Now Reading
Ujian Darah Artritis Reumatoid

Ujian Darah Artritis Reumatoid

ujian darah arthritis reumatoid

Ujian darah artritis reumatoid dijalankan dengan beberapa ujian darah berbeza untuk mendiagnosis Artritis Reumatoid dan keradangan lain.

Ujian darah biasanya mengambil masa yang singkat. Doktor anda akan menghantar anda ke makmal di mana seorang staf akan memasukkan jarum ke dalam urat anda.

Mereka akan mengambil darah dalam beberapa tiub. Ujian ini mengambil masa beberapa hari dan doktor anda akan menghubungi anda untuk memberitahu tentang keputusan anda.

Kebanyakan ujian darah artritis reumatoid termasuklah:

Faktor Reumatoid

Faktor artritis reumatoid adalah sekumpulan protein yang dihasilkan oleh badan anda apabila sistem imun anda menyerang tisu sihat.

Jumlah normal: 0-2- u/mL

Jumlah tinggi: 20 u/mL atau lebih tinggi

Seramai 70% hingga 90% individu dengan bacaan yang tinggi mempunyai artritis reumatoid. Tetapi, individu yang tidak mempunyai artritis reumatoid boleh mempunyai faktor reumatoid.

Secara umum, jika anda mempunyai artritis reumatoid tetapi bacaan faktor reumatoid anda tidak tinggi, penyakit anda adalah lebih ringan. Faktor reumatoid mungkin kekal tinggi walaupun anda semakin pulih.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

  • Jangkitan kronik
  • Bacterial endocarditis
  • Kanser
  • Kencing manis
  • Lupus
  • Sindrom sjogren

Anti-cyclic Citrullinated Peptide (Anti-CCP)

Badan anda menghasilkan protein apabila terdapat keradagan. Anda mungkin perlu melakukan ujian darah ini bersama Faktor Reumatoid.

Jumlah normal: 20 u/mL atau kurang

Ujian ini menawarkan kaedah untuk mengesan artritis reumatoid pada tahap awal. Parasnya agak tinggi bagi individu yang mempunyai artritis reumatoid atau individu yang hampir mendapatkannya.

Ujian yang positif bermaksud anda mempunyai 97% risiko mempunyai artritis reumatoid. Jika anda mempunyai antibodi anti-CCP, artritis reumatoid anda mungkin lebih teruk.

Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR)

Kelajuan sel darah anda tergumpal dan jatuh bersama di bahagian bawah tabung uji dalam masa satu jam. Doktor anda mungkin memanggil ini sebagai kadar deposit (sedimentation rate).

Jumlah yang normal:

  • Lelaki bawah umur 50 tahun: 0-15 mm/h
  • Lelaki melebihi umur 50 tahun: 0-20 mm/h
  • Wanita bawah umur 50 tahun: 0-20 mm/h
  • Wanita melebihi umur 50 tahun: 0-30 mm/h

Dalam individu yang sihat kadar ESR adalah rendah. Keradangan akan membuatkan sel darah menjadi lebih berat jadi ia akan jatuh dengan lebih cepat.

Bacaan melebihi 100 mm/h bermaksud anda mungkin mempunyai artritis reumatoid yang aktif.

Keadaan lain yang anda mungkin alami: Kadar ESR yang tinggi tidak menunjukkan sebarang penyakit tertentu, tetapi ia adalah petanda umum bagi jumlah keradangan dalam badan.

Ia mungkin dikaitkan dengan aktiviti penyakit yang mungkin anda alami seperti:

Protein C-Reaktif (CRP – C-Reactive Protein)

Hati anda menghasilkan protein jika terdapat artritis reumatoid atau keradangan.

Jumlah normal: Kurang daripada 10 miligram setiap liter, tetapi keputusannya berbeza dari seorang individu ke individu lain dan makmal ke makmal.

Paras CRP cenderung naik sebelum anda menunjukkan simptom, jadi ujian ini membantu doktor mencari tanda awal penyakit. Paras CRP yang tinggi menandakan keradangan atau kecederaan serius dalam badan anda.

Doktor juga menggunakan ujian ini setelah anda didiagnosis untuk memantau aktiviti penyakit anda dan untuk memahami keberkesanan rawatan anda.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

Antibodi Antinuklear (ANA)

Rangkaian ujian ini mengukur kehadiran antibodi abnormal tertentu dalam darah anda.

Jumlah normal: Ujian ini diujur dalam titer, nisbah untuk campuran paling rendah bagi larutan dan bahan di mana reaksi terjadi. Bacaan 1:40 (atau 1 bahagian antibodi kepada 40 bahagian larutan) adalah negatif.

Jika ANA adalah positif, anda mungkin mempunyai penyakit autoimun. Tetapi ujian ini sahaja tidak boleh mengesahkan diagnosis anda. Sekiranya ANA anda negatif, anda tidak mempunyai penyakit tersebut.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

  • Lupus
  • Skleroderma
  • Sindrom Sjogren

HLA-B27

Ujian ini mengukur protein pada permukaan sel darah putih.

Jumlah normal: Keputusan yang negatif bermaksud HLA-B27 tiada dalam darah anda.

HLA-B27 adalah gen yan dikaitkan kepada sekumpulan keadaan (penanda genetik) yang diketahui sebagai spondyloarthropathies. Ia melibatkan sendi dan tempat di mana ligamen dan tendon melekat pada tulang anda.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

  • Ankylosing spondylitis
  • Juvenile arthritis
  • Psoriatic arthritis
  • Sindrom Reiter (arthritis reaktif)

Kiraan darah lengkap (CBC – Complete Blood Count)

Ujian ini mengukur:

  • Sel darah merah, yang membawa oksigen daripada paru-paru ke badan
  • Sel darah putih yang melawan jangkitan
  • Hematocrit, ukuran jumlah sel darah merah dalam sistem badan anda
  • Hemoglobin, protein yang membantu darah membawa oksigen
  • Platelet, membantu pembekuan darah

Jumlah normal:

  • Sel darah merah 3.93 hingga 5.69 juta setiap milimeter kubik (million/mm3)
  • Sel darah putih: 4.5 hingga 11.1 ribu setiap milimeter kubik (ribu/mm3)
  • Hematocrit:
  • Lelaki – 36% hingga 52%
  • Wanita – 34% hingga 46%
  • Hemoglobin:
  • Lelaki – 13.2 hingga 17.3 gram setiap desiliter (g/dL)
  • Wanita – 11.7 hingga 16.1 g/dL
  • Platelet: 150 hingga 450 ribu/mm3

Ujian ini membantu doktor menentukan jika rawatan anda atau artritis reumatoid yang menyebabkan masalah lain seperti anemia. Ia juga memeriksa kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.

Keadaan lain yang anda mungkin ada:

  • Jangkitan
  • Leukemia

Creatine Kinase (CK)

Ujian ini mengukur paras enzim otot, creatien phosphoskinase (CPK)

Jumlah normal: Parasnya berbeza mengikut umur, jantina dan bangsa. Doktor akan memberitahu anda apa maksud keputusan anda.

Anda mungkin mempunyai penyakit keradangan otot. Paras CPK yang tinggi juga berlaku selepas trauma, suntikan kepada otot, penyakit otot akibat thiroid yang kurang aktif, dan sewaktu mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat penurun kolesterol yang digelar statin.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

Complement

Ujian ini mengukur lebih daripada 30 jenis protein darah yang bekerjasama dalam sistem imun anda sewaktu tindak balas ekradangan. Protein complement boleh dihabiskan sewaktu proses ini.

Jumlah normal:

  • Serum CH50: 30-75U/ml (unit setiap mililiter)
  • Serum C3:
  • Lelaki – 88 hingga 252 mg/dL (miligram setap desiliter)
  • Wanita: 88 hingga 206 mg/dL
  • Serum C4:
  • Lelaki – 12 hingga 72 mg/dL
  • Wanita 13 hingga 75 mg/dL

Paras rendah ketiga-tiga komponen tersebut menunjukan Lupus dan Vaskulitis atau pembuluh darah yang meradang. Ia juga memberi petunjuk tentang Artritis Reumatoid.

Jika anda mempunyai Lupus dengan Penyakit buah pinggang, doktor anda mungkin meneruskan ujian ini kerana peningkatan dan penurunan parasnya bergantung pada aktviti penyakit.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

Cryoglobulin

Ia mengukur protein yang bergumpal bersama apabila didedahkan kepada suhu sejuk dan melarut apabila hangat.

Terdapat tiga jenis cryoglobulin:

  • Jenis I lebih umum dalam kanser
  • Jenis II selalu dikihat dengan hepatitis C atau jangkitan viral
  • Jenis III kemungkinan memberi petunjuk penyakit autoimun

Jumlah normal: Keputusan yang negatif. Tiada cyroglobulin dalam darah anda.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

  • Hepatitis B dan C
  • HIV
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit Lyme
  • Lupus
  • Myeloma pelbagai
  • Sindrom Sjogren

Antineurotrophil Cystoplasmic Antibodies (ANCA)

Ujian ini mengukur protein yang menyerang sel darah putih.

Jumlah normal: Keputusan yang negatif (tiada antibodi dalam darah) atau titer yang kurang daripada 1:20

Anda mungkin mempunyai vaskulitis atau pembuluh darah yang meradang. Anda akan menjalani ujian ini selepas anda didiagnosis juga. Ia membantu doktor mengetahu perkembangan penyakit anda, walaupu kaitannya dengan aktiviti penyakit tidak begritu sempurna.

Keadaan lain yang mungkin anda alami:

  • Granulomatosis bersama polyangiitis
  • Polyangiitis mikroskopik
  • Sindrom Churg-Strauss

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

Sumber:

error: Content is protected !!