tukang gunting rambut meninggal dunia
Kedai gunting dan salun rambut sepatutnya ditutup

Seorang tukang gunting rambut meninggal dunia akibat COVID-19. Beliau berasal dari Mississippi, Eugene Thompson, berusia 46 tahun selepas masih terus menerima pelanggan dalam keadaan pandemik yang semakin berleluasa. Beliau meninggal dunia di Hospital St. Dominic di Jackson, Mississippi pada hari sabtu yang lepas (4 April 2020), kurang sebulan selepas diuji positif COVID-19. Thompson yang memiliki kedai gunting rambut Taper Nation dan Taper Nation 2 mengirim berita di laman sosialnya bahawa beliau mula dijangkiti virus itu pada 22 Mac sebelum menutup bisnesnya.

Pada waktu itu Thompson menulis nasihat, “Kuarantin diri anda dan jauhi daripada individu, tempat atau benda lain, saya berasa sakit diiringi demam bersuhu tinggi jadi saya terus pergi menjalani ujian COVID-19. Jadi, Tapernation akan ditutup sepanjang minggu akan datang. Semoga semua  boleh berehat dan relaks.”

Adiknya, Dedra Edwards menjelaskan, Thompson tidak boleh bangun dan berjalan ke kereta atau bergerak di sekeliling rumah langsung. Pada pukul 12:22 p.m. jururuwat ICU di Hospital St.Dominic menghubungi Edwards dan memberitahu jantung abangnya telah berhenti dan tidak boleh menyelamatkan nyawanya.

Sementara itu di Malaysia, orang awam, pekerja salun dan kedai gunting rambut dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyebaran COVID-19 apabila berada di salun dan kedai gunting rambut. Baru-baru ini, salun dan kedai gunting rambut telah dibenarkan beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko tinggi jangkitan virus tersebut antara tukang gunting atau pendandan rambut dengan pelanggan mereka kerana jarak yang dekat antara satu sama lain. Tambahan lagi, mereka akan berada di satu tempat tertutup yang sama untuk tempoh yang lama dengan ruang dan peredaran udara yang terhad.

Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA – Malaysian Hairdressing Association) memberi tindak balas kepada keputusan tersebut dan berkata seramai 91% ahlinya tidak bersetuju untuk meneruskan bisnes mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Mereka menegaskan majoriti daripada mereka tidak menyokong keputusan tersebut atas isu keselamatan masing-masing. Oleh kerana, ia adalah mustahil untuk mengekalkan jarak satu meter sewaktu menggunting rambut pelanggan. Malah, kedua-duanya berisiko untuk menjangkiti virus tersebut. Sepatutnya, gunting rambut tidak perlu berada dalam senarai perkhidmatan keperluan penting, tetapi apa yang penting adalah untuk kekal hidup. Ini kerana tujuan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah untuk menyelamatkan nyawa orang bukannya penampilan mereka.

Namun, di Hong Kong pula, kerajaan Hong Kong tidak menguatkuasakan larangan ke atas salun rambut walaupun mereka telah melanjutkan larangan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Keperluan dan ) (Bisnes dan premis) (Cap. 599F) sehingga 23 April 2020. Larangan tersebut  termasuk pusat urut dan kecantikan. Malah, perkhidmatan pemulihan rambut gugur seperti pemindahan rambut dan penyulaman rambut juga jatuh dalam kategori dikawal oleh peraturan tersebut, namun apa yang peliknya, mereka mengecualikan salun rambut.

Pihak kerajaan Hong Kong telah menjelaskan di laman Facebook mereka berkenaan sebarang prosedur yang melibatkan penggunaan kimia atau tenaga yang diberikan ke atas mana-mana bahagian badan (kecuali rambut) untuk tujuan kosmetik, termasuk tujuan bukan perubatan dan prosedur kosmetik yang melibatkan penindikan kulit perlu ditutup selama 14 hari.

Secara umumnya, peralatan yang digunakan oleh pendandan rambut mungkin tidak disanitasi selepas setiap penggunaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pendandan rambut tidak mempunyai masa untuk menyeh cemar setiap gunting dan peralatan lain segera selepas melayan setiap pelanggan,  sama seperti yang dilakukan di salun kecantikan dan kuku. Bahkan, pendandan rambut juga menggunakan kimia sewaktu mewarna rambut pelanggan.

Pada 18 Februari, Yvonne Chow, seorang pesakit COVID-19 melawat salun MOMO yang terletak di The Park Lane, Hong Kong. Beliau telah berada di sana selama 1-2 jam dan pekerja di situ telah menjalankan kuarantin di rumah selama 14 hari. Meskipun pekerja di salun rambut tersebut tidak dijangkiti, itu tidak menghalang kemungkinan mereka akan menjangkitinya di masa hadapan.

Tukang gunting rambut meninggal dunia kerana Coronavirus ini justeru menjadi penanda aras adakah negara kita sudah boleh membuka sektor-sektor tertentu termasuklah kedai-kedai kecil seperti kedai gunting rambut. Dengan kegawatan ekonomi akibat virus ini, banyak aspek yang perlu diambil kira bagi kesejahteraan semua.

SUMBER

https://www.wlbt.com/2020/04/07/beloved-brookhaven-barber-dies-coronavirus-leaves-legacy-hard-work/

https://worldofbuzz.com/popular-american-barber-dies-from-covid-19-after-accepting-customers-during-the-pandemic/

Summary
Article Name
COVID-19: Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia, Salun Dan Kedai Gunting Rambut Sepatutnya Ditutup
Description
Seorang tukang gunting rambut meninggal dunia akibat COVID-19. Beliau berasal dari Mississippi, Eugene Thompson, berusia 46 tahun.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: