Tulis untuk Kami

Kami sentiasa mengundang penyerahan artikel baru. Marilah bersama memperjuangkan kesihatan semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris, dengan membekalkan ilmu yang berharga kepada mereka.

Kami mencari rakan-rakan berikut untuk menulis artikel atau membuat video dalam pelbagai ruangan kami:

  • Pakar perubatan (doktor, jururawat dan sebagainya)
  • Pakar kesihatan (pelatih peribadi, pakar nutrisi dan sebagainya)
  • Penulis atau wartawan kesihatan

Sekiranya anda ingin berkongsi maklumat kesihatan dengan pembaca kami, kami mengalu-alukan anda untuk menulis artikel tersebut untuk dipaparkan di laman web kami.

Kami merancang untuk memaparkan lebih banyak artikel mengenai perubatan, kesihatan serta tips-tips dan nasihat kesihatan melalui pengalaman anda sebagai seorang pakar. Secara amnya, penulisan anda harus berusaha untuk memberi maklumat serta memberi inspirasi kepada orang ramai agar mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Adalah penting untuk ingat bahawa Ceria Sihat bukanlah jurnal akademik. Oleh kerana laman web ini mempunyai jumlah pembaca yang luas, artikel yang ditulis atau video yang dirakam kan perlulah senang difahami dan bukanlah terlalu teknikal.

Ianya amat memuaskan melihat karya anda diterbitkan di Internet untuk bacaan orang ramai. Sekiranya anda seorang mentor dalam bidang kesihatan, undanglah pelatih atau rakan sekerja junior untuk menyerah artikel. Kerjasama ini boleh menjadi usaha bersama. Ribuan rakan seperjuangan anda di dalam industri ini (dan bakal majikan, pelanggan) boleh juga mendapat pandangan anda melalui artikel tersebut.

Sebagai tanda penghormatan serta penghargaan, kami akan memasukkan butir anda (nama, jawatan dan pengkhususan) ke dalam panel pakar kami.

 

LANGKAH-LANGKAH SERAHAN ARTIKEL

Sebelum anda menghantar artikel anda kepada kami, sila hantarkan e-mel kepada kami di editor@ceriasihat.com. Ini membantu kami mengetahui bagaimana ia sesuai dengan kategori artikel yang kami terbitkan. Ini juga akan mengurangkan duplikasi artikel dalam topik yang sama. Sesebuah artikel adalah antara 600-1500 perkataan, bergantung pada kerumitan subjek.

Sertakan dalam e-mel:

  • Nama depan dan terakhir pengarang
  • Nombor telefon
  • Kelayakan pengarang, jawatan, pengkhususan dan tempat pekerjaan
  • Tajuk artikel

Anda boleh menyerahkan draf kasar (satu atau dua perenggan yang merangkum hujah anda dan mengapa perkara itu penting bagi pembaca kami).

Untuk gambar, kami akan mencari gambar yang sesuai untuk artikel anda, dan merujuk kepada pandangan anda mengenainya. Sekiranya anda membekalkan gambar tersebut, sila hantar gambar digital beresolusi tinggi untuk disertakan dengan artikel anda. Gambar mestilah mencapai minimum 300 dpi. Format fail yang boleh diterima adalah jpg dan png.

Apa yang perlu disertakan dengan gambar:

  • maklumat untuk kapsyen (nama)
  • kredit foto (nama jurugambar atau laman web)

Untuk bahan lain (contohnya, grafik, audio, video), sila hubungi kami.

 

SELEPAS PENERIMAAN E-MEL

Anda akan mendapat maklum balas pengesahan dari pasukan kami, dan selepas itu, bolehlah bermula menulis artikel tersebut.

 

SELEPAS PENHANTARAN ARTIKEL

Sekiranya diterima, editor akan mengumpulkan maklum balas pasukan dan menghubungi anda. Artikel anda akan melalui proses penyuntingan, di mana anda akan mendapat peluang untuk menyemak dan memberi respons. Artikel anda mungkin akan diedit untuk menjadi lebih senang dibaca, tetapi kami akan berusaha untuk mengekalkan suara asli anda. Ceria Sihat berhak membuat keputusan akhir mengenai perubahan tajuk dan salinan.

Kami akan menjadualkan penerbitan anda sebaik sahaja semakan selesai.

 

NOTA:

Perlu diingat bahawa kami hanya menerima kandungan asli — kami tidak menerbitkan sesuatu yang telah diterbitkan di tempat lain (termasuk di blog anda).

Kami tidak dapat menerima bahan yang telah diterbitkan sebelumnya (samada dicetak atau dalam talian) atau artikel yang sedang dipertimbangkan oleh penerbitan lain. Kami tidak menerbitkan makalah, dokumen, jurnal kajian dan ulasan.