buah pinggang atau tulang belakang.

Seseorang yang menghidap TB boleh meninggal dunia jika penyakitnya tidak dirawat. Kebiasaannya, apabila seseorang dijangkiti kuman TB yang aktif, kumannya akan berganda dan memusnahkan tisu dalam badan.

TB boleh berjangkit jika ia berada di dalam paru-paru atau tekak. Apabila keputusan ujian biberikan kepada dktor, ia akan dipreskripsikan dengan rawatan TB.

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

Sumber:

Summary
Ujian Darah Penyakit Berjangkit
Article Name
Ujian Darah Penyakit Berjangkit
Description
Ujian darah penyakit berjangkit adalah ujian yang mengesan bendasing seperti bakteria, virus dan mikroorganisma lain dalam darah anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: