Bisul
Bisul adalah luka yang dipenuhi nanah yang menyakitkan.

Ubat bisul pastinya dapat membantu anda untuk mengurangkan pembengkakan serta mengecutkan bisul tersebut.

Bisul adalah luka yang dipenuhi nanah dan menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekitar pinggang, muka, belakang leher, kaki atas, pangkal paha, punggung dan di bawah lengan.

Gumpalan bisul dikenali sebagai carbuncles tetapi perubahan ini jarang berlaku kepada kanak-kanak. Ini merupakan senarai rawatan dan ubat bisul untuk anda.

1. Rawatan antimicrobial

Bisul bersaiz kecil tidak memerlukan rawatan antimicrobial ini.

2. Demahan suam bergaram

Basahkan tuala dengan air suam yang bergaram. Perah kain dan demahkan pada bisul. Cara ini boleh mengurangkan sakit dan mengelakkan bisul bertambah bengkak serta melancarkan aliran nanah keluar.

3. Incision (hirisan)

Bisul mungkin perlu dihiris sedikit agar aliran nanah keluar, terutama apabila menjadi lebih teruk.

4. Antibiotik

Ubat bisul; antibiotik seperti krim atau salap Mupirocin (Bathroban), Fucidic, cecair Erythromycin 2% atau Clindamycin. Digunakan sebanyak 2 atau 3 kali sehari selama 7 hingga 10 hari. Hanya untuk bisul bersaiz kecil.

5. Antibiotik sistemik

  • Cloxacillin : 200-500 mg diambil secara oral pada setiap 6 jam (dewasa) / 25-50 mg/kg dibahagikan kepada 4 dos diambil secara oral (kanak-kanak.
  • Cephalexin : 250-500 mg diambil secara oral pada setiap 6 jam (dewasa) / 25-50 mg/kg dibahagikan kepada 4 dos diambil secara oral (kanak-kanak)
  • Climdamycin : 300-600 mg diambil secara oral pada setiap 6-8 jam / 10-30 mg/kg/sehari dibagikan kepada 3 hingga 4 dos diambil secara oral (kanak-kanak)
  • Rawatan antimicrobial dijalankan selama 7-10 hari.

SUMBER

Gambar daripada: https://www.islamituindah.my/petua-berkesan-mengeluarkan-nanah-pada-bisul-tanpa-rasa-sakit-secara-semulajadi/

Summary
Ubat Bisul
Article Name
Ubat Bisul
Description
Ubat bisul pastinya dapat membantu anda untuk mengurangkan pembengkakan serta mengecutkan bisul tersebut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: