Ubat Darah Tinggi
Terdapat pelbagai ubat berbeza yang membantu merawat tekanan darah tinggi. Ubat untuk jenis penyakit ini dipanggil anti hipertensif.

Terdapat pelbagai ubat berbeza yang boleh membantu merawat tekanan darah tinggi. Ubat untuk jenis penyakit ini dipanggil sebagai anti-hipertensif. Ia dibahagikan kepada pelbagai kategori, dengan fungsi yang berbeza dan menyebabkan kesan sampingan yang berbeza.

Dengan pelbagai pilihan yang ada, memilih ubat yang terbaik untuk anda mungkin mengambil masa dan kesabaran. Doktor akan cuba untuk menberi rawatan terbaik untuk anda, di mana ia mungkin perlu melibatkan satu atau lebih ubat.

Malah, anda mungkin perlu mengambil ubat untuk merendahkan tekanan darah sekiranya perubahan gaya hidup anda tidak membantu dalam permasalahan itu.

Jom kita baca mengenai ubat darah tinggi iaitu salah satu rawatan hipertensi yang membantu dalam masalah jantung.

Ubat Darah Tinggi Yang Sering Digunakan

Selalunya pada tempoh permulaan, hanya satu jenis ubat akan digunakan. Dua ubat mungkin diambil jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi peringkat kedua.

Beberapa jenis ubat digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Doktor anda akan menentukan ubat mana yang sesuai untuk anda. Anda juga mungkin perlu mengambil lebih daripada satu jenis ubat jika dikendaki.

Setiap jenis ubat tekanan darah tinggi yang tersenarai di bawah mempunyai jenama dan nama generik berbeza.

– Diuretik

Diuretik adalah antara ubat yang sering digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia boleh membantu buah pinggang merembes keluar lebihan air dan garam.

Hal ini justeru mengurangkan jumlah darah yang perlu melalui saluran darah, bagi menurunkan tekanan darah anda.

Terdapat 3 jenis diuretik utama iaitu ‘thiazide’, ‘potassium-sparing’ dan ‘loop diuretics’. Thiazide diuretik secara umumnya mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding yang lain.

Ia adalah benar terutama ketika mereka mempreskripsikannya dalam dos rendah yang secara umum digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi tahap awal.

Thiazide diuretik selalunya menjadi pilihan ubat pertama tetapi bukanlah satu-satunya pilihan yang ada dalam perubatan tekanan darah tinggi. Thiazide diuretik ini termasuklah chlorthalidone, hydrochlorothiazide (Microzide) dan lain-lain.

Antara kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku adalah:

  • Sesetengah ubat ini mungkin menurunkan keperluan tubuh terhadap mineral potassium. Simptomnya adalah seperti kelemahan, kekejangan kaki atau kepenatan.
  • Sesetengah orang boleh mengalami serangan gout selepas rawatan berpanjangan menggunakan diuretik.
  • Individu yang mengalami diabetes mungkin mengalami peningkatan tahap gula dengan pengambilan ubat diuretik. Perubahan dos pengambilan ubat, diet, insulin atau anti-diabetik membantu menangani keadaan ini.
  • Mati pucuk mungkin berlaku.

– Penghalang Beta (Beta-blocker)

Penghalang beta berfungsi untuk menghalang sebarang tindakan kimia yang meransang jantung. Dengan ubat ini, ia membantu jantung anda untuk berdegup dengan kelajuan dan kekuatan yang rendah.

Penghalang beta termasuklah acebutolol (Sectral), atenolol (Tenormin) and lain-lain.

Penghalang beta tidak selalunya disarankan sebagai satu-satunya ubat yang dipreskripsikan, tetapi ia mungkin efektif apabila digabungkan dengan ubat tekanan darah yang lain.

Sesetengah kesan sampingan penghalang beta yang boleh berlaku adalah seperti:

  • Insomia
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kepenatan dan masalah tekanan
  • Degupan jantung perlahan
  • Simptom asma
  • Mati pucuk juga berkemungkinan berlaku

Jika anda mempunyai diabetes dan mengambil insulin, tindak balas anda terhadap rawatan perlulah dipantau dengan ketat.

Seterusnya, sekiranya anda dipreskripsikan dengan penghalang beta, dapatkan nasihat daripada pegawai perubatan jika anda ingin hamil atau mempunyai kemungkinan untuk hamil.

– Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitor

ACE inhibitor mengawal badan daripada menghasilkan hormon yang dipanggil angiotensin II, di mana ia boleh menyebabkan saluran darah semakin menyempit. Ubat ini merendahkan tekanan darah tinggi dengan membantu membuka saluran darah yang sempi terbuka bagi memudahkan darah untuk melaluinya.

Ubatan ini adalah seperti lisinopril (Zestril), benazepril (Lotensin), captopril (Capoten) dan ubat lain membantu saluran darah dengan menghalang pembentukan bahan kimia semula jadi yang menyempitkan saluran darah.

Individu dengan penyakit buah pinggang kronik mungkin memperoleh kebaikan daripada ACE inhibitor. Beberapa kesan sampingan ACE inhibitor yang mungkin berlaku adalah:

  • Ruam kulit
  • Hilang deria rasa
  • Batuk keras, kering yang kronik
  • Kerosakan buah pinggang yang jarang berlaku

Wanita yang mengambil ACE inhibitor atau ARB untuk merawat masalah tekanan darah tinggi tidak boleh hamil ketika ini. Jika anda mengambil ACE inhibitor atau ARB dan merasakan bahawa anda mungkin hamil, berjumpalah doktor anda dengan segera.

– Angiotensin II receptor blocker

Ia juga dipanggil sebagai ARB dan berfungsi dengan cara yang sama seperti angiotensin-converting enzyme inhibitor. Ubat ini menghalang kesan angiotensin, iaitu bahan kimia yang menyebabkan arteri menjadi sempit.

Angiotensin memerlukan saraf penerima untuk menyempitkan saluran darah. Jadi dengan penggambilan ARB, ia menghalang saraf penerima supaya angiotensin tidak dapat menyempitkan saluran darah.

Ini bermakna saluran darah sentiasa kekal terbuka dan tekanan darah dapat dikurangkan.

ARB termasuklah candesartan (Atacand), losartan (Cozaar) dan ubat lain. Individu dengan penyakit buah pinggang kronik mungkin boleh memperoleh kebaikan daripada ARB.

Kesan sampingan Angiotensin II receptor blocker yang berkemungkinan berlaku:

  • Kadangkala boleh menyebabkan pening

ARB tidak sepatutnya digunakan ketika anda hamil.

– Calcium channel blockers

Untuk bergerak, semua otot kita memerlukan kalsium untuk melalui jalan masuk dan keluar daripada sel otot. Apabila kalsium memasuki sel, ia boleh menyebabkan pengecutan kuat. Jadi dengan mengurangkan kadar kalsium, pengecutan jantung yang terjadi tidaklah begitu kuat.

Calcium channel blocker membantu menghalang kalsium daripada memasuki sel otot jantung dan saluran darah. Ini membuatkan jantung berdegup dengan tenang dan membantu saluran darah untuk relaks.

Hasilnya, tekanan darah anda berkurangan. Sesetengah kesan sampingan calcium channel blocker yang berkemungkinan adalah:

  • Rasa berdebar-debar
  • Buku lali bengkak
  • Sembelit
  • Pening kepala
  • Pening lalat

Ubat Tekanan Darah Yang Jarang Digunakan

– Alpha-blocker

Hormon catecholamine boleh mengikat pada bahagian sel yang dipanggil reseptor alfa. Apabila ini berlaku, saluran darah anda akan menyempit dan jantung anda akan berdegup pantas dengan tenaga yang banyak.

Ubat tekanan darah ini mengurangkan ketahanan arteri dan merelakskan kekuatan otot pada dinding vaskular. Alpha blocker termasuklah doxazosin (Cardura), prazosin (Minipress) dan lain-lain.

– Centrally acting drug (Central agonist)

Ubat tekanan darah ini memastikan otak tidak menghantar isyarat pada sistem saraf untuk merembeskan catecholamine. Hasilnya, jantung tidak berdegup dengan kuat dan pengaliran darah adalah lebih mudah serta mampu merendahkan tekanan darah.

Central agonist juga membantu menurunkan kemampuan saluran darah untuk menegang atau menyempit. Ia mengikuti laluan saraf berbeza daripada alpha dan beta blocker, tetapi berjaya merendahkan tekanan darah juga.

Contoh central agonist termasuklah:

  • Methyldopa (Aldomet)
  • Clonidine ( Catapres)
  • Guanfacine (Tenex)
  • Vasodilator

– Vasadilator

Ubat ini termasuklah hydralazine dan minoxidil, berfungsi secara langsung pada dinding atau arteri otot anda, menghalang otot daripada mengecut dan arteri daripada menyempit.

Vasadilator merelakskan otot pada dinding saluran darah, terutama arteri kecil yang dipanggil arteriol. Ini melebarkan saluran darah dan membantu darah mengalirkan melaluinya dengan lebih mudah. Hasilnya, tekanan darah anda menurun.

Contoh vasodilator termasuklah:

  • Hydralazine (Apresoline)
  • Minoxidil (Loniten)

– Renin inhibitor

Ubat tekanan darah baru ini dipanggil direct renin inhibitor (DRIs). Ubat ini menghalang bahan kimia dalam badan iaitu renin. Tindakan ini boleh membantu melebarkan saluran darah anda, dengan merendahkan tekanan darah.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/high-blood-pressure-hypertension-medication#treatment-plans

https://medlineplus.gov/ency/article/007484.htm

https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/changes-you-can-make-to-manage-high-blood-pressure/types-of-blood-pressure-medications

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/diagnosis-treatment/drc-20373417

Summary
Ubat Darah Tinggi : Rawatan Hipertensi
Article Name
Ubat Darah Tinggi : Rawatan Hipertensi
Description
Terdapat pelbagai ubat berbeza yang membantu merawat tekanan darah tinggi. Ubat untuk jenis penyakit ini dipanggil anti hipertensif.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: