kad hari guru

Kad hari guru merupakan hadiah paling istimewa yang boleh diberikan oleh para pelajar kepada guru mereka sebagai tanda terima kasih.

Setiap tahun, pasti sekolah akan mengadakan sambutan Hari Guru untuk meraikan pengorbanan para guru yang bersusah payah mengajar anak bangsa.

Jadi, kita sebagai para pelajar haruslah menghargai para guru dengan memberikan kad hari guru atau jika ada duit lebih, boleh la kita membeli hadiah untuk mereka.

Jika kanak kanak tadika mahupun sekolah rendah, pasti mereka akan teruja untuk membuat kad hari guru. Oleh itu, marilah kita lihat cara cara untuk membuat kad hari guru.

Cara cara membuat kad hari guru

  1. Tentukan reka bentuk

Anda boleh membuat pelbagai corak dan reka bentuk kad anda untuk semua guru anda. Jika anda mahukan kelainan, anda boleh mencuba pelbagai corak yang akan menjadikannya lebih istimewa untuk guru anda.

Namun jika anda kekurangan idea, tidak mengapa jika anda menggunakan corak yang sama untuk setiap kad anda.

2. Sediakan bahan.

Selepas membuat keputusan tentang corak dan reka bentuk kad anda, anda perlu dapatkan semua bahan yang diperlukan. Antara bahan asas yang diperlukan untuk membuat kad ialah:

  • Manila kad
  • Pensil warna
  • Krayon
  • Pen marker
  • Pen warna warni
  • Gam
  • Kertas warna
  • Gunting

3. Potong kad

Pertama sekali, anda perlu memotong kad mengikut bentuk yang anda mahukan sama ada bentuk petak ataupun bulat.

4. Tulis ucapan

Setelah siap memotong kad, anda boleh menulis ucapan yang anda mahu sampaikan kepada guru anda, Pastikan ucapan anda istimewa!

5. Hias kad tersebut

Setelah siap menulis ucapan, anda boleh menghias kad anda mengikut kreativiti anda. Jangan hadkan idea anda dan hias sahaja kad tersebut.

Ucapan yang boleh dituliskan oleh pelajar pada kad hari guru

  • Terima kasih di atas semua kata-kata motivasi yang anda berikan
  • Terima kasih kerana selalu mempercayai saya.
  • Terima kasih kerana menjadikan masa depan saya kelihatan lebih cerah.
  • Saya sangat bersyukur menjadi pelajar anda.
  • Anda layak mendapat pengiktirafan atas semua pengorbanan yang anda buat.
  • Anda lebih dari sekadar guru kepada saya.
  • Mempunyai guru seperti anda adalah rahmat dari Tuhan.
  • Terima kasih kerana mengubah dunia saya.
  • Anda adalah guru yang luar biasa dan anda hanya berhak mendapat yang terbaik.
  • Anda adalah inspirasi, panduan dan lilin untuk hidup saya. Saya sangat berterima kasih kerana anda adalah guru saya.
  • Terima kasih kerana menolong saya semampu yang anda boleh.
  • Dunia memerlukan lebih banyak guru seperti anda!
  • Terima kasih kerana mencabar saya untuk berfikir lebih jauh, bekerja lebih keras dan impikan lebih besar.
  • Tanpa anda sebagai guru saya, saya tidak akan dapat mencapai apa yang saya ada.
  • Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya, saya akan sentiasa mengingati anda.

Ucapan yang boleh ditulis oleh para ibu bapa pada kad hari guru

  • Terima kasih kerana mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan positif untuk anak saya.
  • Terima kasih atas kerja keras anda dan bantuan yang anda berikan untuk anak kami tahun ini.
  • Anda telah memberi pengaruh positif kepada anak kami, jadi terimalah hadiah dan kad hadiah kecil kami sebagai ucapan terima kasih kerana memberi inspirasi kepadanya setiap hari.
  • Terima kasih kerana meletakkan hati dan jiwa anda dalam tugas anda. Kesungguhan anda memberi inspirasi kepada kami.
  • Terima kasih banyak kerana begitu prihatin dan sabar terhadap anak saya. Kami sangat bersyukur dan kami tahu dia akan sentiasa mengingati anda.
  • Terima kasih untuk sepanjang masa yang anda habiskan untuk membuat kelas menarik dan menggembirakan yang sangat disukai oleh anak kami.
  • Guru yang baik mengajar tetapi guru yang hebat memberi inspirasi.
  • Terima kasih kerana bersabar dengan anak saya.
  • Terima kasih kerana membuat anak saya menjadi lebih yakin.
  • Anda adalah guru terbaik buat anak saya.

Begitulah cara membuat kad hari guru dan beberapa contoh ucapan yang anda boleh tuliskan di dalamnya. Selamat mencuba!

Sumber

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/events/happy-teachers-day-2018-greeting-cards-wishes-quotes-thoughts-messages-status-and-images-happy-teachers-day-2018-wishes-quotes-greeting-cards/articleshow/65671952.cms

https://www.funkypigeon.com/blog/what-to-write-in-a-thank-you-card-for-teacher/

https://www.wikihow.com/Make-a-Homemade-Teacher%27s-Day-Card

Tagged: