Samsung Malaysia

Mungkin anda pernah mendengar mengenai kempen Tukar beli yang dijalankan Samsung Malaysia sebelum ini. Kempen yang digerakkan mereka sejak era Samsung Galaxy S10 kini masih lagi diteruskan dengan menyenaraikan lebih banyak lagi model telefon pintar yang boleh anda tukar beli pada harga setinggi RM4,405 bagi model iPhone 12 Pro Max 512GB.

Bagaimanapun, hanya peranti dari jenama Apple, Huawei, Oppo dan sudah tentu telefon pintar keluaran Samsung sahaja yang diterima mereka buat masa ini. Kempen yang kami lihat seperti mahu menarik lebih ramai pengguna iPhone dan pesaing mereka untuk beralih kepada jenama Samsung.

Anda boleh melihat senarai penuh model telefon yang boleh diurusniagakan untuk kempen Tukar beli ini di laman web rasmi Samsung Malaysia, di mana saya akan kongsikan pautannya di akhir artikel ini nanti.

Proses urusniaga yang mudah dan cepat adalah keutamaan Samsung Malaysia dalam menjayakan kempen Tukar beli ini, selain dapat menjimatkan pembeli dengan nilai yang lebih banyak.

Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat sebarang urusniaga kempen Tukar beli Samsung Malaysia ini?

Jumlah atau nilai-nilai yang diberikan di dalam senarai mereka hanyalah sebagai petunjuk atau lebih tepat sebagai penanda aras bagi setiap peranti, dan bergantung sepenuhnya kepada keadaan fizikal dan fungsi yang baik selain nilai pasaran yang sentiasa berubah-ubah.

Nilai tepat bagi setiap peranti akan ditentukan dengan menggunakan Aplikasi InstaCash dari CompAsia, di mana anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play atau App Store dan membuat penilaian terus untuk telefon pintar anda dan mungkin boleh membantu anda untuk mengira perbezaan yang perlu anda tambah untuk telefon baru anda nanti.

Bagaimanapun, peranti anda perlu melalui proses seterusnya dengan pemeriksaan oleh kakitangan jualan Samsung, dan sekiranya mereka mendapati terdapat sebarang kerosakan pada fizikal tidak dinyatakan sebelumya, satu harga baru akan ditawarkan.

Anda harus membuang atau menghapuskan dahulu kunci peranti peribadi (PIN, kod laluan, fingerprint, face ID) dari telefon sebelum pertukaran peranti dilakukan. Samsung tidak akan menerima telefon yang terkunci dan tidak boleh dibuka.

Perkara yang paling penting yang harus anda perlu tahu adalah jika nilai telefon anda melebihi dari kos peranti yang baru dibeli, anda tidak akan dapat menukar jumlah lebihan tersebut dengan wang tunai.

Erti kata lain, jika anda mempunyai lebihan RM500 setelah ditolak dari nilai peranti baru anda, nilai tersebut akan hangus. Jadi, uruskannya dengan bijak. Jika ianya banyak merugikan anda, lebih baik guna sahaja telefon yang sedia ada.

Dimana anda boleh melakukan urusniaga Tukar beli ini?

Selain daripada kedai jualan telefon rasmi Samsung Malaysia iaitu Samsung Experience Store (SES), anda juga boleh mengunjungi ke Senheng, Grand Senheng, SenQ dan Samsung Authorised Retailers yang terpilih bagi melakukan urusniaga kempen Tukar beli ini.

Untuk pengetahuan anda, bagi kempen Tukar beli ini ianya hanya boleh diproses dengan hanya mengunjungi ke kedai yang disenaraikan sahaja, permohonan dan urusan di atas talian tidak boleh dilakukan buat masa ini.

Bagi memudahkan anda untuk mencari tempat dan lokasi yang terdekat, sila pilih pautan yang disediakan di bawah di mana anda boleh memeriksa lokasi yang berhampiran dan bersesuaian dengan anda.

https://www.samsung.com/my

https://www.senheng.com.my/store-locator

https://www.senq.com.my/

Antara jenis dan model telefon lama dari Apple yang boleh anda membuat pertukaran adalah iPhone 5s, iPhone 6 dan 6s, semua generasi iPhone SE, dan iPad juga dari semua generasi sehingga ke model terbaru iaitu iPhone 12 Pro Max.

Manakala telefon lama yang menggunakan sistem Android adalah semua generasi siri Samsung Galaxy A, J, M, S dan Note. Untuk model Huawei dan Oppo, anda boleh lihat senarai penuh di laman rasmi Samsung Malaysia di sini.

Apa pun pilihan kemahuan anda, jadilah pengguna yang bijak. Jika tidak ada keperluan, dan telefon anda masih dalam keadaan baik tidak perlulah anda bertukar kepada yang baru, lagi-lagi ketika kita masih lagi berdepan dengan keadaan sukar melawan pandemik Covid-19 pada waktu ini.

SUMBER:

https://www.samsung.com/my/offer/mobile/tukar-beli/

Summary
Tukar Beli Peranti Lama Anda Dengan Yang Baru di Samsung Malaysia
Article Name
Tukar Beli Peranti Lama Anda Dengan Yang Baru di Samsung Malaysia
Description
Mungkin anda pernah mendengar mengenai kempen Tukar beli yang dijalankan Samsung Malaysia sebelum ini. Kempen yang digerakkan mereka sejak era Samsung Galaxy S10 kini masih lagi diteruskan dengan menyenaraikan lebih banyak lagi model telefon pintar yang boleh anda tukar beli pada harga setinggi RM4,405 bagi model iPhone 12 Pro Max 512GB.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: