tumor kelenjar air liur
Tumor Kelenjar Air Liur boleh terbentuk di mana-mana kelenjar air liur di dalam mulut, leher atau tekak.

Tumor Kelenjar Air Liur adalah jenis tumor yang jarang berlaku. Ianya bermula di dalam kelenjar air liur.

Tumor Kelenjar Air Liur boleh terbentuk di mana-mana kelenjar air liur di dalam mulut, leher atau tekak. Fungsi kelenjar air liur adalah menghasilkan air liur yang membantu dalam proses pencernaan, melembapkan mulut anda dan menyokong kesihatan gigi.

Setiap individu memiliki tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah dan di belakang rahang iaitu parotid, sublingual dan submandibular. Terdapat banyak kelenjar air liur kecil yang di bibir anda, di dalam pipi anda, dan di dalam seluruh mulut dan tekak anda.

Tumor Kelenjar Air Liur kerap terbentuk di kelenjar parotid, di mana pembentukannya di kawasan tersebut menyumbang hampir 85 peratus daripada semua tumor ini. Kira-kira 25 peratus daripada tumor parotid adalah kanser (malignan).

Simptom Tumor Kelenjar Air Liur

Tanda-tanda dan simptom Tumor Kelenjar Air Liur termasuklah:

  • Benjolan atau bengkak pada atau berhampiran rahang anda atau di leher atau mulut anda
  • Kebas di bahagian muka anda
  • Kelemahan otot pada satu sisi muka anda
  • Kesakitan berterusan di kawasan kelenjar air liur
  • Kesukaran untuk menelan
  • Masalah membuka mulut anda secara meluas

Punca Tumor Kelenjar Air Liur

Tumor Kelenjar Air Liur jarang berlaku, ia hanya menyumbang kurang daripada 10 peratus daripada semua kes tumor kepala dan leher. Puncanya terbentuk masih tidak jelas.

Doktor boleh mengesan kanser kelenjar air liur apabila beberapa sel dalam kelenjar air liur menghasilkan mutasi dalam DNA mereka. Mutasi membolehkan sel-sel berkembang dan membahagi dengan pesat. Sel-sel yang bermutasi tetap hidup walaupun sel-sel lain sudah mati. Sel-sel bermutasi yang terkumpul kemudiannya membentuk tumor yang boleh menyerang tisu berdekatan. Sel-sel kanser boleh memecahkan dan menyebar (metastasize) ke kawasan yang jauh dari badan.

Diagnosis Tumor Kelenjar Air Liur

  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan doktor. Doktor akan bertanya kepada pesakit tentang sejarah perubatan mereka dan memeriksa bahagian muka, mulut, dan kawasan sekitar rahang. Sekiranya mereka mendapati sebarang pembengkakan di kelenjar nodus limfa (lymph node), ia boleh menjadi tanda kanser.

Kelemahan otot atau rasa kebas pada wajah boleh menunjukkan bahawa kanser telah merebak ke saraf.

  • Ujian pengimejan. Doktor boleh melakukan ujian pengimejan untuk menentukan lokasi dan penyebaran sebarang penyakit. Beliau juga boleh mengesyorkan biopsi dilakukan untuk mengumpul dan menganalisis tisu dari kelenjar air liur.
  • Biopsi insisi. Dalam biopsi insisi, pakar perubatan akan membuat potongan kecil dan mengambil sampel tumor dan menghantarnya ke makmal untuk diperiksa.

Bergantung pada penemuan awal, doktor boleh mengesyorkan pembedahan untuk membuang dan menguji seluruh tumor sepenuhnya.

Faktor Risiko Tumor Kelenjar Air Liur

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan Risiko Tumor Kelenjar Air Liur termasuklah:

  • Umur lebih tua. Walaupun tumor kelenjar air liur boleh berlaku pada sebarang usia, ia biasanya berlaku pada individu dewasa yang lebih tua.
  • Pendedahan radiasi. Sinaran, seperti radiasi yang digunakan untuk merawat kanser kepala dan leher boleh meningkatkan risiko untuk mendapat tumor kelenjar air liur.
  • Pendedahan tempat kerja kepada bahan-bahan tertentu. Individu yang bekerja dengan bahan-bahan tertentu berisiko tinggi untuk memiliki Tumor Kelenjar Air Liur. Pekerjaan yang berkaitan dengan tumor kelenjar liur termasuklah yang terlibat dalam pembuatan getah, perlombongan asbestos dan paip.

Rawatan Tumor Kelenjar Air Liur

Rawatan untuk kanser air liur selalunya akan melibatkan pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, atau kombinasi ini.

– Pembedahan

Pembedahan merupakan bentuk rawatan utama untuk kanser kelenjar air liur. Pasukan pembedahan mungkin perlu mengeluarkan keseluruhan kelenjar air liur, bersama dengan sebarang saraf dan saluran yang mungkin merebak.

Sekiranya tumor kecil dan mudah diakses, pakar bedah boleh membuang tumor sahaja dan sejumlah kecil tisu di sekeliling.

– Radiasi

Bagi terapi radiasi pula, pasukan penjagaan kanser akan mengarahkan zarah tenaga berkuasa tinggi atau sinaran pada tumor anda untuk melambatkan pertumbuhan atau memusnahkan sel-sel kanser.

Jenis terapi sinaran yang paling biasa dilakukan untuk kanser kelenjar air liur adalah terapi radiasi pancaran luaran. Ia merupakan tahap radiasi yang kuat.

Seseorang individu biasanya akan memerlukan rawatan radiasi setiap hari sebanyak 5 hari dalam seminggu. Rawatan ini akan berlangsung selama 7 minggu.

Jenis baru terapi radiasi yang lebih berjaya termasuklah sinaran hiperfaksionasi yang dipercepatkan. Ia membahagikan rawatan dalam beberapa dos yang lebih kecil untuk setiap hari.

Pasukan penjagaan kanser juga boleh mengendalikan ubat radiosensitizer. Fungsi ubat ini adalah untuk menjadikan tumor lebih sensitif terhadap terapi sinaran dan membunuh lebih banyak sel kanser.

Ketahui lebih lanjut mengenai terapi radiasi melalui doktor anda terlebih dahulu sebelum menjalani sebarang rawatan melibatkan radiasi.

– Kemoterapi

Apabila kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain, doktor akan mencadangkan rawatan kemoterapi. Sewaktu kemoterapi, individu akan mengambil ubat sama ada melalui mulut atau intravena untuk membunuh sel-sel kanser.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/salivary-gland-cancer/symptoms-causes/syc-20354151

https://www.cancer.org/cancer/salivary-gland-cancer/about/what-is-salivary-gland-cancer.html

https://www.cancer.net/cancer-types/salivary-gland-cancer/stages-and-grades

Summary
Tumor Kelenjar Air Liur (Salivary Gland Tumor) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Tumor Kelenjar Air Liur (Salivary Gland Tumor) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Tumor Kelenjar Air Liur boleh terbentuk di mana-mana tempat pada kelenjar air liur di dalam mulut, leher atau tekak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: