Now Reading
Udang Goreng Tepung: 3 Resepi Yang Menyelerakan

Udang Goreng Tepung: 3 Resepi Yang Menyelerakan

udang goreng tepung

Udang goreng tepung sememangnya hidangan yang menjadi pilihan bagi penggemar makanan laut. Luaran yang rangup dan isinya yang berjus fuh sangat mengeliurkan ramai orang. Anda boleh sahaja membeli hidangan ini di kedai-kedai. Namun, kebanyakkannya menyalut udang dengan tepung yang tebal jadi, jom kita buat sendiri di rumah dengan belajar 3 resepi udang goreng tepung yang mudah ini.

1) Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan:-

  • Udang mentah 2kg (dikupas)
  • 1/2 cawan tepung
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk bawang putih
  • minyak sayuran untuk menggoreng
  • sos cili untuk mencicah

Kaedah Penyediaan:

1. Gunakan tuala kertas untuk menepuk udang sehingga kering. Salutkan udang dengan garam, lada hitam dan serbuk bawang putih.

2. Gunakan tiga pinggan. Dalam satu pinggan, masukkan 1/2 cawan tepung. Dalam kuali lain masukkan 2 biji telur, pukul sebati. Dalam pinggan ketiga masukkan 1 dan 1/2 cawan serbuk roti.

3. Celupkan setiap udang ke dalam tepung, kemudian telur, kemudian serbuk roti. Gunakan jari anda untuk menekan serbuk roti ke setiap isi udang.

4. Tuang dan panaskan minyak untuk menggoreng kira-kira dua inci sekitar 176 darjah celcius.

5. Goreng udang secara berkala, goreng kira-kira 6 udang pada satu masa. Udang akan masak dengan cepat! Apabila berwarna perang keemasan, gunakan spatula untuk mengeluarkannya dari kuali, dan pindahkan ke pinggan yang telah dilapik dengan tuala kertas. Teruskan menggoreng udang secara berkala sehingga semua udang digoreng dan berwarna perang keemasan.

6. Hidangkan dengan sos cili

7. Selamat menjamu selera

2) Udang Goreng Tepung Menggunakan Air Fryer

Bahan-bahan:-

  • Udang
  • Tepung goreng serbaguna Bestari
  • Serbuk roti
  • Telur

Kaedah Penyediaan:

1) Celup udang dalam tepung. Kemudian celup pula dalam telur. Lepas tu celup semula ke dalam tepung. Ulang dengan celup semula ke dalam telur. Akhir sekali ratakan dengan serbuk roti. Susun dalam air fryer. Gunakan suhu 165 darjah dalam masa 5-6 minit.

2) Titiskan setitik dua minyak pada udang untuk tambah lagi kerangupan .

3) Selamat mencuba!

3) Udang Goreng Tepung Tempura

Bahan-bahan:-

  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan air sejuk + ketulan ais
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • 1 cawan tepung gandum
  • Udang
  • Sayur-sayuran seperti labu, asparagus, benci, lobak

Kaedah Penyediaan:

  1. Udang dikupas kulit. Dipotong tapi tak putus bahagian bawah udang dan tarik urat hitam menggunakan pencungkil gigi.

2. Lapkan dengan kitchen towel. Taburkan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung. Gaul sebati dan ketepikan. Untuk sayur-sayuran pula, potong ikut suka.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan betul-betul  sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak. Masukkan ais kiub seketul dua sekali). Letak garam sedikit. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick.

4. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Celupkan udang dan sayur-sayuran ke dalam tepung dan goreng hingga kuning keemasan.

5. Angkat dan toskan sebelum dihidang untuk membuang lebihan minyak.

Anda sudah pelajari 3 resepi udang goreng tepung yang mudah dah ringkas. Pasti anda akan gembira dengan hasilnya kelak! Selamat mencuba.

SUMBER:

1) https://www.yummly.com/recipe/Crunchy-Fried-Shrimp-2201209

2) https://cookpad.com/my/recipes/11412228-udang-celup-tepung-air-fryer?ref=search&search_term=udang%20celup%20tepung

3) http://hanamemories.blogspot.com/2010/04/japanese-tempura-mini-tendon.html

error: Content is protected !!