trend berbahaya

Rakyat Malaysia ni pantang tengok sesuatu yang viral. Tambah-tambah lagi makanan atau minuman. Sanggup beratur sampai 2, 3 jam yang penting dapat rasa makanan yang viral tu lepas tu upload ke Instagram. Kalau kita boleh ingat balik trend makanan yang pernah viral sepanjang beberapa tahun lepas seperti teh boba yang dengan krim keju.

Masa mula-mula viral, semua orang seronok nak cuba terutamanya bila ada perisa atau versi baru. Malangnya, ianya juga sampai ke tahap dimana ada kes kematian di China sebab minum terlampau banyak boba tea yang dilaporkan. Ada sesetengah orang berpendapat yang kata sebab boba dalam teh tu tak dapat dicerna dengan baik tetapi ada juga yang kata tak ada kena mengena pun. 

Trend 1: Teh boba

Kes kencing manis dalam kalangan usia muda dah semakin meningkat. Dalam secawan boba tea yang 200ml ke 250 ml saja dah ada 10 sudu teh gula. Dalam boba pun mesti ada gula, lepas tu disalut pula dengan gula merah. Yang paling mengejutkan, ada orang yang minum boba tea ni setiap hari. 

Trend 2: Minuman dalam bekas tin

Satu lagi trend makanan viral ialah makanan dan minuman yang dihidangkan dalam bekas tin susu. Ianya memberikan perasaan hipster tetapi sejauh mana makanan yang dihidangkan tu selamat untuk diambil. Dari segi keselamatan, tin susu yang dah dibuka tajam di sekeliling.

Dari segi kesihatan pula, bekas yang digunakan untuk menghidangkan minuman tersebut berkemungkinan kurang bersih. Menurut pendapat seorang pegawai perubatan, beliau kata bekas makanan seperti tempurung kelapa dan daun pisang sepatutnya digunakan sekali saja. Sebab bekas-bekas ni boleh terdedah kepada pencemaran dan bahan kimia kalau diguna banyak kali yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Semua makanan memang boleh dimakan tetapi kenalah berwaspada dan jangan sampai terikut trend trend yang boleh membahayakan kesihatan anda. 

Sumber:

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/minum-bubble-tea-tak-ingat-dunia-ini-nasihat-pakar-pemakanan-216595

Summary
Trend Makanan Yang Mengundang Penyakit
Article Name
Trend Makanan Yang Mengundang Penyakit
Description
Rakyat Malaysia ni pantang tengok sesuatu yang viral. Tambah-tambah lagi makanan atau minuman. Sanggup beratur sampai 2, 3 jam yang penting dapat rasa makanan yang viral tu lepas tu upload ke Instagram. Kalau kita boleh ingat balik trend makanan yang pernah viral sepanjang beberapa tahun lepas seperti teh boba yang dengan krim keju.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: