Trolamine salicylate
Trolamine salicylate adalah ubat topikal (sapu) yang dibeli dari farmasi (OTC) digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bagi sakit otot dan sendi ringan.

Pengenalan

Trolamine salicylate adalah ubat topikal (sapu) yang dibeli dari farmasi (OTC) dan digunakan untuk menghilangkan sakit otot dan sakit sendi yang ringan.

Kegunaan Trolamine Salicylate

Krim ini digunakan untuk mengubati kesakitan dan sakit otot / sendi (seperti artritis, sakit belakang, terseliuh). Ia tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai salisilat.

Cara menggunakannya

Ubat ini hanya boleh digunakan pada bahagian kulit sahaja. Jangan sapu ubat ini pada mata, di dalam hidung atau mulut, atau di dalam faraj anda. Sekiranya anda tidak sengaja menggunakan ubat di kawasan tersebut, bilas kawasan itu dengan banyak air.

Sapukan ubat ke kawasan yang terjejas tidak lebih daripada 3 hingga 4 kali sehari. Gosokkan dengan lembut dan teliti. Selepas menggunakan ubat, basuh tangan anda kecuali jika anda menggunakan ubat ini untuk merawat tangan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Trolamine Salicylate

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda alah padanya, atau pada aspirin atau salisilat lain (seperti salsalate); ataupun jika anda mempunyai alahan lain.

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Berbincanglah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu juga pada doktor atau ahli farmasi anda mengenai sejarah perubatan anda.

Kesan Sampingan Trolamine Salicylate

Kesan sampingan ubat ini termasuk:

  • Kesan melepuh / mengelupas / kemerahan / keradangan pada bahagian yang dirawat
  • Loya / muntah
  • Rasa berdering di telinga

Kontraindikasi Trolamine Salicylate

Hipersensitiviti terhadap ubat ini.

Interaksi Trolamine Salicylate

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat yang boleh terjadi.

Jadi, simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda.

Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Dos Trolamine Salicylate

  • Krim Topikal – 10%

PERTIMBANGAN DOS – HENDAKLAH DIBERIKAN SEPERTI BERIKUT:

Analgesia untuk Sakit Otot / Sendi Yang Minor

  • Dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas: Sapukan jumlah mencukupi untuk disapu pada kawasan yang terjejas dan urut sebanyak tiga / empat kali sehari
  • Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun: Keselamatan dan keberkesanan tidak dapat ditentukan

Sumber:

https://www.rxlist.com/consumer_aspercreme_myoflex_trolamine_salicyla/drugs-condition.htm#what_are_warnings_and_precautions_for_trolamine_salicylate

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-18450/trolamine-salicylate-topical/details

https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/best-sunscreen-ingredients

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/salicylate-oral-route-rectal-route/description/drg-20070551

Summary
Trolamine Salicylate : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Trolamine Salicylate : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Trolamine salicylate adalah ubat topikal (sapu) yang dibeli dari farmasi (OTC) digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bagi sakit otot dan sendi ringan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: