tuhau

Tuhau adalah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Sabah. Secara saintifiknya ia dikenali sebagai etlingera coccinea. Ia merupakan sejenis halia liar yang tumbuh di hutan Borneo Sabah, dan boleh ditemui di kawasan pedalaman di Sabah iaitu Tambunan, Keningau, dan Ranau yang merupakan komuniti Kadazandusun utama.

Oleh itu, ia adalah makanan yang sangat popular di kalangan masyarakat Kadazandusun.

Tuhau mempunyai bau yang agak kuat. Mungkin agak sukar untuk anda menyukainya ini jika anda baru mencuba buat pertama kali. Baunya sangat mirip dengan serangga kumbang kecil yang disebut “posisang” dalam dialek Kadazandusun tempatan.

Walaupun ia adalah halia liar, rasanya tidak seperti halia, tetapi apabila dimasak rasanya memang sedap. Jadi, anda boleh menyukainya atau membencinya kerana baunya yang tersendiri.

ia bukan sahaja merupakan hidangan utama, tetapi anda boleh menggunakannya sebagai perasa di dalam hidangan tradisional. Ini adalah makanan istimewa yang boleh dimasak dengan menggunakan pelbagai kaedah memasak, bergantung pada citarasa, asal usul, dan kreativiti anda.

Salah satu kaedah memasaknya adalah, ia boleh dimakan sebagai pembuka selera, anda hanya perlu mencincangnya menjadi kepingan kecil, kemudian campurkan dan tumis dengan secubit garam, jus limau nipis (anda juga boleh menggunakan cuka sebagai bahan alternatif), cili potong kecil dan bawang putih dadu. Hidangkan bersama dengan nasi putih.

Kebiasaanya kaum Kadazandusun tempatan akan menggorengnya dengan ikan masin atau rebus yang dimasak dengan “Pinasakan” (Hidangan tradisional lain dari ikan basung yang direbus dan dicampur dengan takob akob iaitu buah liar yang tajam).Ia juga boleh dijadikan sambal pedas.

Selain dari baunya yang tersendiri, asanya yang enak, ia juga dipercayai mempunyai manfaat dari segi perubatan. Ia dikatakan mengandungi kandungan serat, antioksidan dan antibakteria yang sangat tinggi. Oleh itu, ia dapat membersihkan darah kotor, dan juga mengurangkan tekanan darah tinggi.

Ia boleh didapati sepanjang tahun dan di pasar tempatan atau pengunjung di sekitar Sabah. Tuhau dijual dalam bentuk mentah, acar dan dijual dalam balang, atau  secara kering dalam bekas kecil.

Resepi Memasak Serunding Tuhau

Resepi Serunding Tuhau

Bahan-bahan:

  • Beberapa batang tuhau
  • Sebilangan cili putih Sabah
  • Cukup sedikit bawang merah yang dihiris
  • Sebilangan kecil ikan bilis
  • Taburkan gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar jus limau
  • Minyak untuk menggoreng

Kaedah memasak:

  • Pertama sekali tanggalkan bahagian keras batang tuhau. Potong inti dalamannya kira-kira 2 inci dan potong.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang telah dipanaskan dan masukkan ikan bilis.
  • Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama masukkan tuhau yang dihiris, bawang merah dan cili putih.
  • Selepas itu, masukkan garam dan gula.
  • Terus goreng hingga tuhau sehingga menjadi tekstur seperti serunding, warna keemasan, dan rangup.
  • Masukkan semula ikan bilis goreng dan kacau hingga sebati.
  • Angkat kan kuali dan tapiskan lebihan minyak yang ada.
  • Taburkan air limau nipis dan sedia untuk dihidang.

Resepi Jeruk Tuhau

Bahan-bahan:

  • 5-8 batang tuhau
  • 5 biji cili api
  • 1 biji limau nipis
  • sedikit garam

Kaedah:

  • Kupaskan kulit batang tuhau yang keras dan ambil bahagian dalam yang lembut. Kemudian potong cincang.
  • Hancurkan cili api dan gaul sehingga sebati dengan tuhau yang telah dicincang.
  • Selepas itu, masukkan garam secukup rasa dan jus limau purut. Kacau sehingga sebati.
  • Perapkan tuhau sebentar lebih kurang selama 20 minit. Untuk bagi jeruk tuhau tahan lebih lama, perapkan bersama cuka dan bukannya jus limau nipis dan simpan dalam balang kedap udara.
  • Setelah 20 minit, jeruk tuhau siap untuk dihidangkan.

Sekiranya anda mencari tempat untuk mencuba makanan tempatan ini di Sabah anda boleh singgah ke D’Place Kinabalu, Tavern Kitchen & Bar, atau beberapa restoran tempatan lain, atau anda boleh meminta penduduk tempatan menunjukkan di mana anda boleh mendapatkannya!

Jadi, jika anda belum mencuba makanan ini, pastikan anda mencuba sebaik sahaja anda berada di Sabah. Siapa tahu, mungkin anda akan jatuh hati padanya !

RUJUKAN

Tagged: