ubat untuk merawat gout
Gout adalah sejenis keadaan arthritis yang biasa menyebabkan kesakitan, bengkak dan kekejangan pada sendi.

Apakah itu Gout?

Gout adalah sejenis keadaan arthritis yang biasa menyebabkan kesakitan, bengkak dan kekejangan pada sendi. Ia selalunya mempengaruhi sendi di jari kaki.

Serangan gout dapat terjadi dengan cepat dan terus berulang dari masa ke masa, perlahan-lahan merosakkan tisu di kawasan keradangan dan boleh menjadi sangat menyakitkan. Hipertensi, kardiovaskular dan obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit gout.

Gejala Gout

Tanda dan gejala gout hampir selalunya berlaku secara tiba-tiba, dan sering menyerang pada waktu malam. Ia merangkumi:

  • Sakit sendi yang sengit. Gout biasanya mempengaruhi sendi besar di jari kaki anda, tetapi boleh terjadi pada sendi mana pun. Sendi lain yang sering terjejas termasuklah pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari. Kesakitan mungkin paling teruk dalam empat hingga 12 jam pertama selepas ia bermula.
  • Ketidakselesaan yang berlarutan. Setelah kesakitan yang paling teruk hilang, beberapa ketidakselesaan sendi mungkin berlangsung dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Serangan kemudian mungkin akan bertahan lebih lama dan mempengaruhi lebih banyak sendi.
  • Keradangan dan kemerahan. Sendi yang terjejas boleh menjadi bengkak, lembut, hangat dan kemerahan.
  • Julat pergerakan terhad. Semasa gout terjadi, anda mungkin tidak dapat menggerakkan sendi anda secara normal.

Apakah rawatan yang ada?

Sebilangan besar kes gout dirawat dengan penggunaan ubat. Ubat dapat digunakan untuk mengubati gejala serangan gout, mencegah pengulangan keadaan sama di masa depan dan mengurangkan risiko komplikasi gout seperti batu karang dan perkembangan tophi.

Ubat untuk merawat serangan gout

Ubat yang digunakan untuk merawat serangan akut dan mencegah serangan di masa depan termasuk:

  • Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID)

NSAID merangkumi pilihan bebas seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain) dan naproxen sodium (Aleve), serta NSAID preskripsi yang lebih kuat seperti indomethacin (Indocin) atau celecoxib (Celebrex).

Doktor mungkin menetapkan dos yang lebih tinggi untuk menghentikan serangan akut, diikuti dengan dos harian yang lebih rendah untuk mencegah serangan gout di masa hadapan. Namun begitu, NSAID boleh membawa risiko berlakunya sakit perut, pendarahan dan bisul.

  • Colchicine

Doktor mungkin mengesyorkan anda untuk mengambil colchicine (Colcrys, Mitigare), sejenis ubat tahan sakit yang berkesan dalam mengurangkan sakit gout. Keberkesanan ubat ini mungkin diimbangi dengan kesan sampingan seperti mual, muntah dan cirit-birit, terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi.

Setelah serangan gout akut hilang, doktor mungkin menetapkan dos colchicine harian yang rendah untuk mencegah serangan pada masa hadapan.

  • Kortikosteroid

Ubat kortikosteroid seperti ubat prednison, dapat mengawal keradangan dan sakit gout. Kortikosteroid mungkin didapati dalam bentuk pil, atau boleh disuntik ke sendi anda.

Seterusnya, kortikosteroid biasanya digunakan hanya pada individu dengan keadaan gout yang tidak dapat mengambil NSAID atau colchicine sahaja. Kesan sampingan penggunaan kortikosteroid mungkin termasuk perubahan emosi, peningkatan kadar gula darah dan tekanan darah tinggi.

Ubat untuk mencegah komplikasi gout

Sekiranya anda mengalami beberapa kali serangan gout setiap tahun, atau jika serangan gout anda kurang kerap berlaku tetapi sangat menyakitkan, doktor mungkin mengesyorkan anda mengambil ubat untuk mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengannya. Jika anda sudah mempunyai bukti kerosakan akibat gout pada sinar-X sendi, atau anda mempunyai tophi, penyakit buah pinggang kronik atau batu karang, ubat-ubatan sebegini yang dapat membantu menurunkan kadar asid urik badan anda mungkin disyorkan. Pilihan yang ada termasuk:

  • Ubat yang menyekat pengeluaran asid urik

Ubat yang disebut ‘xanthine oxidase inhibitor’ (XOI), termasuk allopurinol (Aloprim, Lopurin, Zyloprim) dan febuxostat (Uloric), boleh membatasi jumlah asid urik yang dihasilkan oleh badan anda. Ini boleh menurunkan kadar asid urik darah dan mengurangkan risiko anda mengalami gout.

Kesan sampingan allopurinol termasuk ruam dan jumlah darah yang rendah. Kesan sampingan febuxostat pula termasuk ruam, mual, fungsi hati yang berkurangan dan peningkatan risiko kematian yang berkaitan dengan jantung.

  • Ubat yang meningkatkan penyingkiran asid urik

Ubat-ubatan ini yang disebut uricosurics, termasuklah probenecid (Probalan) dan lesinurad (Zurampic). Ubat uriocosurics dapat meningkatkan keupayaan buah pinggang anda untuk mengeluarkan asid urik dari badan anda. Ini boleh menurunkan kadar asid urik dan mengurangkan risiko anda mengalami gout, tetapi tahap asid urik dalam air kencing anda boleh meningkat. Kesan sampingannya termasuklah ruam, sakit perut dan batu karang. Lesinurad pula boleh diambil hanya bersama dengan XOI.

Bagaimana cara untuk mencegah Gout?

Bersama dengan penggunaan ubat tertentu, doktor akan mungkin mencadangkan cara lain untuk mencegah serangan gout seperti:

  • Bersenam dan makan makanan yang seimbang untuk mengawal berat badan anda.
  • Minum banyak air.
  • Jauhi minuman yang bergula.
  • Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan, terutamanya bir.
  • Makan kurang daging, terutama bahagian hati dan ‘sweetbread’ serta makanan laut. Dapatkan protein anda daripada makanan seperti produk tenusu rendah lemak iaitu produk seperti yogurt, keju dan susu.

Melakukan perubahan gaya hidup ini dapat membantu anda mengatasi serangan dan mencegah serangan gout di masa hadapan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gout/diagnosis-treatment/drc-20372903

https://www.medicalnewstoday.com/articles/144827

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gout/symptoms-causes/syc-20372897

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK507008

https://www.webmd.com/arthritis/understanding-gout-treatment

Summary
Ubat untuk merawat gout
Article Name
Ubat untuk merawat gout
Description
Gout adalah sejenis keadaan arthritis yang biasa menyebabkan kesakitan, bengkak dan kekejangan pada sendi. Jom ketahui ubat gout yang anda boleh dapatkan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: